Tuesday, January 22, 2008

Sdr. WanZu Mengetuai Projek Blue-Ocean Komik Syariah-Compliant

Dengan rasminya pengurusan PTS memaklumkan bahawa En. Wan Zuhairi, pegawai di Jabatan Grafik PTS, dipertanggungjawabkan membangunkan sektor buku-buku komik PTS.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama glamor WanZu di kalangan komuniti pekomik tanah air adalah lulusan Universiti al-Azhar.

PTS sudah lama berusaha memasuki sektor buku komik tetapi belum menghasilkan impak dalam pasaran. Dengan meletakkan beban berat itu di atas bahu Sdr. WanZu supaya digalasnya, kita yakin dapat mendominasi sektor Blue Ocean ini.

Sdr WanZu mempunyai personaliti yang mudah disukai oleh semua orang. Sebagai seorang artis komik, beliau faham dan pandai menjalin hubungan baik dan bekerjasama dengan artis-artis komik yang "amat lain" gaya dan cara fikir mereka. Beliau juga mempunyai network yang luas di kalangan kaum sejenisnya.

Nota: Barangkali akan ada yang bertanya, mengapakah PTS memilih seorang ustaz bagi mengetuai projek buku komik.

Inilah jawapan kita: Buku-buku komik PTS adalah syariah-compliant. Sebagai seorang artis komik dan juga ustaz dari al-Azhar, maka Sdr. WanZu amat fasih dengan hukum-hakam halal-haram.

Sekiranya nanti buku-buku komik PTS dikritik oleh kaum agamawan, maka Sdr. WanZu dapat memberikan penerangan yang betul dari sudut agama.

Beliau juga dapat memberi pimpinan dan bimbingan kepada angkatan pelukis komik PTS kerana inilah kali pertama ada sebuah penerbit berani memulakan konsep komik syariah-compliant di negara ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cerita Terbaru Siri Adam Kecil Previous entry: Strategi "positioning" PTS-METADOME Masuk Pasaran Buku-Mobile
shamsuddin Kadir  on  01/22  at  03:09 PM

Syabas dan Tahniah kepada PTS di atas usaha bagi memberikan hiburan alternatif(Islamik) kepada peminat komik tanahair.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  03:54 PM

Hidup Wanzu! Hidup Komik!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  04:08 PM

Hidup Wanzu!

Hidup Wanzu!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  05:23 PM

sdr wan zu, saya dah muak melihat anak-anak remaja disogokkan dgn komik berbudaya non muslim.itulah yang terbang ke sana terbang ke sini dan yang barat pula yang ...man, man-superman, batman bahkan cicakman..inilah masanya sdr ketengahkan kepahlawanan mus’ab umair, salman al-farisi,saad ibn waqqas dan sebagainya yang memang berpijak di bumi..

Cuma, bagaimana cara nak komikan mereka; bolehkah?
moga2 Allah beri kekuatan
wassalam.

xara  on  01/22  at  05:51 PM

Semoga berjaya Wanzu. Kembangkan legasi Alwancomic..hehehe

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  06:54 PM

Takbir!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/23  at  12:56 AM

Assalamualaikum..

Tahniah Ustaz Wanzu Hairi!

Tuan M.Zain Abd Ghani berkata: “sdr wan zu, saya dah muak melihat anak-anak remaja disogokkan dgn komik berbudaya non muslim.itulah yang terbang ke sana terbang ke sini dan yang barat..”

Saya suka dan setuju benar dengan kata-kata Tuan M.Zain Abd Ghani itu.

KERAJAAN patut pantau kemasukan komik yang tidak sesuai buat remaja kita…

Dan,
Majalah hiburan buatan Malaysia berjudul sejenis buah masaknya berwarna kuning yang sedap itu pun masih bermaharajalela.

Gambar betul artis Melayu kita lagi. Itupun TIDAK dipantau! Rosak..rosaaaakkk… Yang beli sudah tentu remaja kita juga.

Nota kaki: “Ooooo itu pakcik tau tuuu.. Itu huruf ‘M’ cikgu!”

Aha ha ha ha ha! Dan. Tiga Abdul ‘Geng Sewel’ ketawa di kerusi tempat biasa mereka ‘mengeteh’ sambil mentertawakan lain-lain manusia yang dijadikan bahan cerita. Dan. Lain-lain manusia sering mentertawakan mereka juga…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/23  at  02:09 AM

Horey Ustaz WanZu! Bila nak belanja cendoi?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/23  at  04:04 AM

Salam untuk semua,

Satu perkembangan yang menarik, moga PTS berjaya bagai yang dicita-citakan.

Sejak kecil lagi saya minat komik dan pelbagai jenis komik yang telah ditelaah termasuk yang berunsurkan Islam. Dari pemerhatian saya, telah banyak usaha kearahnya dirintis sejak sekian lama tetapi kebanyakannya tidak bertahan lama. Malah banyak juga yang melalut dan tiada unsur pendidikan murni di dalamnya, Islamnya indah hanya pada namanya sahaja.

Diharapkan WanZu dan PTS mampu melakukan yang terbaik, apatah lagi peminatnya masih ramai. Cuma dari segi harganya perlu diberikan perhatian kerana peminat komik kebanyakannya di kalangan anak-anak sekolah. Moga usaha untuk menarik minat dan memahamkan Islam tercapai terutama di kalangan peminat komik.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/23  at  03:47 PM

Mambruk alik ya sadik…

bagaimana saya nak kemukakan idea saya kepada Ustaz Wan al-Damanhuri al-Kota?

Kisah para sahabat ketika kecil dan pristiwa yang berlaku ke atas mereka yang ada kaitan dengan Rasulullah dan Islam. bagaimana anak-anak kecil ini dibimbing sehigga menjadi wira Islam hebat setelah dewasa.

Cantik kalau dikomikkan

omecool20  on  01/23  at  05:24 PM

Saya syorkan saudara WanZu bertanya dengan kartunis veteran, saudara Ujang,  yang dulu pernah menerokai bidang komik syariah compliant. Antara majalah yang beliau pernah keluarkan adalah ‘Lanun’ dan ‘Varia Lawak’. Sayang ia tidak tahan lama, tetapi saya masih menyimpan naskhah - naskah yang saya beli kerana isinya yang menarik.

ICe  on  01/23  at  07:37 PM

Tahniah En. Wanzu!
Penulis banyak penulis sikit. Harap ramai lagi pelukis yang masuk dalam kapal. The more, the merrier bak kata orang jawa. smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: