Tuesday, July 07, 2009

Sampai Bila PTS Mahu Kekal sebagai ‘Penerbit Melayu’?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PTS hadir di Malaysia, sebuah negara yang multi-kaum dan multi-bahasa.

Pada masa ini PTS adalah penerbit buku-buku Melayu komersial yang paling aktif menerbitkan judul, purata 30 judul baru sebulan. Tetapi sampai bila PTS akan berpuas hati dengan aktivitinya sekarang?

Pasaran buku Melayu hanya sebahagian daripada pasaran buku Malaysia. Saiz pasaran buku Cina adalah yang terbesar sekarang, diikuti oleh pasaran buku Melayu, dan kemudian buku Inggeris.

PTS mempunyai pilihan:

(i) Mahu terus kekal sebagai 'Penerbit 'Melayu',

(ii) Mahu evovle dan mentransformasi dirinya menjadi 'Penerbit Malaysia'.

Jika PTS mahu menjadi 'Penerbit Malaysia' supaya ia dapat bergerak lincah dan tangkas dalam sektor buku Cina dan buku Inggeris juga, maka PTS tidak boleh mengekalkan keadaannya seperti sekarang di mana:

(i) Sahamnya 100% dipegang oleh individu-individu Melayu, dan

(ii) Stafnya 100% Melayu.

Inilah persoalan yang sedang difikir-fikirkan oleh anggota lembaga pengarah PTS.

Nota: Foto disalin dari blog Puan Ain Maisarah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Memberi Keutamaan kepada Calon Staf yang Pernah Memegang Jawatan Pemimpin Pelajar Previous entry: Senangnya Memasak Sayur...
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/07  at  02:13 PM

Puan Sifu yang dihormati,

Pendapat saya, jadilah penerbit Malaysia, untuk semua bangsa dan bahasa, dengan misi memandaikan manusia sejagat. Islam adalah untuk semua. Jika orang Cina dan India perlu baca buku Melayu dahulu untuk belajar Islam, saya rasa tiada bezanya dengan idea kena faham bahasa Inggeris dahulu untuk belajar sains dan matematik.

Nabi Muhammad mengajar Islam kepada bangsanya sendiri dahulu, menggunakan bahasa Arab. Kemudian Nabi galakkan sahabat mengajar Islam kepada bangsa lain, menggunakan bahasa bangsa itu sendiri.

Dalam hal ini, PTS sudah bermula dengan betul, dengan bangsa sendiri dahulu. Berjenama penerbit Melayu, PTS melatih penulis-penulis Melayu, mengeluar buku Melayu dan masuk ke pasaran buku Melayu Malaysia serta Indonesia.

Untuk gelombang kedua, PTS boleh masuk pasaran buku Cina tempatan dan negara China, dengan buku Cina. Pada masa yang sama atau seterusnya, PTS boleh masuk pasaran buku India tempatan dan negara India, dengan buku India. Yang perlu kekal adalah pengisiannya - ilmu yang berguna mengikut hukum Islam. Kata Dr Yusuf Qardawi, bahasa adalah alat. 

Dengan izin Allah, terdapat sekurang-kurangnya 4 hasil:
a. Ilmu dapat sampai dengan lebih mudah;
b. Wujud golongan penulis Islam bukan Melayu;
c. Menaikkan martabat bahasa dan budaya Asia yang lain (yang tidak bercanggah dengan Islam).
d. untuk PTS - lebih banyak perkongsian idea, modal, inovasi cara kerja dan juga pulangan lebih baik untuk jangka masa panjang.

Kelebihan Malaysia ialah pada orangnya. Kita digelar mini Asia kerana Malaysia ada orang Melayu, Cina dan Indianya sendiri. Dari segi bisnes, setiap satunya boleh jadi agen untuk pasaran dalam dan luar yang lebih besar iaitu Indonesia, Cina dan India.

Masalahnya kita tidak bergabung. Hari ini, umumnya pekerja Melayu di syarikat Melayu, pekerja Cina di syarikat Cina dan pekerja India di syarikat India. Misi, produk dan sistem kerja syarikat Malaysia seringkali tidak universal untuk semua.

Yang berjaya mengumpul cerdik pandai bangsa-bangsa Malaysia di bawah satu bumbung ialah syarikat MNC. Mereka orang luar, jadi tidak bias mana-mana bangsa atau budaya Malaysia. Mereka juga ada sistem dan cara kerja yang cekap. Namun semua kecemerlangan ini hanyalah untuk satu misi dan tujuan paling tinggi dan jelas, iaitu untung dan penguasaan ekonomi semata-mata. Nilai asia (agama, bahasa, budaya) sudah terhakis sedikit sebanyak demi tujuan ini.

PTS adalah trend setter. Dengan trend buku Melayu yang dimulakannya, pembaca dan pekedai buku mula beralih kepada buku Melayu.  Semoga PTS juga akan memulakan satu trend baru dalam bisnes - sebuah syarikat Malaysia dengan misi pendidikan, mengikut model bisnes Islam dan budaya Asia, untuk semua bangsa. Semoga satu hari nanti, PTS juga akan ada universiti, filem dan stesen televisyen.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/07  at  04:48 PM

Assalamualaikum,

Sa-moga bumi aman dan sa-jahtera.

Puan, pada pandangan sahaya, Puan mestilah fokus. Sahaya khuatir kalau-kalau PTS terjerumus. Tetapi tidak salah jika hendak mencuba satu atau dua. Cuma sahaya bimbang PTS akan hilang titik fokus.


Yang menyayangi PTS dari ka-jauhan.

Ibnu Salleh

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: