Penjelasan Sifu Mengapa UNIKA Tidak Menapis Komen Negatif
Kita menerima pertanyaan berkenaan komen-komen negatif yang ditulis oleh beberapa orang pengunjung. Mereka bertanya mengapa saya tidak menapis komen-komen negatif itu.
Inilah penjelasan kita:
1. Komen-komen negatif mempunyai peranan dan kesan-kesan positif ke atas UNIKA.
Banyak orang menyangka komen negatif adalah membahayakan, oleh itu sebaiknya dielakkan dan dijauhi.
Tidak, komen-komen negatif tidak semestinya mencipta kesan negatif, malah sebaliknya.
2. Komen-komen negatif berguna bagi mencipta persepsi positif tentang nilai-nilai demokratik yang diamalkan oleh UNIKA.
Maksudnya, dengan membaca komen-komen negatif itu, pembaca mendapat gambaran UNIKA diterbitkan berdasarkan falsafah dan prinsip-prinsip murni, bahawa UNIKA bersikap demokratik dan amat terbuka.
Persepsi positif seperti itu meningkatkan lagi appeal, daya tarikan UNIKA kepada pembaca yang terpelajar dan kritikal.
Daya tarikan amat penting bagi meningkatkan jumlah pembaca dan jumlah berapa kali seseorang pembaca itu membuka UNIKA setiap hari.
Dengan pertambahan pembaca baru, dan pertambahan jumlah hit harian, maka wilayah pengaruh UNIKA semakin banyak dan meluas. Memang inilah matlamat UNIKA, yakni menjadi blog yang dibaca oleh banyak orang, dan dengan itu menjadi blog yang berpengaruh.
3. Komen-komen negatif meningkatkan lagi integriti dan kredibiliti UNIKA.
Integriti dan kredibiliti adalah faktor yang menyebabkan kesan persuasif dan daya pengaruh semakin tinggi.
Maksudnya, dengan adanya komen-komen negatif itu, maka pembaca UNIKA semakin percaya, dan semakin terpengaruh oleh bahan-bahan yang dipaparkan dalam entri. Dan memang inilah matlamat UNIKA, iaitu supaya orang mempercayai apa yang ditulis.
Dalam menangani isu komen negatif, bak kata pepatah lama orang Jawa: Lada hanya menjadi sambal apabila banyak kali ditumbuk!
Jadi, kutuklah lagi UNIKA! Hehehe.....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

pn, eloklah kalau berpendirian mcm ni. disebabkan itu saya minta pn masukkan semula blog psl pengalaman kontraktor bumiputera yang kata tentang dia buat pilot dan f1 tak ikut prosedur. jangan padamkan.
tak salah saya dlm blog itu, saya ada buat posting bgtau yg menurut kawan saya di ppk, dakwaan kontraktor tu satu penipuan, sbb lego dan f1 memang telah mengikut prosedur dan buat pilot sejak tahun 2005 dan 2006. dlm blog itu jugak ada saya bgtau kenyataan bahawa pegawai2 ppk terkejut dan tidak tahu menahu ttg robotik n f1 sebagai satu kenyataan yg salah, sbb mereka memang tahu sejak tahun 2005 lagi dan telah menilai prog ini. pg ini, kawan saya di ppk maklumkan mereka yg terlibat turut melihat perjalanan pelaksanaan grid pembelajaran yg berkaitan di UK dan ikut serta ke melbourne utk pertandingan dunia yg mana SMK bukit nanas menang tempat ketiga. insyaallah ptg ini, kwn saya di PPK akan maklumkan saya kronologi cadangan pelaksanaan robotik dan f1 di KPM. selepas kita dapat nanti, terdedahlah siapa yg benar dan siapa pemfitnah yg dilaknati allah taala.
cikgu, inilah masalah kita, bila kita ckp benda yg betul, dikatakan arahan. menurut kawan2 saya di bhg sekolah dan ppk yg terlibat secara langsung dgn F1 dan lego, sykt lego dan f1 telah mula buat pilot sejak tahun 2005, malah sykt lego telh mula dgn pembelian sekolah2 secara individu. sykt lego bukan stakat buat pilot guna duit sendiri malah pelajar2 kita yg pegi ke pertandingn luar negara disponsor oleh sykt tersebut. sama jugak dgn f1, pilot pertama pada tahun 2005, ada 14 buah sekolah terlibat. sykt keluar belanja sendiri sbyk rm 2 juta termasuk hantar anak2 kita bertanding di birmingham. itu yg pelajar kita menang d fastest car. tahun 2006, sekali lgi sykt pilot dgn 40 pasukan dan 30 buah sekolah. tak kurang rm 2 juta dibelanjakan. semua ini dibuat sebelum kerajaan anugerah apa2 kontrak dan langsung tiada peruntukan dikeluarkan. saya rasa kita ini sudah banyak menyimpang dr kebenaran dan bila kebenara di tulis, kita tak boleh terima…. mcm mana ni sifu?
Kalau iye pun, tapislah Spam.
Sifu cakap lain buat lain. Biasa lah. Politik. Sifu pun berkepentingan. Ludah kat pinggan orang lain, tapi pinggan sendiri kena jaga… kan “sifu”?
akira,
biasalah itu taktik utk hide postings yg x favourable. kalau delete nanti kata x telus. but postings saya dah 2 x ter’delete’ rasanya. x nampak pun…... :(
hani,.....
Spam di dalam shoutbox: Pengalaman saya, ia bukan secara sengaja diletakkan atau dibiarkan oleh admin atau tuan punya blog. Ini kelemahan client shoutbox yang tidak ada spam control atau penapis. Mengenai posting atau entri yang tidak timbul juga adalah kerana kelemahan klien blog seperti Expression Engine yang digunakan disini tidak seperti Wordpress. Dalam beberapa komen saya yang lepas juga pernah berlaku, saya harap tidak timbul buruk sangka terhadap sesiapa dek kerana kelemahan enjin blog. Cik hani sudah lama kah kenal blog dan segi segi kelemahannya?
Mizi, apa khabar? Nenek sihat? Pergi sekolah tak hari ini? Awak darjah berapa?
tak apa la rastom, saya x minat nak argue pasal kelemahan laman blog. cuma saya x puas hati postings saya kena delete dan ada tajuk yg dikeluarkan. klu x sengaja, saya maafkan. kalau x sengaja, dunia akhirat saya tak akan maafkan.
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
“Dalam menangani isu komen negatif, bak kata pepatah lama orang Jawa: Lada hanya menjadi sambal apabila banyak kali ditumbuk!”
Tambahan: “Jika tidak pedas masakan itu kurang enak…”
Puan Sifu,
Saya suka pepatah Jawa itu.
Oh begitukah entry yang ditarik balik..patutlah saya kurang faham maksud Hani. Terima kasih yutaka
Kalau mengikut perkiraan tolak campur, sekarang tahun 2008 tolak 2 tahun,maknanya 2006 sedangkan pilot untuk program ini telah dilancarkan tahun 2005. Saya pecaya sebelum dilancarkan PPK telah membuat penilaian lebih awal daripada(mungkin pertengahan atau penghujung 2004). Jadi samada usahawan muda yang memegang Ph.D tidak tahu mencongak sebelum ‘mereka cipta’ cerita atau pun usahawan itu mahu menunjuk-menunjuk Ph.d sebenar yang dipegangnya iaitu Perasaan Hasad Dengki.
Untuk lebih adil, boleh tak penulis memberi sedikit maklumat mengenai fasa pilot yang dijalankan oleh usahawan itu di sejumlah sekolah itu sebab saya tidak pernah terdengar lagi, boleh saya bertanyakan kepada sekolah yang terlibat samada kisah benar atau kisah khayalan. Orang tua-tua selalu berpesan, jangan percaya dengan orang yang baru kita kenal, kita tak tahu hati dan niatnya….
Di mana post/komen Yutaka sebelum post/komen saya di atas? Bukankah Yutaka telah copy & paste Entry penulis yang Hani maksudkan. Penulis sedang menunjukkan kepakaran silap mata ke? Kagum saya. Oh ye, terlupa pula ini blog penulis, maka oleh itu penulis berhak untuk menulis apa saja dan membuat silap mata mengikut kemahuan sendiri. Musykil saya, kenapa penulis melenyapkan post penulis yang telah dicopy & paste oleh Yutaka.. Adakah penulis sudah menyedari bahawa cerita usahawan muda itu hanya dongengan atau penyedap cerita..
Post a comment