Pertanyaan En. Mohd. Nadzrin: Hak Pemilik Wajah Penghias Kulit Buku

Salam UNIKA,
Pertama sekali, tahniah kepada Cik Faraliza. Sungguh tidak disangka, staf PTS mempunyai bakat memperaga. Nasib baik diri sudah berpunya…
Keduanya, pertanyaan saya kepada Puan Ainon, apakah menggunakan wajah orang juga perlu dibayar royalti atau sekali bayar? Bagaimana dengan penggunaan imej lukisan atau catan pelukis profesional/amatur? Bagaimana dengan wajah orang popular?
Bolehkah kita hanya meminta keizinan tanpa memaklumkan kepada mereka tentang hak bayaran yang mereka layak dapat? Atau perlukah kita sebut “Saya hendak gunakan gambar awak yang ini, berapa awak saya saya bayar?” Perlukah kita didik mereka dalam hal-hal begini?
Terima kasih.
Ramadan Mubarak!
Jawapan Sifu: Semua urusan bisnes tertakluk kepada izin pemilik hak. Jika pemilik wajah itu mengizinkan wajahnya dijadikan penghias kulit buku secara percuma, maka saudara tidak perlu membayar honorarium ataupun royalti kepada beliau. Jika tidak, isu bayaran itu tertakluk pada persetujuan kedua-dua belah pihak, mahu dibayar royalti pun boleh, mahu dibayar sekali sahaja pun boleh, mahu hutang dahulu pun boleh.
Dalam kes cover buku yang menggunakan wajah Cik Faraliza, beliau adalah pegawai PTS, dan beliau dengan sukarela mengizinkan wajahnya dijadikan penghias cover kulit novel PTS.
En. Hisham Salmin pula, sebagai pegawai PTS, beliau mengambil foto wajah Cik Faraliza sebagai tugas beliau dalam waktu pejabat, oleh itu hasil kerja beliau adalah hakcipta PTS kerana beliau sudah dibayar gaji.
Kita tidak boleh menggunakan gambar orang lain bagi tujuan hiasan kulit buku yang diterbitkan tanpa mendapatkan izinnya terlebih dahulu. Wajah seseorang adalah harta intelek pimilik wajah itu.
Hakcipta gambar pula adalah milik jurufoto. Kita tidak boleh menggunakan gambar yang diambil oleh orang lain bagi tujuan pemerdagangan. Yakni, jika Cik Faraliza setuju, tetapi jurufotonya tidak setuju, kita tidak boleh menggunakan foto itu. Kita mesti gunakan perkhidmatan jurufoto lain bagi mengambil foto Cik Faraliza.
Banyak orang tidak ambil pusing hendak belajar perkara-perkara asas berkenaan undang-undang harta intelek dan hakcipta. Apabila mereka ditipu, mereka menyalahkan semua pihak, kecuali diri sendiri.
Nota: Atas permintaan Tuanku RASTOM, saiz cover sudah dibesarkan. Hubaya-hubaya, Cik Faraliza mempunyai kuasa menyusun jadual pengeluaran cek-cek syarikat. Jangan salah tulis, nanti lambat dapat cek royalti!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tajuknya menarik. Wajah itu juga cantik. Mulanya saya sangka seorang artis. hehe.
Siapa yang dah berpunya, cik farazila kah encik Nadzrin?
Ehem! Ehem!
Di mana ada kuntum berseri-seri, di situ kumbang menari-nari!
Jangan bawa lari Cik Akauntan PTS… dipetik boleh, dibawa lari, jangan!
Sayalah yang sudah berpunya. Mujur isteri saya belum pernah melayari UNIKA. Kalau tidak, haruuuuuu…
En. Nazrin,
Orang lelaki… no problem! Kata orang sekarang… 4x4 pun boleh (pacuan 4 roda)...
Encik Nazrin,
Sifu sudah beri lampu hijau. Boleh dipetik tapi jangan bawa lari.
Tuan Latip tidak berani menggunakan 4X4… sebab beliau mengalami fenomena TTT (Teringin Tapi Takut).
Lagi bagus kalau dibesarkan sedikit kulit buku ini. Rasa rasa macam nak kenal…
Salam UNIKA,
Boleh petik? Bahaya begitu… kerana apabila sudah dipetik, mesti ditanam kembali dan disiram setiap hari agar mekar seperti mana di tanah asalnya.
Tuan Rastom, kalau hendak gambar lain Cik Fara, bolehlah layari kad Hari Raya elektronik PTS…
Salam saya dari Ipoh Bandaraya Isteriku…
Post a comment