Saturday, May 05, 2007

Pesta Buku: Desain Kulit oleh Designer Jakarta

Novel remaja terbitan terbaru PTS ONE ini setebal 512 halaman. Penulisnya adalah pelajar perakaunan UITM. Desain kulit novel ini dicipta oleh designer berpengalaman dari Jakarta.

Ini adalah novel remaja paling tebal yang dieksperimen oleh PTS dan terbukti ia laku keras sepanjang pesta.

Salah satu faktor yang mendorong angka jualan novel ini adalah penglibatan pengarangnya mempromosi karyanya.

Sdr Faizal Dzasrik seorang yang proaktif, ramah, dan kooperatif. Beliau tidak malu memperkenalkan dirinya sebagai pengarang bukunya. Malah beliau juga membawa ibunya bersama.

Sambil mereka mempromosi buku ini, mereka juga mengambil kesempatan membantu promosi buku-buku pengarang lain yang dipamerkan di atas meja. Ini adalah sikap pengarang yang amat baik dan disukai oleh penerbit.

Kita mengajak lebih ramai pengarang mengambil sikap seperti pengarang ini yang tidak mengharapkan penerbit sahaja mempromosi bukunya. Adalah di luar kemampuan mana-mana penerbit mempromosi beratus-ratus judul serentak.

Kita juga memuji keberanian PTS ONE meneroka produk-produk baru yang membuktikan bahawa paradigma lama tentang buku remaja sudah tidak semestinya betul lagi.

Kejayaan novel ini adalah bukti bahawa rupa bentuk fizikal buku remaja dan buku dewasa sudah semakin melebur!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Remaja: Ramalan Masa Depan - Bakat Lawan Bakat Previous entry: Pesta Buku: Peranan Penulis Mempromosi Karyanya

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: