Persaingan Semakin Sengit antara Penulis Asuhan PTS dan Penulis Indie

PTS terus menerus mengadakan bengkel-bengkel penulisan bagi mencungkil bakat-bakat baru.
Hampir 99% peserta yang datang adalah mereka yang betul-betul baru dalam dunia penulisan, yakni belum mempunyai karya yang sudah terbit. Mereka ini mempunyai rancangan mahu berkarya khusus untuk PTS, oleh itu mereka rajin datang belajar dan mengasah bakat dengan tekun supaya dapat menghasilkan manuskrip yang memenuhi kehendak PTS.
Ada juga penulis yang sudah menerbitkan karya dengan penerbit lain seperti DBP yang datang dan mengikuti bengkel PTS, seperti Tn. Abdul Latip Talib, Mohamad Kholid Hamzah, dan Puan Nisah Haron. Namun jumlah mereka sangat sedikit berbanding dengan jumlah penulis (baca sasterawan) yang ada.
Bengkel-bengkel penulisan PTS telah melahirkan penulis-penulis baru yang terbukti sangat berjaya dalam pasaran dan menjadi pembawa bendera PTS.
Kejayaan PTS memasukkan buku-bukunya ke dalam kedai-kedai buku elit seperti Kinokuniya, POPULAR dan MPH mendorong penulis yang sudah berjaya menerbitkan manuskrip mereka dengan penerbit lain menghantarkan karya mereka kepada PTS. Mereka adalah penulis-penulis indie, yakni tidak pernah menghadiri bengkel-bengkel PTS. Ada manuskrip mereka yang diterbitkan oleh PTS, dan ada yang ditolak.
Daripada semua judul penulis tempatan yang diterbitkan oleh PTS, 80% dihasilkan oleh penulis-penulis yang mengikuti program pembangunan penulis PTS. Data jualan menunjukkan buku-buku penulis asuhan PTS lebih laku.
Nota: Foto menunjukkan peserta kursus Teori Teknik Surah Yusuf yang dikendalikan oleh PTS untuk calon-calon penulis kreatif PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Macam mana nak sertai kursus penulisan?
Assalamualaikom Puan Ainon,
Saya sangat-sangatlah berhajat untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh PTS. Namun begitu sangat-sangatlah susah untuk mendapat tempat. Macam mana ye puan?
Sekian dan terima kasih.
Wassalam.
Ahmad Dan
Post a comment