Thursday, August 02, 2007

Penterjemah: Umpama Orang yang Terkesima Dibayar 25 sen, Tidak Sangka Ditipu RM25

Kursus-kursus terjemahan sibuk mengajar pelajarnya teori-teori dan teknik-teknik terjemahan. Langsung tidak diajarkan skill yang diperlukan jika ada pelajar-pelajarnya mahu hidup sepenuh masa sebagai penterjemah.

Akibatnya, mereka pandai menterjemah, tetapi tidak pandai hidup sebagai penterjemah.

Seperti kata Cikpuan Siti Hajar Baharuddin, penterjemah hidup macam ayam, kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Besok hendak makan, kais lagi. Menyambung nyawa dari satu 'job' ke satu 'job'.

Penterjemah tawar-menawar dengan pemberi job... 10 sen satu perkataan... 15 sen, 20 sen, 25 sen... mereka tidak sedar bahawa apabila sesuatu itu dikira ikut unit-unit kuantum, itu namanya "komoditi". Sesiapa yang dibayar sen-sen-an, dia itu tarafnya penterjemah "komoditi".

Penterjemah komoditi bangga apabila mereka berjaya tawar-menawar perkhidmatan mereka ikut sen-sen-an. "Saya terjemah untuk Syarikat Fulan-Fulan, saya dibayar 25 sen satu perkataan!" katanya dengan bangga.

Tidak ditanyakan, "Berapa nilai bisnes yang terhasil daripada penat lelah saya ini?"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Rebranding Previous entry: Teknik Mengumpat dan Backstory
MBA  on  08/02  at  08:50 PM

Salam

“Penterjemah hidup macam ayam, kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Besok hendak makan, kais lagi. Menyambung nyawa dari satu ‘job’ ke satu ‘job’.”

Oh ... ayam lebih baik daripada orang yang kais pagi, kais petang, makan malam ... smile
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: