Sebatang Pokok Getah
Kata pepatah Tamil "Satu batang pokok getah tidak menjadi satu estet".
Memang pokok getah adalah spesies pokok yang boleh menjadikan kita seorang jutawan. Tetapi untuk menjadi jutawan ladang getah kita memerlukan banyak pokok getah. Begitulah juga halnya dalam dunia penulisan.
Dalam konteks saiz pasaran buku-buku Melayu di Malaysia, saudara tidak akan mendapat pendapatan lumayan jikalau saudara hanya mempunyai sebuah buku.
Bagi membolehkan saudara mendapat royalti sekitar RM100 ribu setahun saudara memerlukan banyak buku.
35 orang penulis top PTS berkongsi royalti RM500 ribu bagi jualan tahun 2007. Kecuali Dr. Tengku Asmadi, semua penulis itu mempunyai banyak judul dengan PTS.
Siti Nurhaliza mempunyai suara yang membolehkan beliau menjadi jutawan, tetapi jikalau beliau hanya berjaya merakamkan sebuah album sahaja, beliau terpaksa mencari kerja lain untuk hidup! Kini beliau hidup selesa disebabkan beliau merakamkan banyak album.
Penulis buku-buku cerita awal remaja Enid Blyton (1897-1968) menulis 700 buah judul. Sudah lebih 70 tahun buku-buku beliau diterbitkan, tetapi sampai hari ini masih diulangcetak.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

“Tani maram topuhahade” - pepatah asal dalam bahasa tamil.
Maksudnya sebatang pokok tak boleh jadi dusun. Dalam pepatah asal ini tidak menyebut sama ada pokok getah atau pokok apa pun, hanya menyebut sebagai pokok. Tetapi mungkin dalam menjadi skeptik dalam masyarakat kita, kalau pokok dan tamil mesti kaitan dengan getah.
kita guna pokok pisang pulak, takpun pokok jambu dan rambutan
‘sebatang pokok pisang tak akan jadi kebun pisang’
‘sebatang pokok rambutan tak akan jadi dusun’
Post a comment