PTS Tempat OKU Berkarya
Puan Siti Rafidah Hassan Basri adalah seorang yang layak menggunakan label "OKU" bagi dirinya kerana disebabkan oleh penyakit saraf yang dihidapinya beliau bergerak dengan menggunakan kerusi roda ataupun dipapah.Disebabkan beliau tidak dapat memanjat tangga bagi menghadiri kursus PTS di sekolah al-Ikhlas, beliau mengikuti program khas distance-tutoring SifuPTS yang hanya ditawarkan kepada para OKU sahaja.
Beliau yang memegang ijazah UKM kini mengajar anak-anak jiran tetangganya membaca Quran di rumahnya.
Puan Siti Rafidah amat produktif. Ini adalah bukunya yang pertama terbit. Tujuh buah judul lain sudah siap ditulis dan sedang menunggu giliran diterbitkan lepas satu, satu. Salah satu daripada karyanya adalah jibunsyi.
Sebelum ini PTS menerbitkan 3 buah karya Hamedah Wok Awang yang lumpuh parah dari paras dada ke bawah. Beliau bekas Pengetua Cemerlang dan pensyarah maktab perguruan. Karya beliau setiap tahun diulangcetak.
Kita menunggu karya Kassim Selamat pula!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah Puan Siti Rafidah!
Hazlinda MH
——-
Tahniah puan,
Kagum dengan semangat yang ada. Saya doakan agar puan terus berjaya di dalam penulisan.
Semoga terus berjaya!
Tahniah Puan Siti Rafidah, semoga semua usaha itu diberkati dan mendapat keberkatanNya.
Teruskan berkarya, Insyaa Allah saya akan dapatkan buku puan nanti.
Assalamualaikum…
Di doakan kalian semua sentiasa mendapat kerahmatan Ilahi.Amin
Terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan dari kalian semua. Walaupun tidak pernah bersua…kalian adalah sahabat yang sentiasa memberikan semangat.
Semoga harapan dan penghargaan yang diberikan akan dapat menyuntik semangat saya untuk terus berkarya.
Semoga kita semua bersama-sama berkarya demi untuk memandaikan bangsa!
Terima kasih sekali lagi.
p/s: Terima Kasih yang terhingga untuk Sifu di atas segalanya.
Tahniah Siti Rafidah!
Tiada apa yang menggembirakan saya selain melihat kejayaan anda.
Tahniah diucapkan!
Kadangkala semangat mereka lebih kuat daripada kita yang sempurna.InsyaAllah saya juga akan dapatkan buku puan!
Ada seorang lagi yang cacat dan berkarya di sini, namanya perlu dirahsiakan, tetapi dia cacat minda dan kehidupan. Berdoalah agar kehidupannya berubah, agar sekurang-kurangnya dia boleh membayar kos FMRI kepalanya nanti.
Puan Rafidah,
Tahniah dengan usaha yang dilakukan. Yakin boleh.
Assalamualaikum warahmatullah,
Alhamdulillah!!
Tahniah tidak terhingga kepada Puan Siti Rafidah…
Moga cemerlang dengan buku-buku lain yang bakal terbit, ya?
Wasalam,
Umi Kalthum Ngah
Manchester
Assalamualaikum semua,
Setinggi tahniah buat Saudari Rafidah atas kejayaan yang dicipta. Kejayaan itu juga menjadi penyuntik semangat kepada kami yang bukan OKU.
“Aku hanya mampu berada di dalam rumah dan di atas kerusi roda sepanjang masa. Tidak ada apa yang boleh aku lakukan untuk berbakti kepada masyarakat selain daripada menulis. Tetapi tidak ada siapa yang mahu menerbitkan hasil tulisan aku”
Begitulah keluhan seorang kawan baik saya semasa bersekolah dahulu yang telah menjadi OKU akibat kemalangan jalanraya semasa menjadi penuntut di UTM. Dalam keadaan yang lumpuh itu, beliau masih mampu melengkapkan Ijazahnya di UTM.
Bakat menulisnya telah ada semenjak di UTM lagi. Kemalangan yang menimpanya juga berlaku semasa dalam perjalanan untuk mendapatkan bahan penulisannya.
Saya bercadang untuk memperkenalkan semula beliau kepada PTS dan ingin melihat dia juga berjaya dalam usaha untuk memandaikan bangsanya seperti Saudari Rafidah kita ini.
Wassalam.
Tahniah Pn.
denaimusir
East Midlands
Salam,
Tahniah Puan Rafidah!
Siti Hajar
Post a comment