Tuesday, March 27, 2007

Pengumuman: Blogger Mat Jan Masuk PTS Fortuna

Tuan Punya blog Jongkang Jongket, Sdr. Mat Jan, akan mula bertugas sebagai editor eksekutif di PTS FORTUNA mulai 2 Mei 2007.

Sebelum diterima sebagai anggota tim PTS sepenuh masa di PTS FORTUNA beliau sudah hampir setahun bertugas sebagai editor kontrak di PTS Profesional.

Tugas beliau adalah membangunkan judul-judul karya sastera khusus bagi bacaan lelaki dewasa.

Sdr. Mat Jan adalah lulusan undang-undang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(13) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Amanat Chairman PTS: Mengapa Tim Penulis PTS Mesti Tolong PTS ke BSKL Previous entry: Ini Dia Buku Agama untuk Remaja Kontemporari
Web Sutera  on  03/27  at  10:22 PM

Tahniah Sdr Mat Jan! Saya pun teringin juga hendak bekerja dalam PTS (tersenyum..)
——-

Jiwa Rasa  on  03/27  at  11:08 PM

Puan Ainon,

Mat Jan pernah jadi nama besar dalam dunia blog Melayu. Sering dirujuk sebagai antara perintis blog Melayu.

Tahniah PTS kerana mendapat khidmat Mat Jan. Saya yakin Mat Jan akan berjaya dengan tugas baru itu.

dingin  on  03/27  at  11:10 PM

Tahniah!

Gandingan yang mantap.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  11:35 PM

Mat Jan memang hebat!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  12:17 AM

Puan,

Terima kasih kerana memberi peluang.

Saya tidak akan sia-siakan kepercayaan yang diberi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  12:21 AM

Tapi puan, CEO kata saya mula 2 April, bukan 2 Mei smile

Nota Sifu: Sdr. Mat Jan, apa CEO PTS kata, itu yang betul, sebab urusan operasi PTS adalah tanggungjawab beliau!

Kang  on  03/28  at  09:02 AM

Mat Jan! Pertama kali jumpa di Mega JK Ukhwah.com pada bulan Mei 2004 di Dewan Sungai Dua, Butterworh konsert nasyid besar-besaran tapi penonton ‘kecil-kecilan’.

Sebelum itu memang suka sangat baca blog Mat Jan.

Baru-baru ini jumpa di PTS, di belakang (atau itu depan?) bersama Wan Designer, Alwan, Anuar dan sempat bertanya: “Mana jongkang-jongket sekarang?”

Tahniah Mat Jan!

Cadangan bernas: Oleh kerana nama Mat Jan lebih mengatasi jongkang-jongket, apa kata kalau Mat Jan beli domain dan hosting sendiri: MATJAN.COM

Hisham Salmin  on  03/28  at  09:59 AM

Mat Jan… kalau hang selalu belanja aku… Cover buku hang la nanti yang paling cantik sekali aku buat. Betul. Aku ikhlas ni.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  05:37 PM

Saya sokong apa yang En. Hishammuddin bin Salmin katakan (slang Utara)

Fable Fox  on  03/28  at  06:14 PM

Encik Hisham,

Kalau dah suruh belanja, ikhlas apa itu grin

Gurau sahaja grin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  11:18 PM

Mat Jan yang hebat ini bukan sahaja ada blog yang pernah dapat hit tinggi dan bukunya sendiri, malah sudah mempunyai bangunan sendiri di Kampung Baru, Wisma Mat Jan! (sekadar gurauan!)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/29  at  09:34 AM

Mat Jan,

Selamat datang ke PTS. Ahlan wa sahlan.

Jangan risau, confirm hang masuk 2 April. Ini bukan April Fool…

Riduan Khairi  on  03/31  at  05:50 PM

Saya cemburu yang amat sangat.

Bukan sebab Mat Jan dapat kerja di PTS. Akan tetapi sebab dia punya keupayaan menulis yang sangat baik.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: