PTS Membeli Van untuk Duta PTS One Mempromosi Brand dan Buku-buku PTS

Puan Ain Maisarah adalah Duta PTS One Sdn. Bhd. Beliau adalah novelis remaja PTS yang paling ngetop saat ini.
Inilah van baru Nissan model Urvan Panel yang dibeli oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. khusus untuk membantu Puan Ain Maisarah mempromosi brand PTS apabila beliau menjalankan aktiviti roadshow ke sekolah-sekolah.
Ke mana-mana beliau pergi maka van ini akan mengiringi beliau dari belakang dengan membawa muatan pelbagai buku PTS yang akan dipamerkan dan dijual kepada mereka yang hadir. Buku-buku itu bukan buku-buku beliau sahaja tetapi semua pengarang PTS yang sesuai dengan target promosi.
Van ini hampir siap proses dicat semula menggunakan warna pink Honda Jazz 2004 kerana warna itu adalah identiti Puan Ain Maisarah. Selepas ini dimulakan proses menghias dindingnya pula.
Konsep design dinding van ini direka oleh Tn. Hisham Salmin. Apabila siap nanti, dijamin akan terbeliak mata peminat-peminat AinMaisarah yang kebetulan terpandang van ini.
Agen Tan Chong Motors yang menjual van ini adalah Tn. Muhamad Qalif dari KeretaBagus.com. HP beliau 012 2777 629.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah kerana PTS begitu proaktif dalam memasarkan produknya. Saya percaya gandingan mantap antara Ain Maisarah dan PTS dalam memasarkan produk bukunya pasti akan membuahkan hasil. Tambahan pula Ain Maisarah sudah ada ramai peminat jadi kemudahan yang diberikan PTS ini setidak-tidaknya dapat menringankan sikit tugas duta PTS ini.
Tahniah buat PTS dan juga Puan Ain Maisarah. Sememangnya Puan layak mendapat kemudahan ini atas kesungguhan puan dalam memperkenalkan karya puan serta memperkenalkan PTS kepada peminat-peminat buku melayu.Tahniah sekali lagi!
Assalamualaikum Puan Ainon yang dihormati,
Alhamdullilah van tersebut sudah hampir siap. Warnanya pula memang kena dengan brand Ain Maisarah.
Segala perancangan sedang diatur bersama Jabatan Pemasaran PTS. InsyaAllah, aktiviti ini akan meningkatkan hasil jualan buku-buku dari penulis lain juga.
Semoga kami diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menjalankan aktiviti promosi ini dengan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
Wasalam
Syaizul
Salam,
Tahniah untuk Puan Ain Maisarah kerana menjadi Duta Intelek Pertama Di Malaysia.
Saya mengagumi bakat dan koloberasi Puan dan PTS.
Teruskan menulis beribu-ribu perkataan yang baik-baik untuk memandaikan bangsa.
Ianya menjadi amal untuk ditimbang di Al-Mizan nanti.
sekian terima kasih,
umi kauthar abdul razak
Post a comment