UPDATE: Projek Learning Grid Guide, F1, LEGO dan DEPCO: Falasi Kebermanfaatan
UPDATE: Sifu menerima perkhabaran bahawa 2 orang pegawai petugas di pejabat seorang YB Ahli Parlimen PKR Selangor sedang meneliti semua salinan bercetak komen-komen entri ini bagi tujuan menyediakan bahan ucapan dalam parlimen.
..............
Salah satu falasi yang kerap dilakukan oleh orang yang menilai sesuatu idea adalah "falasi keber-manfaat -an".
Falasi logik ini mengatakan, jika sesuatu perkara itu mempunyai ciri-ciri yang membawa manfaat, maka idea itu elok dan patut diterima.
Sebagai contoh, projek Learning Grid Guide, F1, LEGO dan DEPCO mempunyai banyak manfaat kepada pelajar, maka projek itu sesuai dan elok dijadikan projek mengajar rekacipta di SEMUA sekolah Malaysia. Logik begini adalah berfalasi.
Falasinya terletak pada realiti bahawa segala sesuatu di dunia ini mempunyai ciri-ciri kebaikan dan manfaat. Industri judi sekalipun mempunyai banyak kebaikan, sebagai contoh ia mencipta peluang pekerjaan, baik untuk industri pelancongan, sumber pendapatan cukai bagi kerajaan dan banyak lagi.
Hanya disebabkan projek Learning Grid Guide, F1, LEGO dan DEPCO mempunyai banyak kebaikan dan manfaat, faktor itu tidak boleh dijadikan hujah dan alasan bagi mengatakan bahawa projek dan gajet-gajet itu adalah alat yang paling baik (the best) bagi mengajarkan kemahiran reka cipta kepada murid-murid sekolah.
Sebagaimana yang pakar-pakar pendidikan tahu, terdapat banyak strategi, teori, teknik, metodologi, pedagogi dan teknologi pengajaran yang lebih baik, lebih murah, dan lebih mudah, yang dapat digunakan bagi mengajarkan subjek itu.
Tindakan Kementerian Pelajaran (KPM) memilih Learning Grid Guide, F1, LEGO dan DEPCO yang nilai bisnesnya ratusan juta ringgit, buat mengajarkan 1 mata pelajaran, adalah tidak masuk akal pakar-pakar pendidikan. Ia hanya masuk akal orang-orang bisnes yang korup lagi mengkorupkan.
Kepada mentee-mentee Sifu, latihan berfikir hari ini: Kita sudah tahu manfaat projek Learning Grid Guide, F1, LEGO dan DEPCO. Sekarang, apakah keburukan-keburukan apabila gajet-gajet itu dibeli oleh KPM.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam sejahtera Pn Sifu,
Pertama sekali, ia adalah rekacipta berasaskan teknologi. Sebagaimana yang kita ketahui teknologi sebegini akan ‘obsolete’ atau usang dalam masa 6 bulan sahaja. Maka apa yang dipelajari mungkin bukan yang terkini lagi.
Kedua, seperti kebiasaannya, pakej hardware, software dan juga ‘router’ (yang berharga RM 130,000 sebiji itu), perlu diikuti dengan pembelian program ‘maintenance’ atau penyelenggaraan, dan ini biasanya perlu dibayar pada setiap tahun, paling kurang 5% ke atas kos hardware, software atupun router tersebut.
Ketiga, pembekal luar negara itu akan menyuruh pihak KPM membeli lagi komponen untuk ‘upgrade’ sistem program ini dalam setahun dua ini. Ini adalah kos tambahan lagi. Dengan ‘ugrade’ ini para guru ini terpaksa menghadiri kursus tambahan lagi. Ini kos tambahan lagi.
Keempat, kursus rekacipta ini tidak akan ke mana jika murid hanya memperoleh minda mereka cipta sahaja. Sesuatu rekacipta jika tidak dikomersilkan dan dipasarkan dengan betul hanya akan tinggal sebagai besi buruk atau gajah putih sahaja. Ini boleh dilihat berlaku di merata dunia.
Kelima, seperti kata puan, ada banyak program tempatan yang boleh direkacipta serta ia lebih relevan. Kita ambil contoh bagaimana orang-orang Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara mereka cipta. Namun jangan ambil contoh negara India yang terlalu berkiblatkan barat.
Keenam, wang yang dibelanjakan untuk projek F1 dan Lego ini, iaitu sejumlah RM 340 juta ini boleh digunakan untuk menampung pembelian buku bagi 560 buah perpustakaan awam (jika bajet sebuah perpustakaan ialah RM 600,000 setahun)di Malaysia ini. Tahukah anda ada perpustakaan negeri yang bajet bulanan pembelian bukunya hanya RM 30,000 sebulan (dan ini dikongsi dengan perpustakaan bergerak dan daerah pula). Keadaan perpustakaannya juga daif dan dipenuhi buku-buku yang usang dan lama?
Oleh itu, mari kita fikirkan manfaat projek F1 dan LEGO ini sebaik-baiknya.Apakah pertimbangan yang wajar telah dibuat oleh pihak KPM? Atau apakah ini satu program ‘glamor’ bagi tujuan publisiti sesebuah parti politik dan orang politik? Atau adakah ini projek untuk ‘finance’ sesebuah parti politik? Adakah ini patut?
Oleh itu kita kembali semula kepada asas, iaitu mahukah anda membayar cukai (setelah berpeluh-peluh bekerja), hanya untuk dibelanjakan bagi projek seperti ini? Bagaimana jika anak anda tidak berapa pandai dan perlukan pendidikan khas, apakah dia akan dapat manfaat daripada projek F1 dan LEGO ini? Mari kita belajar ‘berfikir’!
En Abideen,
Di dalam arus dunia yang beralih daripada perpustakaan tradisional kepada perpustakaan maya, perbelanjaan lebih untuk bahan bercetak di perpustakaan yang kian hilang fungsinya juga perlu diperhalusi. Tambahan pula dengan kos pengangkutan yang semakin meningkat, bukankah lebih baik dibawa “perpustakaan” itu ke bilik darjah dan bukan pelajar dibawa berulang-ulang ke perpustakaan?
Daripada komen Encik Abideen dan Taukey. Saya lihat anda berpendirian, “mengapa ada perubahan?”. Dan cadangan-cadangan anda kebanyakannya berlegar pada penyelesaian untuk kembali ke takuk lama.
Ya saudara, mari belajar berfikir.
