Friday, May 09, 2008

PTS Mencari Novel Chicklit ala-ala Malaysia

Dalam interviu Sifu bersama Mr. Vovin, pengurus PTS ONE, beliau memberitahu bahawa beliau mempunyai program menerbitkan novel-novel chicklit ala-ala Malaysia.

Novel-novel chicklit itu nanti ditargetkan buat gadis-gadis awal dewasa. Beliau akan menerbitkan satu novel chicklit setiap bulan.

Watak-watak dalam novel itu hendaklah terdiri daripada gadis-gadis yang baru lulus kolej ataupun universiti, dan baru masuk kerja. Jadi, dalam novel-novel itu nanti diceritakan kejadian-kejadian yang dialami oleh gadis-gadis yang baru masuk alam pekerjaan.

Mood novel-novel itu adalah mood riang-ria dan warna-warni dunia di tempat kerja.

Cerita dalam novel-novel itu bersifat ringan, berinformasi, menghiburkan. Sebagai contoh, diceritakanlah apa yang dialami oleh gadis lulusan bidang mass-media yang baru sahaja memulakan kerjaya di stesen televisyen yang penuh glamor.

Dengan membaca novel-novel itu, pembaca mendapat banyak maklumat berkenaan pelbagai perkara yang berlaku dalam sesuatu profesion.

Sebagai contoh, banyak orang menyangka akuantan yang bekerja dalam firma audit sentiasa bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin. Apa yang tidak mereka ketahui, juruaudit yang baru masuk kerja selalu dibuli oleh mereka yang sudah senior. 

Ada seorang juruaudit, anak seorang Tan Sri, dia ditugaskan mengaudit akaun sebuah syarikat membela dan memproses ayam segar yang sangat terkenal. Salah satu kerja yang terpaksa dijalankan oleh juruaudit kecil molek itu itu adalah pergi ke ladang penternakan ayam dan mengira buntil-buntil yang berisi tahi ayam, sebab harga tahi ayam adalah mahal kerana ia dijual kepada pengusaha ladang-ladang organik. 

Begitulah contoh jenis-jenis cerita yang mempunyai unsur informasi dan humor.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lagi Laporan dari MPH Alamanda Previous entry: Laporan Jualan Buku Profesional PTS di MPH Alamanda Putrajaya April 2008
xara  on  05/08  at  10:06 AM

Tema ini sangat menarik! Ada bengkel khusus untuk genre inikah? Hmm.. sedang berfikir, apakah yang menarik dalam bidang IT yang saya ceburi ini? Hmm… hm…

Firdaus  on  05/08  at  01:53 PM

Cik Xara, boleh buat tentang persepsi ‘nerd’ orang ramai terhadap professional IT. Contohnya, golongan marketing dan kewangan nampak lagi hip daripada orang-orang IT. Atau contoh seorang programmer wanita tunggal dalam sebuah syarikat yang besar. wink

xara  on  05/08  at  03:30 PM

Teringat saya bercerita kepada teman-teman bukan IT.

“Kami mula mesyuarat jam 7.45 petang…”
“Hah?!!!”

Firdaus  on  05/08  at  04:26 PM

Satu masa dahulu, saya dan rakan-rakan nasyid selalu bermesyuarat pada pukul 1. Bukannya 1 petang, tetapi 1 pagi! Tetapi sekarang kami sudah mengubahnya kepada waktu yang lebih waras. :D

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: