Sunday, October 04, 2009

Pertanyaan: Bukankah Menerbitkan Buku Sendiri Lebih Menguntungkan?

Puan Ainon,

Saya ada kawan yang baru menerbitkan buku pertamanya. Dia buat printing dan pasarkan sendiri. Cetakan pertama 1000 naskah. Dalam seminggu ini sudah habis terjual 800 naskah. Modal printing satu buku dalam RM4.50, dan harga jualan buku RM15. Adakah cara ini lebih menguntungkan daripada diberi kepada mana-mana penerbit?

Ahmad Fathi

.............................

Tuan Ahmad Fathi,

Belum ada pengarang yang menerbitkan bukunya sendiri yang berjaya hidup sepenuhnya daripada hasil bisnesnya itu. Ini menunjukkan bahawa model bisnes seperti itu tidak viabel

Bisnes buku adalah bisnes yang sangat kompleks, jauh lebih kompleks daripada apa yang disangka oleh orang awam, maka itulah sebabnya sukar hendak mendapatkan banyak penerbit buku yang berjaya survive dan berkembang besar dalam pasaran terbuka.

Menulis dan menerbitkan buku sendiri boleh dilakukan oleh pengarang yang juga mengendalikan sesi latihan komersial, di mana dia dapat 'memaksa' para peserta kursus ataupun seminarnya membeli bukunya. 

Buku adalah produk yang sangat mudah dijual secara kredit, tetapi sangat sukar hendak dikutip hutangnya. Inilah faktor utama mengapa tidak ada pengarang, yang menerbitkan dan menjual sendiri bukunya, yang dapat terus menerus hidup kaya dengan cara itu.

Meskipun buku mereka laku, tetapi hutang gagal dikutip. Cara mengutip hutang adalah serupa sahaja bagi semua jenis bisnes. Semua kedai buku dan pengedar akan berhutang kepada penerbit buku. Mereka tidak membayar harga buku yang diterima pada hari yang sama. Semuanya main kredit.

Mengutip hutang daripada kedai buku dan pengedar buku indie adalah kerja yang amat sukar sukar, melainkan penerbit datang dengan membawa (i) buku hutang berserta (ii) buku baru yang pekedai yakin akan laku keras. Tunjukkan buku baru itu, kalau pekedai mahu buku itu, dia perlulah membayar dahulu hutang buku-buku lama. Ini bermakna, setiap bulan penerbit terpaksa menerbitkan buku baru, demi mengutuip hutang buku lama....

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat: Isu Terjemahan dan Hak Moral Pengarang Asal Previous entry: AHAD 25 Oktober 2009: Bengkel Adaptasi, Hakcipta dan KJ Method untuk Penulis Buku Bukan Fiksyen

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: