Tuesday, June 05, 2007

Perkataan ‘Malaysia’ Dianggarkan Bernilai RM300 juta

Adalah dianggarkan, apabila perkataan 'Melayu' pada istilah Bahasa Melayu ditukar kepada 'Malaysia' nilai bisnes yang dicipta adalah sekitar RM300 juta. Itulah nilai buku-buku sekolah yang mesti dicetak semula dan dibekalkan semula kepada Kementerian Pelajaran.

Inilah dia yang dikatakan 'repeat-business'. Buku-buku yang sama dijual 2 kali kepada Kementerian Pelajaran.

Jangan tanya nilai buku-buku teks yang mesti dibuang, yang dulu sudah dibeli menggunakan duit rakyat. Itu tidak relevan.

Empat lima tahun lagi, "Malaysia' akan ditukar pula kepada Bahasa 'Melayu' lagi... Repeat-business lagi!

Apakah ini tanda pilihanraya sudah amat dekat. Mungkinkah sebahagiannya daripada RM300 juta itu dapat dimasukkan ke akaun politik Si Fulan-Fulan yang mencipta peluang bisnes itu.

Nota: Rugilah PTS tidak dapat durian runtuh daripada repeat-business ini sebab PTS asyik gagal mendapat kontrak membekalkan buku teks kepada Kementerian Pelajaran!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Novel Cinta Previous entry: 'Bahasa Malaysia': Siapa Hilang Duit, Siapa Buat Duit
Kang  on  06/05  at  11:05 AM

Hanya kerana seseorang yang sangat perlukan publisiti dan telah terlebih publisiti, perkataan “Melayu” lesap begitu saja. Lepas itu akan menjadi isu dan ada bantahan. Bantahan itu penting untuk publisiti dan juga “menutupi” isu sebenar.

Janggal sangat istilah Bahasa Malaysia:

“Altantuya fasih berbahasa Malaysia” (janggal)
“Altantuya fasih berbahasa Melayu” (tidak janggal)

“Abdul Razak Baginda yang dibicarakan menggunakan Bahasa Malaysia akan mengaitkan kes tersebut dengan seseorang.” (janggal)

“Abdul Razak Baginda yang dibicarakan menggunakan Bahasa Melayu akan mengaitkan kes tersebut dengan seseorang.” (tidak janggal)
——-

Saifuddin  on  06/05  at  12:05 PM

Ini semua hanya kerana politik dan “duit kopi” sahaja. Bukan ada niat untuk meningkatkan taraf pendidikan bangsa. Hanya untuk memenuhkan takung poket mereka.

Dalam 5-10 tahun nanti, ditukar ke Bahasa Melayu semula. Mungkin sebab orang yang menukarkan dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Melayu itu sekarang berada di sebelah “sana”.

Lakukanlah apa yang termampu, paling kurang berdoalah untuk ketenangan kita bersama. Allah jua yang Maha Perkasa.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/05  at  12:17 PM

Kalau ada rakyat di dunia ini hendak lihat pemimpin paling bodoh dalam dunia ini datanglah melawat Malaysia!

Tengok kebodohan pemimpin Malaysia.

Bahasa Melayu hendak ditukar sebab hendak memenuhkan agenda peribadi tetapi duit PTPTN cepat-cepat minta dengan budak yang belum pun dapat kerja dengan alasan kerajaan akan bankrap.

Inilah pemimpin paling lawak aku pernah jumpa!

fudzail  on  06/05  at  01:23 PM

apakah lagi yang tinggal
selain para pemimpin dangkal
ikut perut, bukan akal
menjahamkan kampung tunggal
dengan segala tabiat janggal
satu generasi menjadi sial

apakah lagi yang diharapkan
cemerlang, terbilang, gemilang
apabila slogan ketuanan
menyorak keris di perhimpunan
adalah sandiwara tahunan
menyembunyi kebobrokan

apakah ada lagi airmata
buat satu bangsa
yang terus menjadi mangsa
penjajahan politik puaka
nama keramat pun sudah tiada
melekat pada keunggulan bahasa!

Fudzail
Gardens, Dubai

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/05  at  01:29 PM

Syabas Tuan Fudzail!

Melayu ini agaknya akan terkubur ditangan Melayu sendiri jika kita biarkan orang macam ini terus jadi pemimpin!

Makin tidak faham saya dengan orang yang Melayu yang tidak nampak lagi syaitan bertopengkan iblis ini!

afyan  on  06/05  at  03:17 PM

Melayu terpinggir di bumi sendiri.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/05  at  03:42 PM

Saya pun terasa begitu.Hidup di Malaysia tetapi kalau kita ni bukanlah “sesiapa” jawabnya merempat di bumi sendiri lah!
Harap pemimpin hanya pandai bercakap!

Najwa Aiman  on  06/11  at  09:57 AM

Tukar label sahaja. Isinya sama. Label kata OREN tetapi isinya stout. Macam label negara Islam lah tu.

Ya ampunn…!!!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: