Thursday, November 29, 2007

PTS Dikatakan Tidak Memperjuangkan Sastera

Kita sudah beberapa kali mendengar desas-desus di kalangan orang-orang sastera, baik daripada kalangan aliran mainstream mahupun yang underground, bahawa mereka tidak seronok dengan dasar penerbitan PTS yang semacam tidak benar-benar memperjuangkan perkembangan sastera Melayu. Itulah sebabnya mereka tidak berminat memilih PTS sebagai penerbit karya mereka.

Dikatakan oleh mereka bahawa dasar editorial yang diamalkan oleh PTS terlalu menyekat kebebasan kreatif, dan menurut mereka inilah yang menyebabkan nama-nama besar tidak berminat menghantar karya mereka kepada PTS kerana nama-nama besar tidak rela karya mereka diedit, kecuali setakat membetulkan ejaan yang salah sahaja.

Buku-buku terbitan PTS juga dikatakan tidak bertaraf sastera akibat terlalu mementingkan keuntungan semata-mata. 

Inilah respons kita:

Karya sastera yang memperjuangkan "sastera-untuk-sastera" sudah mempunyai penerbitnya sendiri, yakni DBP. Adalah tugas dan tanggungjawab DBP menerbitkan karya sastera yang berat-berat, yang sukar dijual dalam kedai-kedai buku komersial.

Menerbitkan buku-buku kreatif dengan matlamat semata-mata "demi mengembangkan sastera Melayu" bukan objektif PTS. Bagi PTS, aktiviti penerbitan buku-buku kreatif hanyalah salah satu strategi kerja, alat dan media yang digunakan oleh PTS bagi menyampaikan mesej memandaikan bangsa.

PTS adalah sebuah syarikat penerbitan komersial yang 1 sen pun tidak menerima bantuan daripada mana-mana tabung kerajaan, yang hidup dengan jalan menerbitkan buku-buku yang dapat memandaikan bangsa serta laku dijual dalam kedai-kedai buku.

Pegawai-pegawai PTS bekerja keras bagi membayar gaji mereka sendiri, serta membayar hutang-hutang perniagaan PTS, dengan menerbitkan buku-buku yang baik isi kandungannya, serta laku pula dalam pasaran. Itulah sebabnya PTS melakukan kajian pasaran sebelum menerbitkan sesuatu kategori buku.

Tentang dasar editorial PTS yang mementingkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dan ciri-ciri syariah-compliant dalam buku-buku kreatif terbitannya, kita yakin 2 dasar ini adalah dasar yang bukan hanya bagus bagi survival PTS, malah ia bagus bagi perkembangan sastera Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(13) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Mengubah Imej Tuhan Islam yang Punitif Previous entry: DBP: Apa Kata Lidah Pengarang Utusan Malaysia
Web Sutera  on  11/29  at  01:14 PM

Novel Perang Sangkil & novel klasik yang ditulis oleh Panaharjuna menarik. Tahniah untuk kedua-dua penulis.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/29  at  02:00 PM

Tuan WEB,

Hmmm… baca novel orang, bagus!Tulis novel sendiri supaya orang lain pun dapat baca, itu pun bagus!

Mana buku?

zaidakhtar  on  11/29  at  03:41 PM

Sifu,
saya berminat menghantar karya kpd PTS,
tapi entah bila.
satu hari nanti agaknya.

SifuPTS  on  11/29  at  04:15 PM

Al-ustaz Zaid Akhtar,

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Biarlah lambat, asal jadi. Tidak mengapa, kami sabar menunggu!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/29  at  05:45 PM

Salam sifu,
Pagi tadi baru saya baca Hikayat Abdullah, ingatkan tidak menarik, tapi sekali baca rasa nak beli terus.
“Baca novel orang bagus, novel sendiri bila?” Nak juga lah hasilkan novel.

Firdaus  on  11/29  at  07:41 PM

Saya percaya apabila Ustaz Zaid Akhtar menyertai saf PTS produktiviti makin meningkat. Pertama, tambah lebih ramai lagi rakan yang menyokong dan saling menggalakkan. Lebih-lebih lagi ada Sifu yang tukang bambu tanya mana bukunya. wink

Alhamdulillah, saya sendiri dahulu 5 tahun menulis tak siap-siap juga satu novel. Sekarang ini sudah siap ditulis dalam masa 5 bulan.

SifuPTS  on  11/30  at  12:25 AM

Tuan Danial,

Mesti hadir bengkel Teknik Surah Yusuf! Amat mudah menulis novel. Saudara Firdaus pun boleh terangkan. Beliau dulu 5 tahun menulis novel tak siap-siap, selepas hadir bengkel, dalam tempoh 5 bulan siap (sambil belajar di UIA dan ambil exam!)

Apabila digunakan bersama-sama dengan KJ Method, lebih mudah. Boleh tulis 5 novel serentak!

Datanglah!

zaidakhtar  on  11/30  at  10:36 AM

Sifu & Firdaus,
Kalau dah jodoh, tak ke mana.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/30  at  11:07 AM

Salam Sifu,Danial dan Ustaz Zaid Akhtar…

Lama benar tidak kunjungi web PTS..
Dulu pernah berminat dengan tim terjemahan indonesia tapi tidak ada rezeki, sempat hantar satu ujian sifu sahaja.

Danial, jom kita pergi sekali Bengkel Teknik Surah Yusuf. Asyik baca buku orang sahaja, mahu juga hasilkan buku sendiri!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/30  at  11:17 AM

Tuan Asrul,

Mesti datang kursus. Tengok muka Sifu yang garang nih! Baru semangat berkobar-kobar.

Zamri Mohamad  on  11/30  at  02:42 PM

Ya, ini tesimonial pelajar, “Sejak saya belajar di sini kulit saya semakin licin, jari semakin halus dan telinga sensitif dan otak mudah menggelegak, terima kasih kepada Puan Sifu dan Universiti PTS, ” (gambar testimonial bercermin mata tebal sambil ibu jari menunjukkan iyarat bagus).

Web Sutera  on  12/01  at  11:33 AM

Saya pergi ke sesi ceramah Tuan Zamri di Alpha Angle. Beliau pamerkan buku-buku yang telah diterbitkan. Banyak dan menarik.

Isi ceramah pun menarik juga.

Web Sutera  on  12/01  at  11:46 AM

Puan Sifu,

Ulasan buku Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah di blog saya menerima satu komen. Sila lihat

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: