Monday, November 30, 2009

Satu Lagi Novel dari Bahruddin Bekri

Bahruddin Bekri dan Azrul Jaini adalah 2 orang penulis kreatif dari Sarawak yang menerbitkan karya mereka dengan PTS.

Kekuatan Bahruddin adalah pada cerita-ceritanya yang memberikan pengalaman baru dan sudut-pandang baru kepada pembaca.

Pada saat ini beliau sudah mempunyai peminat yang ramai.

Novel Di Mana Terangnya Bulan ini menceritakan kisah Kamarul, seorang pelajar IPT, yang lurus bendul dan takut dengan perempuan. Kamarul terlewat mendaftar dan penempatan di dalam kolej sudah penuh. Dia terpaksa menyewa dengan seorang lagi pelajar kolej yang pendiam dan murung.

Pada suatu hari teman serumah Kamarul hilang, diganti pula dengan seorang lelaki yang tegap, berwajah ganas dan suka mengarah. Lelaki itu menetap di rumah sewanya tanpa kebenaran. Lalu bermulalah kisah Kamarul, yang mencantumkan semua yang terjadi bagi menjawab persoalan yang datangnya tiba-tiba, di mana terangnya bulan.....

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Rangkaian Kedai-kedai Buku Syarikat Muda Osman Menyokong Peraduan "Baca & Menang" Previous entry: Satu Lagi Ikan Besar Dunia Bisnes Blog Masuk PTS
Mya Marja  on  11/30  at  02:33 PM

Tahniah Tuan Bahruddin!

Imran Yusuf  on  12/02  at  04:26 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Syabas & tahniah Tuan Bahruddin!!

(‘Cheng Ho’ akan beraksi semula sedikit masa lagi, semoga dipermudahkan urusan…)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: