Pesta Buku: Peranan Penulis Mempromosi Karyanya
Saya memerhatikan dengan teliti kesan penglibatan penulis mempromosi bukunya ke atas angka jualan. Terbukti, semakin banyak penulis mempromosi bukunya, semakin tinggi jualan buku-bukunya.
Ada penulis yang amat 'pemalu'. Mereka datang, tetapi malu hendak memperkenalkan dirinya dan bukunya kepada pengunjung. Kesan ke atas jualan bukunya tidak maksimum.
Ada penulis yang proaktif, yang tidak malu-malu berkata, "Sayalah pengarang buku ini." kepada para pengunjung. Terbukti jualan bukunya amat baik.
.
.
Ada penulis yang amat 'pemalu'. Mereka datang, tetapi malu hendak memperkenalkan dirinya dan bukunya kepada pengunjung. Kesan ke atas jualan bukunya tidak maksimum.
Ada penulis yang proaktif, yang tidak malu-malu berkata, "Sayalah pengarang buku ini." kepada para pengunjung. Terbukti jualan bukunya amat baik.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Sifu,
Sebagai penulis baru yang bukunya baru pertama kali terbit (Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya), saya memang malu hendak perkenalkan diri, Puan.
Saya telah pergi ke booth PTS pada 27 April lalu, terus ternampak buku saya tersusun di atas rak. Saat itu dada saya mula berdebar, tau puan!!! Perasaan saya tidak tentu rasa, antara gembira dan cuak serta ngeri… sebab buku saya duduk bersebelahan buku best-seller tulisan Ann Wan Seng… Terasa kerdilnya saya…
Sebenarnya memang teringin sangat saya hendak tolong promosi buku saya di pesta buku kali ini, tetapi saya masih takut2, puan. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menghendapkan buku saya di kedai2 buku tetapi debaran di dada ini masih tidak hilang.
Darah saya gemuruh, hehehe…
Nota Sifu: Inilah malu tidak kena tempatnya! Tahun depan jangan malu-malu lagi….
——-
Ok bos. Panjang umur tahun depan, saya tak malu-malu lagi…
Cik Puan Lela, apa perlu saya tuliskan “Panduan Hilangkan Malu Untuk Penulis Baru” ? Hehehe!
Post a comment