Promosi Buku Resipi PTS Sangat Berjaya
Dalam mood musim bulan puasa dan menjelangnya Hari Raya, PTS mengambil langkah sangat agresif mempromosi buku-buku resipi terbitannya.
PTS membekalkan percuma rak buku (foto) kepada semua agennya yang ikut serta dalam kempen membaca Baca@Ramadan, khusus bagi mempamerkan buku-buku resipi itu. Kos rak itu adalah RM170 setiap satu.
Rak PTS itu mempunyai roda supaya mudah ditolak dan diletakkan di luar pintu masuk kedai supaya orang yang lalu-lalang mudah ternampak buku-buku resipi itu.
Hasil daripada langkah agresif itu adalah peningkatan jualan yang sangat ketara, iaitu 300%.
Kedai buku Kinokuniya yang amat elitis itu pun, yang selama ini tidak pernah memesan buku resipi, tetapi kali ini ia memesan buku-buku resipi PTS! Malah jumlah pesanan Kinokuniya bagi buku-buku agama PTS meningkat dengan mendadak berkat kejayaan kempen .(JavaScript must be enabled to view this email address).
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment