Tuesday, November 24, 2009

Peri Pentingnya Penulis Mempunyai Strategi Positioning Sebelum Mula Menulis

Strategi 'positioning' adalah sangat penting dalam kejayaan branding dan marketing.

Saya pernah menginterviu Puan Nor Hazizam Abdul Rahman, pengurus jabatan marketing PTS, berkenaan beberapa perkara yang penulis-penulis perlu lakukan supaya beliau dapat memasarkan nama mereka dengan efektif.

Isu itu saya timbulkan kepada beliau disebabkan banyak penulis PTS masih belum menjadi brand meskipun buku mereka sudah banyak.

Beliau menyebut situasi di mana banyak penulis PTS yang sudah menerbitkan lebih daripada 5 buah judul tetapi beliau tidak dapat hendak mem-positioning mereka bagi tujuan kempen branding. Faktor yang paling kritikal adalah mereka menulis dalam banyak kategori, sebagai contoh antara buku-buku mereka itu ada cerita sai-fai, ada cerita teenlit, ada cerita agama, ada cerita kanak-kanak, ada buku parenting, ada terjemahan.

"Satu buku di sini, satu buku di sana, tidak ada tema fokus...." Puan Nor Hazizam mengeluh.

Ada beberapa penulis PTS yang sangat jelas positioning mereka, antaranya Dr. Danial Zainal Abidin (tema Islam kontemporari), Ahmad Fadzli Yusof (tema pembangunan diri), Abdul Latip Talib (novel sejarah), Ain Maisarah (siri teenlit Aku Mahu...), Farihah Iskandar (siri teenlit Dear Yayah) dan Ezee Rahmani (siri teenlit Sarah dan....). Apabila disebut sahaja nama mereka, orang terus terbayang judul dan cover buku-buku mereka.

Bertanyalah kepada petugas di kedai buku, "Di mana buku Ain Maisarah?" mereka akan terus tunjukkan arah rak di mana semua buku-buku Ain Maisarah diletakkan sederet. (Untuk makluman, 'Ain Maisarah' adalah nama samaran pengarang.)

Di satu pihak lagi, ada seorang penulis PTS yang jumlah bukunya sama banyak dengan buku Ain Maisarah. Nama samaran penulis itu adalah Imran Yusuf. 

Jika soalan yang serupa ditanyakan kepada petugas kedai buku, "Di mana buku Imran Yusuf?" petugas itu tidak dapat menunjukkan rak yang betul, disebabkan Imran Yusuf menerbitkan banyak kategori buku.

Di dalam kedai buku, buku-buku yang berlainan kategori, walaupun ditulis oleh penulis yang sama, buku-buku itu diletakkan di rak-rak yang berlainan.

Banyak penulis sudah menulis banyak buku, malah ada yang lebih banyak bukunya daripada Ain Maisarah ataupun Farihah Iskandar. Tetapi disebabkan buku-buku mereka itu bukan sejenis, melainkan banyak jenis, akibatnya sukar bagi jabatan marketing PTS hendak merancangkan kempen positioning dan branding bagi nama-nama mereka.

Disebabkan Ain Maisarah memang sejak sebelum mula berkarya beliau sudah merancang dengan spesifik positioning buku-buku yang mahu ditulisnya, iaitu teenlit-urban, maka strategi branding bagi nama beliau menjadi mudah dilaksanakan.

Pada saat ini jabatan markerting PTS sedang mengenalpasti nama-nama pengarang yang adakan ditonjolkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PABKL) pada bulan Mac akan datang. Barang-barang merchandise juga akan disediakan bagi nama-nama itu, yang akan dijual kepada peminat-peminat mereka. Sudah tentulah isu positioning menjadi faktor kritikal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dilema Mengulangcetak Buku Lama ataupun Mencetak Judul Baru Previous entry: Kedai Buku, Buku Melayu dan Promosi Hari X-mas
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/24  at  02:01 PM

Pagi tadi sekitar jam 8.00 saya terbaca mengenai ‘positioning’ di web ini. Jam 10.30 sewaktu minum pagi di sebelah bank, saya sempat menonton filem ‘Madu Tiga’. Saya terfikir juga iaitu Tan Sri P Ramlee boleh dikenali ramai biarpun beliau berlakon dalam filem komedi seperti Do Re Me, serius seperti filem Ibu Mertua, Sarjan Hassan dll. Allahyarham juga boleh menyanyi, membuat lirik dan bermain pelbagai jenis alat muzik. Soalan saya adakah dunia penulisan berbeza dengan dunia perfileman? Bagaimana Dato’ A Samad Said boleh menulis cerita kanak-kanak & cerita masyarakat. Adakah beliau ada kekecualiannya?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/24  at  05:24 PM

Salam,

Kadang-kadang kita hendak mempositionkan diri di genre dewasa (sebagai contoh), lantas beberapa sinopsis pun dirangka. Balasan awal agak positif walau lampu hijau tidak pula diberi. Bila ditanya, senyap tiada jawapan. Hendak desak sangat teringat pula posting Puan memberi amaran tentang editor PTS yang sibuk2.

Sementara menunggu maklum balas, dilakar pula sinopsis untuk genre kanak-kanak (sebagai contoh). Tengok-tengok diterima pula. Malah diterbitkan.

Wah! Bingung sebenarnya. Teori positioning habis berantakan antara keinginan dan kenyataan!

Mungkin editor harus berani ‘reject’ sinopsis dan proposal. Jangan dipendam dan ‘digantung tidak bertali’ semata-mata ingin menjaga hati. Harus ada SOP (Standard Operating Procedure) yang praktikal dari pengurusan atasan supaya kerja editor lebih lancar. Kata sahaja ‘Tolak’, ‘Tak Sesuai’, ‘Sila perbaiki tatabahasa’, ‘Tulisan awak hanya sesuai untuk kanak-kanak’ atau ‘nyah kamu, jangan ganggu aku!’ dalam masa yang tidak terlalu lama. Kasihani mereka yang menunggu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/25  at  07:41 PM

Assalamualaikum wbt.

Puan Ainon Mohd yang dirahmati Allah swt.

Semoga Puan Ainon sekeluarga sentiasa sihat sejahtera dan dilindungi Allah swt. Amin.


Puan, terima kasih tidak terhingga di atas maklumat ini. Saya sedang meletakkan posisi saya sebagai penulis buku kanak-kanak dan remaja. Buku-buku saya yang sudah terbit dan akan diterbitkan oleh PTS, adalah buku-buku bacaan kanak-kanak dan remaja.

Adakah saya termasuk dalam senarai pemilihan pengarang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 nanti?


Terima kasih.

Ainol Kusyairi.

Imran Yusuf  on  11/28  at  08:40 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Memang ada persamaan antara penulis buku dan penjual buah-buahan.

Ada penjual buah-buahan yang menjual durian sahaja, rambutan sahaja atau limau bali sahaja.

Namun ada juga penjual buah-buahan yang menjual pelbagai jenis buah: durian Musang King dan D24 yang lazat itu dia jual, limau yang manis pun dia jual juga, malah mangga muda yang masam pun ada juga.

Begitulah tamsilan bagi penulis buku yang menulis buku dalam pelbagai kategori dan genre…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: