Penulis, Buku dan Program TV RTM
Para penulis buku elok tahu apakah isi kandungan karyanya dapat dijadikan bahan program TV. Jika boleh, ia adalah peluang melebarkan sumber royalti saudara.
Apabila karya saudara diadaptasi ke dalam program TV, saudara menerima royalti tambahan, dan lebih baik lagi, jualan buku itu akan naik.
Rancangan TV yang disiarkan oleh RTM diklasifikasikan seperti berikut:
Kelas A: Rancangan berepisod panjang, memerlukan kajian mendalam, membabitkan pembelian format luar negara, cerita berat dan rancangan khas perayaan ataupun pilihan raya.
Kelas B: Rancangan bercorak rekreasi, remaja, kerjaya, komedi, santai, ‘nature’ dan etnik.
Kelas C: Rancangan berkonsep ringan seperti seni dan budaya, selain masakan dan etnik.
Kementerian Penerangan menentukan syarikat pembekal yang layak diklasifikasikan untuk rancangan kelas A, B dan C.
Penulis perlu berkenalan dengan syarikat penerbit rancangan TV yang sesuai dengan bukunya. Jangan berharap pada penerbit sahaja sebab bukan semua penerbit mempunyai komitmen hendak mempromosikan buku saudara kepada penerbit rancangan TV.
Bagi penerbit yang mempunyai komitmen pula, disebabkan terdapat ratusan judul yang diterbitkannya, penerbit bersikap memilih-milih buku mana yang hendak dipromosikan kepada penerbit rancangan TV.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment