Perkataan yang Tidak Digemari Pembaca
Sesetengah perkataan, apabila digunakan, ia menyebabkan penulis mempunyai daya persuasi tinggi. Dengan menggunakan perkataan-perkataan itu, saudara mencipta gaya bahasa persuasif.
Gaya bahasa persuasif menyebabkan buku saudara digemari pembaca, dan dengan demikian jualan buku saudara meningkat.
Di hujung ufuk yang satu lagi, sesetengah perkataan menyebabkan pembaca membenci penulis. Apabila saudara menulis, ataupun bercakap, jangan gunakan perkataan-perkataan ini dalam buku saudara:
hendaklah
haruslah
kenalah
wajiblah
mestilah
patutlah
Perkataan-perkataan itu disebut dengan istilah 'exhortative words' dalam bahasa Inggeris atau 'perkataan menyeru-nyeru' dalam bahasa Melayu.
Walaupun aktiviti mendorong orang melibatkan perbuatan 'menyeru' dan 'mengajak' tetapi jangan gunakan bahasa menyeru. Perkataan-perkataan di atas menyembunyikan kenyataan 'tuduhan' di sebalik penggunaannya.
Apabila penulis menulis ayat “Ibu bapa hendaklah mengawasi siapa kawan anak-anak.” di sebalik ayat itu tersembunyi tuduhan bahawa 'ibu bapa tidak mengawasi kawan anak-anak' mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Memang betul, Puan Ainon. ‘Exhortative words’ tidak sesuai dalam banyak keadaan. Tidak sesuai dalam buku. Boleh sesuai dalam keadaan ‘kuasa mutlak’, misalnya ayah kepada anak, Nabi kepada Umat, itupun bukan dalam sepanjang masa. Sangat tidak sesuai dalam suasana ‘rakan setaraf’, ‘peer-to-peer’.
Post a comment