Tuesday, August 04, 2009

PTS Mengamalkan Perkongsian Komisen Jualan Ikut Cara Nabi Muhammad

Sesiapa yang pernah datang ke pejabat PTS akan perasan suatu perkara: Yakni, suasana kerja di PTS yang menunjukkan TimPTS masing-masing sedang tekun bekerja, tetapi tidak pula kelihatan mereka sedang stress.

Ada seorang pelawat pernah berkata kepada saya, katanya, "Orang PTS bekerja rajin macam dalam syarikat Cina!" Lalu beliau bertanya apakah rahsianya maka staf Melayu dalam syarikat Melayu tetapi tingkah laku kerja mereka macam Cina.

PTS mengamalkan beberapa prinsip pengurusan syarikat yang betul-betul meniru apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad. Salah satu prinsip itu adalah prinsip perkongsian hasil keuntungan. 

Berniaga adalah ibarat berperang. Lembaga pengarah PTS bersetuju supaya PTS mengamalkan cara perkongsian keuntungan dengan meniru bagaimana Nabi Muhammad berkongsi harta rampasan perang, istilah Arabnya ghanimah.

Apabila Nabi Muhammad membahagi-bahagikan ghanimah, semua orang yang ikut dalam pasukan perang mendapat bahagiannya daripada ghanimah itu. SEMUA.

Di PTS, 'ghanimah' PTS adalah duit hasil jualan buku-bukunya. Setiap bulan, semua TimPTS (yang sudah ditetapkan dalam jawatan) menerima komisen, tanpa kekecualian. SEMUA.

Nabi Muhammad memberikan porsi (portion) yang berbeda kepada anggota tenteranya, yakni (i) tentera berkuda, yang menerima porsi paling besar, (ii) tentera pemanah, yang menerima porsi kedua terbesar, dan (iii) tentera berjalan kaki, yang menerima porsi ketiga terbesar.

Di PTS, semua TimPTS dibahagikan kepada:

(i) Tentera berkuda PTS, yakni mereka yang di barisan paling hadapan, yakni yang akan mati dahulu (contohnya pegawai Jabatan Sales PTS, kalau jualan rendah, mereka ditanya dulu).

(ii) Tentera pemanah PTS, yakni mereka yang di barisan pertahanan (contohnya pegawai Jabatan Editorial PTS, kalau buku tidak cantik dan tidak memenuhi kehendak pasaran, mereka ditanya kemudian).

(iii) Tentera berjalan kaki PTS, yakni mereka yang melakukan flanking dan logistik (contohnya petugas warehouse PTS yang membuat kerja-kerja packing dan shipment, yang ditanya jika buku lambat sampai ke kedai-kedai buku).

Masing-masing kumpulan menerima porsi yang ditetapkan.

Setiap bulan, pegawai-pegawai credit contoller PTS mengutip hutang dari kedai-kedai buku, para pengedar dan kontraktor. Sebahagian daripada hutang yang dikutip itu diambil supaya dibahagi-bahagikan sebagai komisen kepada SEMUA TimPTS. Wang komisen itu dibayarkan pada tarikh 15 haribulan setiap bulan.

Komisen yang mereka terima datang secara langsung daripada hasil jualan dan hutang yang dikutip. Semakin cantik buku-buku PTS, semakin laku buku PTS, semakin banyak buku terjual, semakin cepat buku dihantar ke kedai, semakin banyak hutang dapat dikutip, maka hasilnya semakin banyak komisen yang mereka SEMUA terima setiap bulan.

Prinsip ini selaras dengan maksud ayat Quran yang bermakna: "Kamu mendapat apa yang kamu usahakan."

Nota: Selain komisen bulanan, PTS juga membayar bonus kepada SEMUA TimPTS.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa Budaya Bebas Rasuah Sangat Menguntungkan Previous entry: Buku Karya Hassan Al-Bana RM3.00 dari PTS
Rihan  on  08/05  at  11:50 AM

Asalamualaikum, Puan Sifu.

Semoga PTS akan memulakan trend baru dalam pengurusan bisnes pula. Baru-baru ini saya pergi mendengar seorang MD bercakap. Beliau bertanggungjawab mengurus pelaburan bisnes baru dan anak-anak syarikat di luar negara.

Cerita beliau, “CEO anak syarikat kami di Indonesia ini dulu belajar di pesantren. Jadi boleh percayalah.”

Mohd Riduan Khairi  on  08/06  at  09:32 AM

Alhamdulillah.

Semoga bisnes PTS sentiasa diberkati Allah.

Mudah-mudahan budaya cemerlang begini menjadi teladan bagi organisasi dan syarikat lain.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: