Pustaka Mumin dan Pustaka Rawang Membuka Cawangan Masing-Masing di Putra Jaya
Bandar Putra Jaya adalah lubuk emas bagi buku-buku dalam Bahasa Melayu. Tetapi pada masa ini penduduk bandar itu tidak menerima perkhidmatan yang terbaik disebabkan hanya ada sebuah kedai buku sahaja iaitu cawangan MPH di kompleks membeli-belah Alamanda.
Maklumat terbaru yang kita terima memberitahu 2 buah kedai buku akan dibuka di Putra Jaya.
Pustaka Mumin sudah pun dibuka dan lokasinya betul-betul berhampiran dengan Bazar Mydin. Sebuah lagi kedai buku adalah cawangan Pustaka Rawang.
Ada sebuah lagi syarikat kedai buku yang berminat membuka cawangan di Putra Jaya iaitu Syarikat Sarjana Media. Ia berminat membuka cawangannya di dalam kompleks Alamanda, dan sudah membuat permohonan kepada pihak pengurusan kompleks tersebut.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment