Persiapan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010: Tugas Pegawai Promosi Media PTS
Tuan Roslan Isa (foto) adalah pegawai di jabatan marketing PTS yang menjaga hubungan dengan media televisyen, radio, akhbar dan majalah.
Apabila tiba musim Pesta Buku Antarabngsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, antara tanggungjawab yang beliau galas adalah:
(i) Menyediakan pelbagai kenyataan media yang mengandungi maklumat pelbagai majlis rasmi anjuran PTS, seperti majlis pelancaran buku dan lain-lain.
(ii) Menghantar surat undangan kepada para jurnalis supaya mereka sudi datang dan membuat liputan majlis untuk siaran media masing-masing.
(iii) Menyediakan buku-buku yang akan dipromosikan supaya dapat diberikan kepada jurnalis.
(iv) Menyediakan pelbagai cendermata dan bahan-bahan promosi untuk jurnalis media.
(v) Menghantar lebih awal semua jadual pelbagai aktiviti promosi yang akan dijalankan oleh PTS.
(vi) Menghantar senarai nama-nama pengarang PTS yang akan mengadakan aktiviti promosi masing-masing.
(vii) Sepanjang pesta nanti, menghantar laporan ringkas setiap hari ke media, jemputan media dan menguruskan partisipasi media.
Nota: Kepada tuan dan puan penulis PTS yang mahu menjalankan aktiviti promosi dan perlukan kerjasama daripada TV, radio, akhbar dan majalah, tulislah emel kepada Tuan Roslan (.(JavaScript must be enabled to view this email address)) dan terangkan cadangan tuan itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment