PTS Production Sdn Bhd Menerbitkan Video untuk Siri Televisyen
PTS Production Sdn Bhd adalah tangan marketing terbaru PTS.
Tangan PTS yang ini akan menambahkan lagi kesan agresif strategi marketing bagi buku-buku erbitan PTS.
Dalam fasa awal ini, mana-mana buku PTS yang isi kandungannya dapat memenuhi kehendak stesen-stesen televisyen, mabakala penulisnya pula sesuai menjadi presenter, maka buku-buku itu akan dipromosi sebagai siri talkshow.
Pihak PTS Production memilih buku dan penulis yang dijadikan siri talkshow.
Dengan menerbitkan siri televisyen, diramalkan jualan buku-buku yang dipromosikan itu dapat ditingkatkan, manakala penulis pula akan mendapat undangan dari klien training.
PTS-Prod menyediakan siri latihan di dalam studio untuk penulis PTS yang dipilih. Salah satu latihan wajib yang diberikan adalah fonetik Bahasa Melayu.
Foto menunjukkan rakaman salah satu video sesi latihan yang dijalani oleh Tn. Izwan Wahab (sebagai hos) dan Tn. Ahmad Naim Jaafar (sebagai tetamu).
Klik http://youtu.be/gHAMS0ai0XI
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment