Pesta Buku: Bekas CEO Pertama ITNM Kini Pengarah UTM Press
Dalam majlis MAPIM, Sifu terjumpa sahabat lama, Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar yang baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai. Kepakaran beliau adalah kejuruteraan dalam bidang multilingual knowledge management systems.
Beliau pernah dipinjamkan oleh UTM sebagai CEO pertama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) selama 2 tahun.
Beliau pernah menerbitkan sebuah novel fiksyen sains robotik (maaf, saya lupa pula tajuknya....)
.
.
Beliau pernah dipinjamkan oleh UTM sebagai CEO pertama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) selama 2 tahun.
Beliau pernah menerbitkan sebuah novel fiksyen sains robotik (maaf, saya lupa pula tajuknya....)
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Sifu,
Novel beliau bertajuk “Dendam Siber”, terbitan Pustaka Cipta, tahun 1998, 202 halaman.
Nota Sifu: Sdr betul! Baru saya ingat judul itu. Bukankah sdr editornya?
——-
Bukan Sifu. Saya bekerja di Dasar Padu sebagai editor Matematik dan komputer awal lagi sebelum novel tersebut keluar. Saya beli kerana En Rosihan Juara beritahu saya berkenaan novel itu.
Ini kes ITNM kembali beraksi?? Mungkin skalanya terhad di UTM sahaja.
Sebelum kena pinjam sebagai Pengarah Urusan pertama ITNM dahulu, Dr Zaki ialah boss Projek Kanta di UTM. Tempohnya sebagai PU ITNM sebenarnya lebih 2 tahun.
Bila kontrak tidak disambung, dia balik ke UTM dan berada di luar arus perdana selama beberapa waktu. Jawatan terakhir beliau sebelum jadi Pengarah, Penerbit UTM ialah Dekan, Hubungan Antarabangsa UTM. Turun sikit kot? Tapi dengar kata orang UTM, jawatan beliau itu turut dilobi hebat oleh tidak kurang 5 pemegang jawatan lain yang kontrak mereka tidak disambung.
Sementara itu di ITNM, PU terakhir mereka, En. Saharudin Ali telah tinggalkan ITNM dengan notis tergesa-gesa ekoran menerima tawaran menjadi Pengarah Eksekutif Majlis Peguam.
Maka En. Nazrin memangku tugas2 PU ITNM.
Sudikanlah - http://www.rajamenangis.blogspot.com
Post a comment