PTS Melabur RM60 Ribu bagi Meningkatkan Pengurusan Inventori
Bagi sebuah penerbit, inventorinya adalah stok buku-buku yang ada di dalam gudang simpanan. Mengurus inventori adalah sangat penting kerana:
(i) Jika inventori rendah, ini bermakna banyak buku sudah habis stoknya, oleh itu apabila ada pesanan dari masuk, buku tidak dapat dibekalkan. Ia adalah bisnes yang hilang.
(ii) Inventori yang rendah juga menyebabkan produktiviti salesman jatuh. Mereka berjaya mengambil order tetapi order itu gagal diterjemahkan menjadi jualan.
(iii) Kedai-kedai merungut kerana sales mereka juga jatuh disebabkan buku yang dipesan gagal dibekalkan oleh penerbit.
(iv) Jika inventori terlalu tinggi, ini bermakna duit tersangkut dalam gudang dalam bentuk buku tak laku, dan aliran tunai boleh tercekik.
(v) Kita perlu tahu berapa sebenarnya nilai inventori yang ada di dalam gudang.
Bagi mengetahui nilai inventori dengan lebih tepat, PTS baru sahaja melabur RM60 ribu bagi meng-instal modul ad-on Be.AS Manufacturing untuk sistem SAP Business One yang sedia digunakan di PTS.
Pada masa ini PTS mengalami situasi inventori rendah. PTS hanya dapat membekalkan 64% daripada jumlah pesanan dari kedai-kedai.
Nilai buku yang dipesan oleh kedai tetapi gagal dibekalkan adalah sekitar purata RM800 ribu setiap bulan. Faktor yang menjadi punca adalah:
(i) Buku-buku terbitan PTS diminati ramai, jadi permintaan bagi buku-buku itu tinggi.
(ii) Modal operasi PTS yang tidak cukup bagi mencetak semua judul yang stoknya sudah habis.
NOTA: Bajet percetakan PTS adalah RM800 ribu sebulan, namun jumlah ini jauh daripada mencukupi.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment