Ramadan Belum Tiba, Buku Sudah Habis dalam Gudang PTS
Tn. Imran Azmi, pengurus PTS Islamika Sdn Bhd. memberitahu bahawa kesan kempen Baca@Ramadan, jualan buku-buku yang tersenarai dalam promosi itu telah meningkat dengan amat ketara. Sebagai contoh, buku Peristiwa Sejarah Ramadan (kanan) yang dicetak 5 ribu naskhah telah habis licin kerana dipesan oleh kedai-kedai di seluruh negara.
Banyak kedai telah membuat 'repeat order' bagi buku-buku tersebut meskipun bulan Ramadan belum tiba.
Salah satu faktor yang meningkatkan jualan adalah sokongan bersungguh-sungguh yang diberikan oleh kedai-kedai buku yang menjual buku-buku PTS.
Salah satu dilema yang dialami oleh PTS adalah sama ada mahu mencetak semula judul-judul yang sudah habis ataupun tidak. Ini kerana buku bertemakan Ramadan tidak laku pada bulan-bulan lain, justeru jika diulangcetak, banyak stok akan tersadai dalam gudang.
NOTA: Kos kempen Baca@Ramadan adalah RM250 ribu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment