PPSMI: Stering yang Rosak, Bodi Kereta yang Dicat
Artikel ini dipetik dari blog Presiden PTS, Tn. Arief Rahmat:
Tahniah TPM!
Pertama sekali, tahniah TPM kerana berani dan bijak. Bijak! Beliau mengaku bahawa data yang dikumpul menunjukkan bahawa polisi PPSMI gagal sama sekali meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Perbelanjaan lebih dari RM4 billion, manakala penguasaan bahasa Inggeris pelajar hanya naik tidak sampai 3%.
Bijak kerana beliau tidak membenarkan prejudis peribadi menguasai pemikirannya, tetapi membenarkan rasional data memandu keputusan beliau.
Berani kerana sanggup menangani isu nasional yang sebegini besar dengan bijak. Bukan calang orang yang sanggup mengadap Tun Mahathir untuk memberitahu beliau tentang kegagalan polisi PPSMI yang diasaskan oleh beliau itu. Anak jantan. Najib sendiri belum pasti berani ambil risiko ini, kalau Hishamuddin jauh sekali.
Saya hormat beliau kerana berani ambil keputusan ini.
Masalah Sebenar Sudah Pecah
Seterusnya, kitaa lihat sekarang masalah sebenar dalam pengajaaran bahasa Inggeris -
- Isu guru yang tidak cukup sampai 14000 orang.
- Isu kompetansi guru bahasa Inggeris di sekolah.
- Isu sumber untuk kelas bahasa Inggeris, dan masa pengajaran.
Inilah masalah sebenar yang menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris jatuh.
Cara berfikir kita mesti kemas. Jangan berfikir secara herot perot. Kalau kelas bahasa Inggeris yang bermasalah, selesaikan disini. Jangan melalut mengganggu kelas sains dan matematik. Tidak ada kena mengena sama sekali.
Oleh kerana jelas sekali Dato' Hishamuddin kurang bijak, saya gunakan analogi. Ambil contoh, sistem stering kereta kita rosak. Tetapi kita bawa pergi kedai cat badan, dan sembur cat baru. Lepas 5 tahun, kita masih merengek kenapa stering kita masih tak betul. Bukankah bodoh namanya pergi cat badan kereta itu - nampak cantik, tapi masalah stering makin bocor dan bobrok. Malah, boleh bawa kepada terjadi kemalangan oleh sebab kelemahan akal kita itu.
Kepada Dato' Hishamuddin, kamu sudah belanjakan RM4 bilion wang rakyat untuk projek yang ROInya sangat buruk. Kalau kamu jadi pengurus, saya sudah pecat. Saya mahu pengurus yang cekap mengkaji dan memilih solusi terbaik, yang paling efektif, dan memberikan ROI terbaik untuk dana kita.
Nasib baik ada Muhyiddin.
Melihat Kebelakang
Kalau perkara ini ditangani dari awal, pasti defisit ini tidak akan jadi sebegitu buruk. Kalau kita menggunakan RM4 billion itu secara bijak;
- Membangunkan universiti bahasa moden dan Institusi latihan guru
- Mengambil dan melatih guru secukupnya
- Membangunkan pedagogi baru (atau beli dari luar kalau perlu)
- Dan seterusnya....
Kita boleh cakap lagi dan lagi tentang apa kita patut buat dulu. Kata kerjanya disini - 'kalau'.
Sekarang nasi sudah jadi bubur.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan dan pembaca sekalian,
Perjuangan masih belum selesai. Masih terdapat golongan yang mahukan PPSMI termasuk segolongan Melayu yang tidak yakin dengan bahasa Melayu sendiri. Alasan yang kerap kita dengar tak ada rujukan dalam Bahasa Melayu. Termasuklah kepala PPSMI sendiri Mahathir.
Saya harap PTS akan teruskan menerbitkan buku-buku berkualiti dalam bahasa Melayu untuk menunjukkan bahasa Melayu tidak kurangnya mempunyai rujukan.
Saya nak tambah sikit. Satu kelegaan adalah PR pun tidak menyokong PPSMI. Jadi kalau BN kalah pun Pilihan Raya Umum akan datang, harap-harap PPSMI akan dimansuhkan 2012.
Suspens jugak tunggu tiga tahun lagi.
apasal kena tunggu 3 tahun lagi???
kenapa bukan tahun depan???
@Amin007 : Kerana PPSMI hanya akan dimansuhkan selepas/pada tahun 2012 .. PPSMI tetap akan diteruskan dari sekarang sehingga tahun 2012 ...
Betapa pandainya media meletakkan ilusi informasi dalam kepala rakyat jelata .. terkenang zaman Mahathir dulu-dulu ..
Cis!
ooo, jadi kiranya lama lagi laa nak mansuhkan
macam-macam boleh terjadi selama 3 tahun tu
mmmmmm
Fuh! Kritikan hebat, bertenaga dan ada isi. Saya sokong.
Post a comment