Pendapat Sifu bahawa program-program teknologi ini hanya untuk satu matapelajaran tidak benar. Saya lihat sendiri pelajar pelajar saya didedahkan kepada aplikasi sains, fizik, elektronik dan kejuruteraan dalam program-program ini.
Tuan Kamil,
Jika pendedahan aplikasi sains, fizik, elektronik dan kejuruteraan seperti tuan jelaskan. Kenapa tidak pilih projek yang lebih murah seperti Radio Amatur.
Ohh…lupa pula saya. Kos radio amatur tak sampai pun RM3000 satu set. Mana boleh kaya…
Tuan Azlan,
Saya tidak menentang perubahan. Yang pentingnya perubahan itu dibuat oleh orang berkelayakkan dalam bidang pendidikan dan bukannya “penjual penyapu” memberi cadangan, Pak Menteri angguk-angguk, pakar pendidikan geleng kepala tak bersetuju.
Tentang “perpustakaan” ke sekolah, saya rasa kosnya akan melebihi kos pengangkutan. Meniaga buluh kasap nampaknya? Hujung hilang, pangkal lesap..
Tuan Tokey,
Saya rasa tuan Tokey perlu melihat lebih jauh. Isu yang dikritik di sini ialah perbelanjaan yang tinggi dalam SATU matapelajaran. “Value for money” menjadi persoalan. Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan. Radio amatur juga merupakan contoh yang baik. Akan tetapi hujungnya pelajar akan belajar sekadar elektronik sahaja. Tidak salah di situ. Saya masih ingat kelab radio amatur sudah berada di sekolah sekitar 80an.
Namun jika dilihat pada projek robotik contohnya, pelajar juga belajar bukan setakat aplikasi elektronik, malah pemprograman robotik. Kita selalu diingatkan bagaimana industri kita ketinggalan dalam kualiti pembinaan kerana terlalu bergantung kepada sektor buruh sedangkan sektor multinasional sudah beralih kepada robotik.
Begitu juga F1. Teknologi aerodinamik, dan pembuatan automatik sebelum ini hanya terdapat di peringkat universiti dan politeknik. Begitu juga standard produk yang diuji secara kompetitif(walaupun ada “fatwa” mengatakan ciri pertandingan selain lumba kuda haram). Para pelajar juga belajar aspek fizik, aplikasi sains dan kejuruteraan dalam satu projek praktikal. Bukan sekadar teori.
Kedua-dua contoh ini menunjukkan kesepaduan pelbagai matapelajaran dalam satu program.
Bila dibawa dari universiti ke sekolah menengah, tuan mahu kita semua kembali ke zaman 80an.
Apa yang saya rasa Tuan Kamil hendak sampaikan di sini bahawa andaian bahawa program-program ini hanya merupakan konsentrasi yang pada satu matapelajaran adalah meleset. Sekali lagi, logik yang cuba diketengahkan untuk menghentam kementerian perlajaran di sini adalah berdasarkan andaian semata-mata. Hatta ianya sendiri menjadi falasi yang terbukti meleset.
Ps: Tuan tokey, saya teringat kata seorang pemain politik bahawa jika beliau dipilih, keesokan harinya juga beliau akan turunkan harga minyak. Takkanlah air percuma kami perlu tunggu sampai Jun? Saya juga menanti harinya saya tidak perlu lagi menggunakan “water filter” di rumah saya. Semoga pasukan bola sepak Selangor cemerlang.
“Tentang “perpustakaan” ke sekolah, saya rasa kosnya akan melebihi kos pengangkutan.” - Tokey
Tidak mengapalah tuan Tokey, walaupun teknologi buku maya dan internet sekarang sudah lebih murah dan menyenangkan, Tuan Tokey masih mahu mengheret pelajar pelajar berulang kali, tuan laksanakanlah bila tuan menjadi menteri nanti. Manalah tahu boleh dapat komisen buku nanti (saya ulang, “Manalah tahu”). Kalau dikritik, jangan kata tiada orang beritahu pada tuan. Maklumlah kementerian sekarang terima nasihat dari penjual penyapu, bukan orang bijak seperti tuan dan “pakar-pakar pendidikan” SEALIRAN tuan.
Tuan Azlan,
Mula-mula kata saya Salesman kemudian bakal ahli politik pula..kira hebat juga saya ye
Wah, Tuan bermati-matian pertahankan kerajaan yang tenat tu. Maaflah, banyak sangat penekanan fizikal dibuat oleh mereka sambil itu mereka mencuri. Saya menuduh…tanyalah siapa pun yang pernah berurusan dengan projek kerajaan. Mereka akan membenarkan apa yang saya kata. Apalagi “direct nego”, projek 50 juta jadi 130/150 juta.
Pernah sekali saya hadir mesyuarat di MITI membincangkan Industrial Master Plan 3(IMP3).Kami tertanya-tanya kenapa bidang IT kita begitu ketinggalan berbanding India (Hyderabad) yang tidak mempunyai infastruktur hebat seperti kita di Cyberjaya.
Rupanya kita lebih menumpukan kemudahan infra dan projek IT kita menjadi projek hartanah di Cyberjaya. Isinya kosong. Pekerjanya diimport kerana graduan kita tidak dilatih untuk menjadi programmer & system analyst.
Syarat untuk menjadi programmer yang baik anda perlu asas matematik/logik yang kuat. Pelajar kita tidak dilatih seperti itu.
Kem.Pelajaran lebih berminat dengan memperkenalkan modul baru dengan gajet berjuta-juta demi keuntungan pihak tertentu. Saya menuduh…sila lihat projek Sains & Maths dalam BI. Billion dihabiskan untuk buku/hardware/software/melatih guru.
Tentang politik, cukuplah dengan Kumpulan Keris Telanjang memerintah. Jangan bernolstagia mereka membela Agama/Bangsa/Negara. Mereka hanya mementingkan perut dan anggota bawah pusat. Tak lebih dari itu.
Setuju dengan pendapat “Value for money” tapi adalah benar tiada unsur penyelewengan??
Berkenaan teknologi maya, sila berikan link yang menunjukkan trend menurunnya penerbitan buku dengan bertambahnya kemajuan IT.
Setahu saya tiada penulis/penerbit bergantung kepada teknogi maya tanpa menerbitkan buku fizikal.
Tak tahulah kalau Kumpulan Keris Telanjang nak memulakannya. Habis lagi duit rakyat~!
Saya setuju dengan tokey. Persoalan sifu ialah adakah keputusan untuk membawa masuk penggunaan gajet ini telah dibawa berbincang dengan para pegawai dari Pusat Perkembangan Korikulum?. Mungkin projek ini ada kesannya cuma kita bukan sahaja mahukan matlamat tetapi cara untuk sampai ke matlamat itu adakah ia bertepatan dengan nilai yang sepatutnya.
Saudara Azlan agak defensif di dalam hal ini. Mungkin Saudara Azlan tahu kenapa projek ini diadakan secara direct nego? Dan adakah RM 150 juta itu wajar nilainya? kerana sudah tentu nilai itu terlalu besar berganda-ganda sedangkan lebih banyak perkara yang lopong seperti perbezaan jurang yang besar diantara sekolah di pedalaman dan di bandar patut ditingkatkan? Minta pendapat.
Kepada saudara Azlan, Gano, Tokey, Dr. Azwan. Difahamkan kita semua hendakkan pendidikan ilmu pengetahuan teknologi terkini. Semua jelas dan setuju.
Isu yang kita selalu perkatakan di ruang “komen” ini ialah keberkesanan sesuatu program yang dibawa oleh syarikat pembekal. Adakah ia semata-mata kerana ketulusan dalam usahasama dengan pihak KPM memantapkan lagi pendidikan kita atau atas dasar kepentingan syarikat daripada aspek keuntungan yang melampau semata-mata.
Kita tidak usah bertelagah sesama kita mempertikaikan program yang telah dijalankan oleh KPM seperti robot kit ELEKIT (Japan), LASY (Switzerland), Fishertecnik (Germany) yang telahpun terkubur.
Kini F1 (UK) pun telah diterima secara rasmi dalam KPM, setelah ini LEGO (Denmark) pula, kemudian DEPCO (USA) tunggu masa. Tak lama lagi “Program Roketry” akan menyusul.
Saya yakin kita semua bersatu hati dalam pembangunan minda generasi pelajar kita tetapi bagaimana kita bersama dapat menyedarkan pihak KPM sendiri untuk berfikir sebagaimana kita fikir dalam aspek perbelanjaan yang berhemah dengan amanah wang rakyat.
Ini bukan wang menteri, wang Ketua Pengarah sahaja ataupun wang Pengarah-pengarah KPM. Mereka kena amanah dan bertanggung jawab.
Memang hebat membaca hujah-hujah saudara-saudara di sini tetapi siapakah yang membaca hujah-hujah kita di sini dan adakah Datuk Seri Hisham membaca atau Ketua Pengarah Kem Pelajaran (KP) Dato Alimudin dan Timbalannya Dato’ Norizan Bapoo baca dan fikir?
Selagi perkara ini tidak sampai ke pengetahuan mereka, mereka tidak sedar dan menganggap kita ini “cakap-cakap kosong” sahaja dan tidak menjejaskan apa-apa yang telah diputuskan. Jika pun ada pegawai KPM yang membaca, mereka sekadar membaca sahaja sebab mereka adalah pegawai yang menurut perintah.
Saya berpendapat tujuan Pn. Ainon mengemukakan isu ini adalah supaya kita semua perlu mengambil sesuatu tindakan melalui saluran yang betul dan tepat. Bukan untuk kita semua bertelagah di sini siapa yang betul atau salah.
Isu-isu tersebut perlu di siasat. Kita sendiri tahu tujuan utama blog PTS ini adalah lebih menjurus kepada bidang penulisan dan penerbitan.
Syabas kepada saudara semua kerana perihatin terhadap masa depan negara! Semoga Allah memberkhati segala usaha dan cadangan saudara kepada kebenaran.
***INGAT! Ini negara kita, kita tentukan acuannya. Bukan orang luar!!!
Terima kasih saudara Ismail. Tentang projek Roketry, mana mungkin konco-konco mereka ini berani pertikai. Sudahlah lupakan sahaja. Sebab Khairi belum menjadi menteri, jadi tidak kisahlah apa yang Khairi buat di belakang tabir, yang penting menteri-menteri ini dinyahkan semua supaya lebih banyak “buah-buah catur baru” dapat disusun. Saudara Ismail harus kenal siapa target mereka di sini. Sudah tulis sendiri hampa dengan perlantikan si polan jadi Menteri, ada hati pula hendak suruh menteri itu menghadap mereka. Memang hebat kulit muka mereka ini.(Itu kata saya, bukan kata menteri)
Tetapi bagi saya, kalau mereka ini benar-benar mahu perjuangkan “jihad” mereka, sekarang mereka tahu projek Roketry di ambang KPM. Cepat-cepatlah hantar proposal alternatif supaya tidak menjadi direct-nego. Itulah cara konstruktif dan lateral. Rakyat juga yang untung. Anak-anak kita masih boleh belajar buat roket dan prosesnya DAPAT dilaksanakan dengan adil dan kompetitif. Berani kritik, beranilah buat.
Ini tidak, seolah olah tujuan mereka ini hanya untuk menempel kesalahan di pintu kerajaan. Hanya tahu mengkritik kerajaan tapi tidak tahu melaksanakannya.
Nah! Tuhan dah beri peluang di Selangor, tetapi masih terkial-kial. Kata sehari boleh buat perubahan, tetapi perubahan yang lebih kecil pun kita semua tunggu sampai bulan Jun (itu pun kalau kita masih bernasib baik).
Ps: Selalu kita dengar BR dan BN, serta golongan penyokong mereka. Tetapi awaslah golongan ketiga yang memerhati kedua-duanya. Alahhhh… BR dulu kan kenal siapa kami. Takkanlah dah tak cam lagi bila sudah pegang sedikit kuasa.
Dr Azwan,
seperti yg kawan saya di PPK maklumkan, mereka sudah dimaklumkan tentang projek ini sejak tahun 2005 lagi. bukan saja professional di ppk yg dibawa berbincang, tetapi juga profesional di bhg sekolah, bpg, jpt dan guru-guru di sekolah. Jika projek tidak mendapat endorsement dr profesional tidak mungkin ia akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai peringkat. sila baca komen2 sebelum ini. Bagi saya sifu dan tn dr hanya berminat menyebarkan fitnah, bukan mencari kebenaran.
F1 dan lego, bukan gadget yg seperti tuan-tuan bayangkan, saya cdgkan tuan2 pergi ke sekolah yg terlibat utk melihat sendiri apa yg saya maksudkan. menurut kwn2 saya, sebelum ada prog F1, matapelajaran rekacipta sudah hampir terkubur. HSPnya juga banyak psl teori. tugasan yg dibuat langsung tdk menarik minat pelajar. tugasan dibuat secara manual dan software diambil secara haram dr internet. mujurlah ada prog yg baik dr luar negara spt F1 utk hidupkan semula subjek rekacipta dan minat plajar terhdpnya.
sebab itu klu baca posting2 sblm ini, guru2 menyokong prog yg dlaksanakan ini. Klu dr kata ia tidak dibincang dgn profesional saya rasa dr hanya suka menyebar fitnah dan tdk usul priksa dlm tindakan dr.
Helo brader “honey”, kalau sudah projek menteri, pegawai manalah di KPM itu dari BPG, PPK, JPT, Bah. Sekolah, BTP dll. yang berani lawan?
Memanglah sebelum ini subjek reka cipta (RC) hampir terkubur sebab tidak ada peruntukan. Tetapi daripada apa yang saya dengar, PPK sudah mohon budget untuk hidupkan subjek ini. Pegawai PPK lebih maklum kekurangan dan keperluan pengajaran dan pembelajaran (P&P) RC di sekolah-sekolah.
Peruntukan di bawah RM-9 diminta selewat 2004 lagi sudah lengkap dengan BQ tender untuk pelbagai peralatan, perkakasan dan perisian untuk memantapkan subjek RC ini. Malangnya, kutu F1 ini datang kemudian, dengan proposal muka depannya siap dengan watermark cover page muka DS Hisham, dia sapu habis ataupun hampir habis, semua budget yang telah diluluskan untuk subjek RC. Semuanya direct nego!
Kalau sudah projek menteri, para professional yang kamu sebut itu, kira rubber-stamp sahaja lah. After the fact.
Assalamualaikum, Tuan-tuan & Puan.
Yang pertama, saya terpaksa terus terang sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Rekacipta.
Kedua sebab takut individu seperti ‘Sister’ dan ‘Hani’ bukan cikgu RC or mana-mana businessman memandai-mandai seolah-olah dia pula lebih pandai hendak mengajar subjek ini.
Ketiga, saya terkejut blog Pn. Ainon ini dimaklumkan kepada kami yang terlibat dengan subjek RC.
Untuk makluman semua di sini hampir semua kami guru RC sudah tahu blog ini di sampaikan dari mulut ke mulut. Begitupun, saya setuju dan sokong apabila pendedahan dibuat sebab kami semua yang menurut perintah dan tidak pernah tahu pasal bagaimana barang-barang ini sampai ke sekolah. Tahu-tahu, kena sign sahaja borang. Harga pun kami tengok pun bukan tahu mahal ataupun murah sehingga didedahkan di sini.
Pn Hani & Gano, betul. Memang kami semua sedih sebab mata pelajaran ini hampir terkubur dan beberapa sekolah rakan kami telah tarik diri tidak mahu tawarkan mata pelajaran Rekacipta sebab:
1. KPM sendiri tidak serious makmum kepada “semua” universiti tentang mata pelajaran ini dalam sistem kredit SPM dan dalam kumpulan mana. Maka pelajar kami berasa reka cipta ini ‘kurang value’ untuk masuk universiti berbanding subjek Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan.
2. Peruntukan bagi peningkatan subjek ini di sekolah tidak diurus dengan betul. Ketiga-tiga pegawai ini tak guna! Tiada matlamat sebagi Ketua Bidang. Mereka tidak sepatutnya menjawat jawatan itu.
Kini En. Mohd Nor yang kami belum kenali lagi sebab baru naik ke jawatan ini. Saya tahu beliau akan baca. Bagus, supaya ingat jangan ikut ketiga-tiga Ketua Bidang yang sebelum ini.
Ketua Bidang sepatutnya bertanggungjawab terhadap pembangunan mata pelajaran ini. Turunlah ke sekolah jumpa kami dan tanya apa masalah kami dan ambil tindakan. Jangan harap Jabatan lain datang membantu.
Ketua Pengarah KPM dan Pengarah perlu pilih Ketua Bidang yang berwibawa dan ada VISI! Bukan saya yang menurut perintah sahaja! Tanggungjawab KPM ialah kepada seluruh negara dan masa depan generasi yang lahir daripada mata pelajaran Rekacipta dan Kemahiran Hidup yang akan ‘contribute’ kepada negara.
3. Setiap tahun kami harapkan peruntukan untuk kemudahan asas bagi pelajar kami menghasilkan model-model hasil rekacipta yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan. Di sekolah, pelajar kami terpaksa berkongsi makmal/ bengkel kerja Kemahiran Hidup sekolah menengah rendah (Tingkatan 1, 2, 3) dan ini mengganggu belajar semasa pelajar kami dan pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dengan kelengkapan yang tidak cukup.
Kami bukan hendak peralatan yang harganya beratus ribu. Yang asas hendak buat kerja pun tidak lengkap. Pegawai yang lama sekali di PPK, Unit Teknik dan Vokasional En. Hashim, beliau sepatutnya jelas tentang perkara ini dan sepatutnya telah lama mengambil tindakan tetapi kami tahu tuan pun sama yang menurut perintah.
Malah mata pelajaran baru MPV lebih baik daripada RC. Seorang lagi pegawai yang lama kini sudah naik pangkat agaknya En. Ahmad Kasim, kami beberapa kami pernah bercerita kepada beliau ketika melawat dan kursus, selalu janji hendak bantu terapi serupa tidak guna macam Ketua Bidang yang bertiga terdahulu.
4. Tahukah makmal komputer kami, masih ada lagi era Pentium 166 DX2, Pentium MMS. Ada sesetangah kami berkongsi makmal komputer dengan Program Komputer Dalam Pendidikan (KDP).
Tahukah tuan-tuan pegawai PPK, ini nak hantar untuk pentaksiran SPM dalam bulan Julai ini, anak murid kami tingkatan 5 sudah panic hendak pakai komputer, software. Anak orang kaya di bandar KL tiada masalah. Anak murid kami tak cukup kaya, mereka minat datang sekolah pun sudah cukup baik.
5.Kami yang bukan daripada latar belakang Kejuruteraan, kurang ilmu dan maklumat dalam skop pengajaran Rekacipta ini. Kami memang takut hendak mengajar apabila Pengetua pilih kami tetapi bila saya melihat secara mendalam HSP RC ia sudah sangat baik, cuma pengisian ilmu kepada guru itu yang sangat penting.
Saya tetap menyalahkan PPK kerana tidak merancangkan program latihan ilmu yang sepatutnya diberi kursus-kursus yang menjurus dalam skop bidang HSP RC. Kami bukan perlu kursus F1. Tiada kursus F1 pun pelajar kami tetap kena bersedia untuk SPM.
Kami perlukan kursus seperti dulu yang Akademi CADDCAM berikan kini Majlis Reka Bentuk Malaysia-SIRIM. Nak tanya juga, mana kini Cikgu Azmi yang dahulu pernah mengajar kami, sebab beliau dari ITM, Art & Design. Harap beliau membaca blog ini juga. Kami pernah dimaklumkan beliau pernah menghasilkan pelajar Rekacipta SMK Taman Keramat sampai ke peringkat antarabangsa Commanwealth Design di New Zealand pada tahun 1997.
Begitu juga dengan seorang guru RC dari MIRI bersama beliau. Tika itu tiada LEGO, tiada F1. Begitu juga Cikgu Syed yang pernah buat “robot semut” yang besar. Pakai besi-besi sahaja welding dan power window motor. Cuma Controler dia kena beli lah. Cikgu Bibit di Selangor pun hebat pasal Mechatronic dan sangat kreatif.
Kalau kami ada ilmu yang mantap, mata pelajaran lebih hebat! Ramai lagi cikgu-cikgu RC kami yang lama hebat-hebat. Tetapi kami guru baru, perlu lebih banyak ilmu untuk dikongsi bersama.
KPM dan khususnya PPK Unit Teknik dan Vokasional perlu buat kerja. Jangan duduk di kerusi di Putrajaya itu sahaja main remote control terhadap kami. Mari tengok semua sekolah RC. Buat kajian apa yang sepatutnya kami perlukan. Jangan makan gaji buta! Dan jangan terima sahaja cakap syarikat pembekal.
Selama bertahun-tahun kami begini sebab PPK sendiri. PPK kena kaji balik diri masing-masing, daripada Pengarah sampai kepada pegawai kurikulum.
Kesimpulannya, kami guru-guru RC perlukan kursus-kursus yang dapat menambah ilmu pengetahuan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mata pelajaran RC dan kelengkapan peralatan yang sepatutnya kami dapat.
Kalau ada berjuta-juta itu, berilah peralatan yang kami perlukan dan yang kami boleh gunakan untuk banyak perkara bukan semata untuk F1 sahaja. Kami tidak minta beban kerja berlebihan dan tanggung jawab seperti F1, kerana kami ada amanah kami untuk menyediakan pelajar kami menghadapi peperiksaan SPM setiap tahun.
Pelajar kami mesti sudah bersedia pada awal tahun Tingkatan 5 kerana semua kerja kursus SPM kena hantar pada bulan Jun atau Julai. Dengan pegawai PPK sudah setiap tahun bercerita. Tetapi begini juga kami. Cikgu tetap cikgu. Terima kasih kepada ruangan Pn. Ainon.
***Kami pertama sekali kenal buku Pn. Ainon pada tahun 1998 kalau tidak silap tentang Rekacipta yang berwarna kuning itu dan satu lagi warna hijau. Tiada di depan mata ketika menaip ini. Itu memang asas idea kami pada peringkat awal mengajar untuk Tingkatan 4 subjek Rekacipta tika itu.
Terima kasih cikgu Haizi,
Pendedahan dari seorang cikgu seperti anda telah membuka mata ramai dan menutup mulut pak turut (yang dibayar). terima kasih.
Terima kasih cikgu Haizi atas pendedahan yang jelas dan jujur. Harap PPK dan KPM akan ambil tindakan yang bijak.
I ada baca beberapa komen menarik dari laman universitipts yang pernah mencadangkan secara tidak langsung tindakan sepatutnya diambil oleh KPM. Di bawah saya ringkaskan sebagai tambahan kepada komen cikgu Haizi. Sorry kepada yang punya komen kerana tak ingat nama2 you all.
1. Program F1, LEGO, DEPCO adalah satu program yg dipaksakan ke atas sekolah2 RC semata2 untuk mengkayakan kroni2 seberapa segera.
2. Tiada ketelusan di dalam proses perolehan. Semuanya direct nego. Kalau ditender, KPM boleh jimatkan banyak duit rakyat dan seterusnya digunakan untuk program pendidikan yang lebih baik.
3. Semuanya program impot - hook and sinker. Orang kita bodoh sangat ke sampai tak boleh fikirkan program pendidikan sendiri?
4. Semuanya melibatkan berjuta malah berbillion duit rakyat yang akan diekspot keluar negara.
5. Betul ke penilaian keseluruhan keberkesanan program2 paksa ini telah dilakukan sebelum diterima pakai oleh KPM?
6. Kenapa peruntukan begitu besar dilaburkan untuk satu aliran sahaja?
7. Mengapa KPM tidak gunakan sebahagian budget sebegitu besar untuk program pembanguan guru2 RC?
8. Yang lebih hebat, kenapa asyik2 baba-ali yang supply barang2 F1 & DEPCO je yang dapat. Supplier lain tak ada ke? Berapa banyak perusahaan tempatan yang boleh dimajukan dan usahawan baru yang boleh dihasilkan dengan peruntukan sebegitu besar?
Banyak lagi…
Cikgu Haizi, SYABAS! Pegawai PPK, and semua perlu lihat sendiri diri anda semua. Harap Pengarah PPK baca juga komen guru ini. Seseorang patut maklumkan pada Menteri situasi sebenar di sekolah. Takut selama ini Menteri kena tipu dengan pegawai dia sendiri sebab nak bodek Menteri.
Haizi,
Pertamanya, mana sdr tau saya bukan cikgu? mungkin saya tidak guru RC spt sdr, tp itu tdk bermaksud saya bukan guru.
Kedua, saya mempersoalkan pn ainon, kerana dia lebih berminat untuk menyebarkan fitnah terhadap seorang menteri yang pada saya berwawasan darpd berusaha mencari kebenaran. The fact tht, pn ainon is a PAS member, menunjukkan dia akan berbuat apa saja untuk memburuk2kan menteri yg ada atas kepentingan parti dan politik.
Ketiga, saya bukan guru sekolah yg lost touch dgn KPM. saya ada rakan2 di sana yg boleh bantu saya mendapatkan gambaran yg betul ttg sesuatu perkara yg berlaku. Sbb itu saya tahu apa yg Gano ckp psl peruntukan, BQ pd tahun 2004 yg kononnya ada, sebenarnya tak betul sbb bendanya tidak ada. Rakan saya di PPK maklumkan, apa yg ada hanya list perkara2 yg diperlukan oleh PPK yg hendak dibida dlm rmk9.
Ini makluman yg rakan saya minta sampaikan;
1. Sdr Gano jangan fikir kami di PPK bodoh dan tidak ada fikiran sendiri. Menteri tak pernah memaksa apa2 proposal kpd kami sebaliknya meminta pandangan kami berulang kali. Pejabat beliau berhubung dengan kami sejak tahun 2005 tentang pelbagai kertas cadangan, tidak kira daripada sesiapa pun. Kita berbincang secara rasional dan kami memang ada nyatakan pandangan kami dan biasanya pejabat beliau dan kami akan mencari jalan tengah utk pastikan kebaikan sampai kpd rakyat. Lagipun tugas kami di sini adalah sebagai pemudah cara.
2. Matapelajaran RC hampir terkubur bukan soal satu bahagian dlm KPM semata2, tetapi ada pelbagai faktor melibatkan bhg2 lain, termasuk bahagian yang meibatkan pegawai PTD, JPA dan cara pentadbiran di setiap sekolah. Apa yg Haizi sebut tentang penerimaan di universiti ada betulnya, tetapi yang tidak tepat atau yang Haizi tidak tahu adalah - beliau tidak boleh menuduh KPM tidak serius sbb nature subjek RC ketika ini membuatkan ia tidak menarik minat pelajar dan sekolah dan membuatkan ia sukar diterima dan diiktiraf oleh IPT. Misalnya; 1. pelajar yg terlibat cuma pelajar sastera 2. ia hanya subjek elektif 3. pengetua tdk beri keutamaan di sekolah sebab ia dianggap subjek yang kurang penting 4. sebab apa kurang penting - konten kurikulumnya agak ketinggalan dan membosankan. 5. tapi tidak boleh salahkan PPK semata-mata kerana ketika itu HSP dan kurikulum dirangka berdasarkan peruntukan (RMK8)yg diterima utk membeli perkakasan dan software yg bersesuaian, malangnya, sebagai subjek elektif yg kurang kepentingan, tentulah peruntukan diberi utk subjek lebih penting dan utama kpd pembinaan modal insan dan guna tenaga negara. 6. penempatan guru yg tidak bersesuaian dan tidak berkelayakan utk mengajar subjek ini - jadi Haizi, jangan jadi katak di bawah tempurung, hanya melihat dunia di bawah tempurung sendiri, iaitu di sekolah awak semata-mata. pada tahun 2004, oleh kerana minat sekolah terhadap RC semakin kurang akibat pelbagai faktor di atas, daripada 300 ++ sekolah yang ambil rekacipta, ada sebilangan yang tarik diri.
3. Jgn kata, KPM tidak serius, in fact bila YBM minta cadangan oleh F1 in School dikaji oleh PPK pada tahun 2005, ia membuka lembaran baru untuk perkasakan subjek RC. Asas cadangan program adalah memupuk minat untuk lahirkan lebih ramai jurutera automotif. Sasarannya klu di UK, bukan pelajar RC tp semua pelajar especially di peringkat umur yang lebih muda. Sebab itu di UK, ia bermula dari peringkat sekolah rendah lagi, bukan macam kita, di tingkatan 4.
4. Kenapa elemen kejuruteraan kereta dan F1? sebab ia salah satu elemen boleh menarik minat pelajar, tidak kira lelaki atau perempuan. Sifu Ainon yang out of touch dengan trend dunia - untuk makluman sifu, sekarang, di alaf baru ini, minat terhadap F1 dan teknologi automotif sudah merentasi sempadan gender. Cikgu Haizi - saudara tengoklah apa yang saudara suruh budak-budak reka di sekolah. Tidakkah membosankan. Sebab itu ramai yang ponteng kelas. Lepas tu semua benda dibuat secara manual. Kalau ada software pun software pirate. Sedangkan budak-budak ni patut dibiasakan dengan software dan perkakasan yang digunakan dlm industri. Barulah ada nilai tambah jika mereka keluar dari sekolah nanti.
5. Kenapa RC? sbb pemimpin kanan di KPM melihat ini peluang untuk upgrade subjek RC kepada yang lebih berorientasi teknologi. Sampai bila nak design benda-benda yang kurang nilai tambah. Haizi salah bila kata KPM tidak serius, infact KPM serisu bila mula memperkenalkan elemen-elemen seperti F1 dalam usaha mereformasi kurikulum dan P&P;. Dengan adanya elemen F1, perkakasan n peralatan ini, KPPM sendiri telah meminta bahagian-bahagian seperti PPK, LPM dan Bhg Sekolah untuk memikirkan kaedah bagaimana RC boleh dinaik taraf kepada subjek Teknologi Reka Cipta dan pada masa yang sama LPM boleh perkenalkan elemen school based assesment dlm subjek ini sebagai rintis. KPM juga akan mengangkat subjek yang ditelah dinaik taraf dan ditambah nilai ini ke dalam JK Kurikulum yang melibatkan IPTA agar diterima sebagai salah satu merit kemasukan kursus di IPTA
6. Kenapa bukan sekolah yang menawarkan RC saja yg dilibatkan sebaliknya sekolah yg tiada RC termasuk sekolah berasarama penuh (SBP) juga terlibat dlm F1? Sebab pegawai-pegawai kanan KPM ketika itu nampak, sejauh mana kebaikan program ini utk meningkatkan minat pelajar dlm bidang sains, teknologi dan rekacipta. Sebab, melalui software dan perkakasan, pelajar-pelajar boleh relate dengan subjek sains, fizik yang diajar, taklah asyik-asyik tengok troli dan batu ladung saja. Taklah kena reka kotak tisu, kerusi dan pengait buah semata-mata. Sbb itu Pgrh Bhg Sekolah ketika itu minta SBP dilibatkan juga walaupun tiada subjek RC. Kalaulah profesional dan pegawai kanan tidak nampak perkara ini, takkanlah mereka hendak bida lebih daripada apa yg dicadangkan oleh syarikat.
7. Haizi dan Gano, tahukan kenapa 1700 buah sekolah? Ainon ni pandai memfitnah saja dan Gano membuta tuli menuduh yg bukan-bukan. cikgu-cikgu di sekolah spt Haizi pula tak mungkin tahu perkara-perkara ini sebab perspektif Haizi hanya tertumpu di sekolah saja. Oleh kerana bajet terhad, tetapi bijak pandai di PPK dan Bhg Sekolah yang mahu kebaikan daripada program ini melimpah kpd pelajar-pelajar lain yang belajar di sekolah yg tiada subjek rekacipta, memikirkan satu kaedah bagaimana pusat pembuatan sekolah di sekolah terpilih boleh dikongsikan dgn 10 - 15 buah sekolah berhampiran. Jd pandai2 lah kira… pasal tu dapat 1700 buah sekolah. Maksudnya, bajet untuk pusat pembuatan bukan untuk 1 sekolah, tp 11 - 16 buah sekolah. Lagipun sekolah RC yang terlibat patut berterima kasih sebab perkakasan dan software yang ada bukan untuk kegunaan RC dan F1 semata-mata, sebaliknya mereka boleh gunakan untuk mereka pelbagai rekaan untuk sambutan dan perayaan yang dibuat di sekolah. Cuma bahan mentah tu, pandai-pandailah sekolah beli sendiri.
8. Adalah salah bila mengatakan bahawa kami memaksakan sesuatu program di sekolah. Ada satu pendekatan Dato Seri Hishamuddin yang kami rasa sangat baik dan cantik sebab beliau tidak guna pendekatan top-down dalam melaksanakan dasar pendidikan. Program F1 misalnya, ketika pilot pada tahun pertama, kita hanya memerlukan 14 buah sekolah. Kami boleh pilih mana-mana sekolah yg kami mahu, tetapi pejabat beliau insist untuk kita jemput 20 buah sekolah, beri penerangan sejelas-jelasnya dan membuat tawaran kepada mereka yg benar-benar berminat saja. Hasilnya, selepas diberi penerangan, tidak ada sekolah yg menarik diri, sebaliknya sekolah-sekolah begitu bersungguh-sungguh menawarkan diri dan membuat bidaan terutama dari segi komitmen agar mereka dapat turut serta. Pendekatan bottom-top ini juga merupakan pendekatan yang diguna untuk menentukan sekolah-sekolah kluster. Kerana itu, bukan menteri yang memilih sekolah kluster sebaliknya cadangan itu datang dari sekolah sendiri. Jadi sdr sangat-sangat salah, bila menyatakan kami telah dipaksa. Jangan sekali-kali sdr anggap kami bodoh dan jd rubber stamp semata-mata. KENYATAAN INI AMAT MENGHINA KAMI. Dont insult our intelligence, brother.
9. Kami pegawai-pegawai PPK lebih tahu soal pentadbiran berbanding Haizi dan kesukaran menjadikan sesuatu program, walaupun yg baik itu realiti apabila peruntukan dan sokongan terhad. Tapi kami bukan bodoh dan tidak kreatif. Kami juga bukan tidak serius. Kami lebih rapat dgn keputusan-keputusan dasar berbanding Haizi, tapi ada kalanya isu pelaksanaan ada di sana sini, termasuklah apabila kami terpaksa berhadapan dgn pegawai-pegawai PTD yg menguruskan perolehan dan kewangan. Mereka ini kadang menjadi stumbling block kepada pelaksanaan pelbagai program di kementerian. Masalah komputer yang tidak boleh diguna seperti yg disebut oleh Haizi, bukan salah kami, sebaliknya ketidak cekapan pegawai-pegawai PTD. Jgnlah membabi buta dan menabur fitnah, lebih2 lagi terhadap seorang menteri yg berwawasan dan terbuka seperti Dato Seri Hishammuddin.
Itulah penjelasan rakan saya dr PPK. Jadi Ainon, Haizi dan Gano, kalau tak tahu bertanya, bukan menjadi lidah penyambung fitnah.
hani, saya pun pegawai ppk dan itu semua adalah fitnah. pembohong. awak memang pembohong.
Jgnlah membabi buta dan menabur fitnah, lebih2 lagi terhadap seorang menteri yg berwawasan dan terbuka seperti Dato Seri Hishammuddin.
**********************************************************
Saya bermimpi ke? Berwawasan…hik..hik..hik…habis anak melayu takut subjek Sains/Maths sebab B.Inggeris sebab Menteri berwas-was ini
Hani, kenapa anak Cina boleh belajar Sains/Maths dalam Mandarin sedangkan anak Melayu dinafikan. Tolong tanya Menteri ye.
hana,
kalau stakat itu je kebolehan u berhujah, klu benarlah u pegawai PPK, mmg patutla haizi marah. tak de nilai intelektual langsung.
Popeye
tak payah lah lari dari topik n nak persoalkan isu2 furu’ dlm tulisan saya klu dah tak mampu berhujah secara intelektual.
PPSMI bukan dimulakan semasa zaman hishamuddin. Lagipun jgn salah faham tentang buku teks sekolah cina dan sekolah cina.
wlupun kononnya pelobi sjkc menentang ppsmi, tp ada sjkc di KL yg mengajar matematik n sains dlm bahasa inggeris menggunakan kurikulum singapura d sblh petang dan ibu bapa d sjkc ini d kenakan yuan tambahan lagi, tp ibu bapa cina sanggup bayar.
apa yg dimaklumkan oleh pegawai d bhg buku teks - komuniti cina yg terbitkan buku teks sains dan matematik dlm bahasa cina sbg bantuan kpd anak2 mereka. mereka kutip duit sendiri n mereka publish buku tu sendiri tanpa bantuan n satu sen pun duit dr kerajaan. kalau itupun kita halang, nampak sangat kita tak berhati perut.
Wow! Bro. honey (ke sister horney?), thanks for the detail explaination. Even tho I don’t quite agree with your comment, I appreciate PPK officer macam you (ke F1 supplier) taking the time to answer many questions asked in the forum.
Here’s my comments:-
1. Nobody has said that pegawai PPK bodoh-bodoh belaka. I know some of them. Ramai di antara mereka ini yang ikhlas dan amanah dengan tanggung jawap masing2. We should thank them for diligently developing relevant curriculum and programs for our future leaders, engineers, scientists, linguists, economist, technologists, educationists, bla, bla,... (etc.), except politicians and terrorist (he, he…).
2. Your bottom-up explanation looks to me like a top-down approach, instead. Dah menteri yang suruh buat pilot di sekolah2 tersebut. Pilot ni maknanya nak test market le dan as reference untuk support proposal supplier. Kat mana bottom-upnya? kalau bottom-up, kenalah tanya guru2 RC dulu program dan pendekatan apa yang berkesan untuk menarik minat pelajar dan menyelesaikan masalah2 yg timbul seperti kata cikgu Haizi.
3. Dari komen2 yang saya ikuti sepanjang isu KPM ni, majoriti tidak kata program F1 dan LEGO tu tak bagus. Yang dipersoalkan kenapa tak buat program sendiri? Kenapa peruntukan sebegitu besar tidak digunakan untuk memajukan program tempatan? Proton, Petronas dan Perodua tak boleh tolong ke? Pakar-pakar tempatan di universiti tanahair dan di KPM/PPK sendiri tak ada ke? Semuanya impot! Inikah maknanya “go global”? (The heck with the locals).
4. Kenapa perlu direct nego dengan budget sedemikian besar? Pecah2kanlah BQ dlm F1 tu, dan kemudian buka tender. F1inSchools tu hanya satu event. Yang hangpa pi sapu semua apahal? Bila nak majukan industri tempatan dan tolong usahawan2 tempatan, terutama dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini. Ramai kenalan I (mostly bumi le, termasuk umnoputra) yang buat bisnes mengeluh sebab tak da projek.
Here’s some alternative kalau pihak KPM masih blur perihal program tempatan -
Cuba perhatikan program tahunan Robocon dan Robofest yang dah bertahun dikendalikan oleh ABU dan SIRIM. Tak banyak pun peruntukannya. Lebih hebat lagi dari F1. Ada pengiktirafan antarabangsa lagi. Kalau budget berbilion yang diperuntukan utk program F1, DEPCO dan LEGO disalurkan ke program Robocon dan Robofest, bertambah hebatlah jadinya.
Oh… saya dengar hani, azlan dan sister kata “program apa? oh.. yang itu. mana boleh buat duit?” He, he, sori….
BTW, thanks sister for sharing the mars thing.
Gano,
Pertama - saya bukan pegawai PPK, kedua - saya bukan supplier, vendor, etc.
Ni apa yg kawan saya di PPK mintak sampaikan;
Hani, cakap kepada mamat tu;
1. jangan suka-suka mengata menteri saya tidak bertanggungjawab. Jangan sekali-kali generalise orang politik sebagai tidak bertanggungjawab, tidak amanah dan tidak bijak. Seperti kita, mereka juga manusia yang mempunyai kelayakan ikhtisas dan latar belakang keluarga yang baik.
2. Sebelum sampai ke stage pilot, ada beberapa peringkat penilaian yang dibuat oleh pegawai PPK dan Bhg Sekolah. Banyak proses rationalisation yang terlibat pada peringkat ini, bermula dari usaha utk memahami cadangan syarikat. Untuk projek F1, ia mengambil masa hampir 4 bulan. sekiranya didapati viable barulah JK terlibat bersetuju mencadangkan pilot. Dalam konteks F1, pilot bermaksud segala cadangan syarikat yang mungkin nampak cantik di atas kertas, perlu diuji terlebih dulu sama ada boleh terlaksana dalam environment sekolah atau tidak. Istilah yang lebih tepat untuk konteks F1 adalah Proof Of Concept. Bagi membuktikan cadangan syarikat baik dan diterima di peringkat sekolah, syarikat telah diminta untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri di peringkat ini. Dalam konteks F1 dan Robotik - mereka juga perlu mengambil kira perbelanjaan menguruskan pertandingan dan menghantar pelajar ke pertandingan di luar negara. Disebabkan itu jumlahnya agak besar. Di peringkat ini tidak semua cadangan syarikat diterima, sebagai pegawai profesional, kami lebih memahami kehendak dan keperluan di sekolah, jadi cadangan syarikat akan ditambah baik bagi menepati kehendak dan keperluan pelajar, guru dan sekolah. Jadi bagi kes F1, selepas dirasionalkan, syarikat mengeluarkan lebih belanja berbanding cadangan asal agar program dapar terlaksana dengan lebih menarik dan berkesan. Jangan LUPA - kami di PPK ini juga pernah jadi guru RC, jangan ingat kami tidak tahu keperluan di sekolah. Bagaimanapun untuk memuaskan hati semua pihak, memang guru-guru RC ada terlibat di dalam perbincangan perlbagai peringkat.
3. Program sendiri? Kami tidak ada masalah untuk menilai dan mempertimbangkan apa saja cadangan yang disampaikan. Cuma ada syarikat yang hanya berminat untuk menjual produk, bukan program pembangunan pendidikan. Dalam kes F1 dan Robotik - mereka memperkenalkan program pendidikan, bukan menjual mesin pemotong, software.
4. Direct nego atau tidak, pecahkan atau tidak - itu kena tanya PTD yang jaga perolehan. Bagi kami asalkan ada justifikasi yang mengikut peraturan kewangan maka sepatutnya tidak ada isu. Kalau BPR nak masuk, masuklah.Saya tidak nampak sebarang masalah. Namapun direct nego, jadi terpulang kepada pegawai PTD untuk berunding dengan syarikat untuk dapatkan harga terbaik untuk KPM. F1 in School Sdn Bhd dan Sasbadi adalah syarikat usahawan tempatan.
4. Bajet besar? Dalam KPM, dengan mengambil kira jumlah sekolah dan pelajar yang terlibat, tidak sukar untuk sesuatu program memakan belanja yang besar. Sebab itu untuk laksanakan pilot sahajapun, belanjanya sudah besar.
5. Buat duit? Jangan nak tuduh kami korup. Pertimbangan kami bukan keuntungan peribadi sebaliknya masa depan pendidikan anak-anak kita. Kalau ada program yang baik, tempatan atau luar negara, kita bersikap terbuka dan akan pertimbangkan. Untuk makluman mamat tu - program robotik Lego bukan dimulakan oleh KPM pun tetapi MOSTI, kita cuma meneruskan apa yang dirintis oleh MOSTI. Robofest? kita tak tahu bajetnya berapa. bolehlah mintak dibentangkan kepada umum kalau mamat tu pandai sangat. Seperti yang saya katakan, kalau scalenya kecil, bajetnya akan jadi murah. Tapi jangan sampai guru-guru terbeban kerana terpaksa mencari sendiri bahan-bahan untuk mengajar, usahawan kita perlu lihat keperluan guru-guru ini dan hasilkan produk yang boleh mereka gunakan.
So, itu sjlah yg ingin disampaikan oleh kawan saya.
“So, itu sjlah yg ingin disampaikan oleh kawan saya.” - hani.
Wah .... I’m LOL (Loughing out loud!)... hebatnya penyampai mesej pegawai PPK ni. Tak sampai berapa minit kawan dia boleh minta dia respond dengan detail… ha… gelaklah bro. Jgn marah… catch you!
BTW, with all due respect to DS Hisham. Memanglah dia menteri yang berwawa$an. Tapi apa sudah jadi dengan BI dalam math & sains? Besar betul wawa$an kroni keliling dia.. ke tengah wa$-wa$.
Post a comment