Rangkaian Kedai Elit Mula Membuka Seksyen Buku Agama Islam
Sekian lama buku-buku agama Islam dalam bahasa Melayu umpama merempat di tanah sendiri, tidak dipandang sebelah mata oleh pengurusan rangkaian kedai buku elit yang menjual buku kepada golongan berduit sahaja. Tetapi hari ini keadaan sudah berubah. Buku-buku agama Islam dalam bahasa Melayu sudah diberi tempat yang elok di dalam kedai-kedai elit itu.
Kedai buku elit yang mula-mula mempamerkan buku-buku dalam bahasa Melayu adalah kedai milik pelabur Jepun, KINOKUNIYA di kompleks KLCC, Kuala Lumpur. Kemudian barulah MPH ikut, dan kemudian POPULAR.
Pada hari ini, rangkaian kedai-kedai buku elit bukan hanya sudah membuka seksyen Melayu, malah mereka sudah membuka seksyen buku agama Islam, malah semakin hari jumlah judul dan rak buku agama semakin bertambah.
Hari ini koleksi buku-buku agama Islam dalam MPH sudah besar, dan banyak judul dari Indonsesia dipamerkan.
Pada suatu masa dahulu MPH hanya menjual buku-buku agama Kristian dan agama-agama Asia. Buku-buku Kristian yang cantik-cantik itu diletakkan betul-betul di hadapan pintu masuk, terutama buku-buku yang ditargetkan kepada pembaca kanak-kanak. Tidak ada buku Melayu dalam MPH, apatah lagi buku agama Islam dalam bahasa Melayu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Alhamdulillah… teruskan perjuangan masing2
Post a comment