Sunday, July 22, 2007

Penulis Banyak Bakat

Adakah saudara seorang yang mempunyai pelbagai bakat? Sebagai contoh saudara mungkin seorang yang mempunyai bakat menulis buku pengetahuan, tetapi saudara juga boleh novel, puisi, bermain alat muzik, menyanyi ataupun bakat-bakat lain.

Apabila saudara seorang yang 'multi-talented', saudara perlu memilih bakat mana yang saudara hendak jadikan modal utama bagi membina hidup selesa dalam dunia penulisan. Jikalau tidak, saudara akan hilang fokus.

Jangan tulis satu buku pengetahuan, satu buku novel, satu buku puisi dan seterusnya. Cara ini tidak membantu saudara menjadi penulis pakar dalam satu-satu bidang, akibatnya saudara tidak terkenal dalam mana-mana bidang, dan saudara tidak dapat membina kelompok peminat bagi karya-karya saudara.

Disebabkan buku-buku saudara itu amat berlainan bidang, buku-buku itu akan diletakkan di rak-rak yang berbeza di kedai buku. Akibatnya pengunjung tidak tahu bahawa saudara mempunyai lebih daripada satu buku. Ia juga menyebabkan nama saudara tidak tertonjol pada mana-mana rak.

Bagi tujuan mencari penerbit pula, saudara mungkin terpaksa mencari lebih daripada satu penerbit disebabkan penerbit yang menerbitkan buku-buku pengetahuan am mungkin tidak menerbitkan novel, manakala penerbit novel pula tidak menerbitkan buku puisi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kuasa Magik dalam Fantasi Previous entry: Shahnon Ahmad dan Teori Rasmi "Sastera Islam"
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/22  at  02:43 PM

Bagaikan ada terkena hidung saya, (tersengih-sengih).
Entri ini berguna sebagai panduan.
——-

Sab2  on  07/22  at  05:31 PM

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.

Terima kasih di atas panduan.

Saya berpendapat pembinaan dan pembangunan bakat (penulisan) berdasarkan kepada kepakaran, pengalaman dan kemahiran berupaya memudahkan lagi penjelmaan imej penulis.

dingin  on  07/22  at  06:43 PM

Entri ini tidak terkena batang hidung saya,

sebab saya tidak banyak bakat.

Hehe.

endok sempo  on  07/22  at  07:22 PM

Salam,
Puan Ainon yg dirahmati Allah,
Prof Hamka mungkin satu pengecualian.
Kadang kadang termimpi hendak menjadi seperti Prof Hamka
Impian yang belum menjadi kenyataan

mp  on  07/22  at  11:20 PM

Saya sekadar tukang kumpul.

mp  on  07/23  at  01:01 AM

Salam semua,

Jika sebahagian dari tuan puan di sini adalah pensyarah universiti yang boleh mencadangkan pelajar-pelajar tuan puan di peringkat ijazah sarjana muda, atau ijazah sarjana atau ijazah doktor falsafah untuk menulis tugasan-tugasan atau tesis yang mengkaji beberapa perkara tentang blog ini, pemiliknya, para penulisnya, buku-buku terbitannya dan pendekatannya.

Tugasan atau tesis tersebut boleh berkisar tentang;

i) Peranan blog sebagai kelas/universiti terbuka: Suatu kajian terhadap blog PTS

ii) PTS dan pembentukan penulis-penulis muda.

iii) Buku-buku Malaysia boleh menembusi pasaran Indonesia, pengalaman pemasaran PTS

iv) Karya-karya penulis muda PTS

v) Aliran penulisan kreatif dan tidak kreatif PTS

dan ribuan tajuk lagi yang boleh dikaji.

Soalannya bagaimanakah pelajar-pelajar yang ingin membuat tugasan atau tesis itu boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut?

Jika saya seorang pelajar yang ingin membuat kajian tentang penulis-penulis dan karya-karya penulis-penulis PTS, maklumat maklumat tentang penulis-penulis dan karya-karya mereka mestilah saya mudah dapati.

Ulasan tentang penulis dan karya-karya mereka mestilah telah ada dibuat dan saya mudah untuk membacanya.

Untuk itu ulasan-ulasan tentang penulis-penulis (atau penerbit) dan karya-karya mereka mestilah telah dibuat dan diterbitkan, baik dalam media cetak atau media elektronik.

Usaha penulis A membuat ulasan terhadap penulis B dan karya penulis B, dan penulis C membuat ulasan terhadap penulis A dan karya penulis A wajar dimulakan. Tulisan tersebut mesti mudah diperolehi, dibaca dan dicetak dan boleh ditulis rujukannya.

Jika ini telah ada, pensyarah-pensyarah universiti tadi dengan mudah boleh menyuruh para pelajarnya mula membuat tugasan atau tesis dengan mudah. Ini kerana semua bahan-bahan tersebut telah ada.

Mungkin ini satu cara mengangkat penulis-penulis PTS dan karya-karya PTS menjadi tugasan dan tesis di universiti.

Mohon mencadang.

Fable Fox  on  07/23  at  02:07 PM

Terkena batang hidung saya grin

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: