Thursday, February 08, 2007

Penulis, Penceramah, Jurulatih

Apabila saudara mempunyai buku yang sudah terbit, saudara dapat memilih sama ada mahu kekal sebagai penulis sahaja, ataupun mahu menjadi penceramah ataupun menjadi jurulatih. Dengan menceburi bidang ceramah ataupun latihan, jualan buku-buku saudara akan meningkat.


Masih ada orang yang keliru antara siapa penceramah dengan siapa jurulatih atau 'trainer'.


SifuPTS adalah seorang jurulatih, makanya dalam bengkel-bengkel Sifu, peserta diberi latihan amali. Berikut adalah perbezaan cara kerja antara penceramah dan jurulatih:





  1. Penceramah bercakap di depan khalayak seperti di dalam dewan besar, di TV ataupun di atas pentas di tengah-tengah padang.




  2. Jurulatih bercakap di depan 30 ataupun 40 orang peserta bengkelnya sahaja.




  3. Penceramah bercakap menggunakan mikrofon disebabkan dia bercakap dari atas pentas di dalam dewan.




  4. Jurulatih bercakap menggunakan suara biasa kerana dia menjalankan latihannya dalam bilik latihan yang kecil.




  5. Penceramah boleh bercakap di depan kamera, dalam studio radio dan televisyen, kaset dan CD sebab mereka itu tidak mempunyai ciri 'gerun kamera' ataupun 'gerun mikrofon'. Mereka masih boleh berceramah walaupun tanpa ada audiens di depannya.




  6. Jurulatih tidak mungkin dapat menjalankan sesi latihannya tanpa pelatih-pelatihnya berada di depannya.




Disebabkan orang keliru berkenaan siapa penceramah dan siapa jurulatih, akibatnya, apabila mereka memerlukan jurulatih, mereka mungkin mengundang penceramah. Kemudian mereka mengeluh: “Kita sudah jemput Dr. Si Fulan, tetapi tidak ada perubahan, staf kita masih tidak pandai menjadi jurujual yang agresif!”


Apabila penceramah berceramah, tujuannya adalah memberikan kesedaran dan kefahaman kepada audiensnya.


Apabila jurulatih mengendalikan bengkel, tujuannya adalah memindahkan kemahiran yang beliau miliki kepada pelatih-pelatihnya.


.


.


 


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ejaan 'g' dan 'gg' Previous entry: Ejaan 'keluar' dan 'ke luar'
MBA  on  02/08  at  11:39 PM

Jika Sifu adalah Penulis, Penceramah dan Jurulatih, maka saya adalah Pembaca, Pendengar dan Pelatih.

PPJ di atas memerlukan PPP di bawah dan sebaliknya, saling bergantungan antara satu sama lain.
——-

alang kelana  on  02/09  at  12:49 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Bila buku ‘Di Bawah Payung Aishah’ saya diterbitkan nanti, bisakah saya menjadi penceramah, sedangkan saya masih belum lagi menjadi ‘pengamal’ ? smile

Puan Ainon Mohd.  on  02/09  at  12:58 PM

Alaikumussalam, Sheikh!

Dalam banyak bidang, pakar-pakarnya adalah berdasarkan ilmu pengetahuan. Pakar sakit puan tidak perlu menghidapi penyakit itu. Pengurus pasukan bola tidak semestinya amat pandai strike gol.

Bab buku poligami…. saya fikir, akan lebih kredibel bagi penceramahnya seorang yang mengamalkan apa yang ditulis dalam bukunya!

Kang  on  02/09  at  03:03 PM

Sikit tambahan: Komunikasi penceramah biasanya ‘one way’. Jurulatih pula ‘two way’.

Fable Fox  on  02/09  at  03:38 PM

Ada keinginan untuk menjadi pelatih ‘game developer’, tetapi peluang tak ada ;-(

Bila peluang ada, terlalu banyak halangan untuk bersedia.
Aduh… pening kepala
(..terus buka ToDoList oleh http://www.abstractspoon.com, senarai panjang berjela-jela…)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: