Thursday, July 29, 2010

Rancangan Penerbitan Masa Hadapan Unit Komik-M

Tuan Wan Zuhairi (foto), ketua unit Komik-M PTS memberitahu unit itu akan mempelbagaikan kategori buku-buku yang akan diterbitkan, yakni bukan hanya terhad pada buku-buku komik sahaja.

Menurut beliau, unit itu akan menerbitkan buku-buku lain yang mempunyai perkaitan dengan bidang lukisan dan komik, seperti genre novel ringan (light novel), nomik (novel+komik), buku-buku panduan melukis, panduan animasi, sejarah komik, biografi pelukis komik, novel grafik, buku kerjaya bidang komik dan animasi, komik pendidikan dan lain-lain kategori.

Malah beliau juga akan menerbitkan novel-novel remaja yang mempunyai nilai motivasi supaya pembaca remaja menekuni bidang perkomikan sebagai karier.

Bagi tuan dan puan berminat menulis buku-buku dalam bidang-bidang itu, mohon tulis surat emel kepada beliau dan terangkan konsep buku tuan itu. Alamat emel beliau adalah .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sastera Islam: Cerita Perempuan yang Syariah-Compliant Previous entry: PTS One Sdn. Bhd. akan Mula Menerbitkan Buku Terjemahan
Sarah Joan Mokhtar  on  07/30  at  09:01 AM

Satu perkembangan yang terbaik ! Tahniah Wanzu dan Pn. Ainon smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: