Penerima Hadiah Utama Tempat ke-3, Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang 2009
Pada 1 Februari 2009, Puan Nor Hazizam Ab Rahman, Pengurus Pemasaran, Tuan Zaharin Mohamad Zain, Pengurus Jual & Khidmat Pelanggan, Tuan Azmi Mamat dan Tuan Wahyudi Mohd Yatim, berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Selangor. Lawatan adalah bertujuan untuk merai dan menyampaikan hadiah kepada pemenang utama tempat ketiga peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang 2009.
![]()
Puan Izuana binti Mahmad Sani, guru Matematik merangkap guru kelas tahun empat sekolah ini berjaya memenangi hadiah Laptop Acer Aspire Timeline dan set perpustakaan mini bernilai RM5000.00. Puan Nor Hazizam Ab Rahman, Pengurus Pemasaran mengiringi Puan Hajah Pauzi binti Abd Rahman, Guru Besar SK Sungai Haji Dorani menyampaikan hadiah kepada Puan Izuana Mahmad Sani.
Acara penyampaian hadiah berlangsung ketika perhimpunan pagi sekolah. Para pelajar dan guru sekolah ini menjadi saksi acara penuh bermakna buat Puan Izuana. "Saya sangat gembira dan seronok hari ini. Tidak sangka PTS mahu sampaikan hadiah di hadapan murid-murid saya," kata-kata yang terluah daripada Puan Izuana, selepas acara penyampaian hadiah.
Kami ucapkan tahniah kepada Puan Izuana kerana berjaya menjadi pemenang utama tempat ketiga peraduan ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


Post a comment