Tuesday, September 16, 2008

Ada 600 Buah Penerbit Buku tetapi Mengapa Tidak Banyak Buku dalam Kedai Buku

Jumlah penerbit buku yang berdaftar dengan kementerian kewangan adalah lebih 600 buah.

Jumlah 600 adalah jumlah yang amat besar bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Dengan jumlah penerbit yang begitu banyak, sepatutnya industri perbukuan negara ini meriah, aktif dan besar juga. 

Jikalau setiap penerbit menerbitkan 2 judul sebulan, bermakna 1,200 judul baru terbit setip bulan, menjadikan jumlahnya 24,000 ribu judul setahun. Dengan jumlah judul baru sebanyak itu maka tentulah kedai-kedai buku akan santak dengan buku-buku baru setiap bulan. Namun keadaan tidak begitu.

Majoriti syarikat penerbit buku tidak menjual buku-buku mereka melalui kedai-kedai buku, sebaliknya buku-buku mereka dijual secara langsung, terutamanya ke sekolah-sekolah.

Di negara kita ini, kalau saudara seorang guru pusat sumber sekolah rendah, saudara tentu pernah didatangi oleh wakil penjual buku-buku pengkayaan untuk bacaan murid.

Wakil-wakil penjual itu datang ke sekolah dengan membawa buku-buku yang dijual secara berset-set. Tiap-tiap set itu harganya tidak masuk akal apabila dibandingkan dengan harga buku yang sama tebalnya yang dapat dibeli di kedai-kedai buku. Inilah sebabnya buku-buku pengkayaan yang dijual terus ke sekolah-sekolah tidak dapat dibeli di kedai-kedai buku.

Tidak ada kedai buku yang mahu mempamerkan set-set itu disebabkan tidak akan ada ibu bapa yang mahu membeli buku mutu rendah itu pada harga yang tidak masuk akal.

Sebagai contoh satu set buku cerita-cerita rakyat yang terdiri daripada 10 buku cerita setebal 48 halaman, untuk bacaan pelajar tahun 3 dan 4,  dijual dengan harga RM220. Kualiti bahasa dan ilustrasi buku-buku itu pula amat rendah. Pada harga pasaran, nilai set itu adalah sekitar RM60 sahaja. Itupun sudah mahal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Memperkenalkan Edisi Jimat-Kompak Previous entry: Penulis PTS Menulis tentang Buku Penulis PTS
MBA  on  09/16  at  05:33 AM

Salam;

Ada penerbit yang hanya menerbitkan dua buah buku sahaja setahun. Ada juga yang menerbitkan hanya sebuah buku setahun, malahan ada yang hanya menerbitkan hanya sebuah buku sepanjang kewujudan syarikat. Penerbit jenis ini adalah yang paling ‘ekslusif’. Ia ibarat seorang ‘penyanyi’ yang cipta lagu sendiri, lirik sendiri, nyanyi sendiri dan kemudian menerbitkan album sendiri. Kemudian dengar lagu sendiri. Janji sudah terbitkan piring hitam.

Adnan M  on  09/16  at  08:40 AM

Assalamualaikum sifu,


Sifu sememangnya benar apabila mengatakan kebanyakan buku set yang dipasarkan secara langsung ke sekolah-sekolah amat rendah mutu bahasanya tetapi harganya terlalu mahal pula.

Namun yang buat saya bertambah pelik apabila ada buku yang diedarkan untuk tahap satu (murid darjah satu, dua dan tiga) menggunakan nama pensyarah kanan sebuah universiti.

Susah saya hendak percaya apabila mendapati kesalahan tatabahasa sudah boleh dilihat di muka surat pertama buku itu jika penulisnya mempunyai Ph.D di kanan namanya.

Penerbit ini saban tahun menerbitkan empat atau lima buku berset. Dua set pada awal tahun manakala dua atau tiga set lagi pada pertengahan tahun.

Penerbit ini akan mencari pengedar (selalunya diiklan dalam BH ) untuk mengedarkan buku itu secara langsung kepada murid melalui sekolah dan guru-guru.

Melalui borang pesanan yang ditinggalkan kepada guru untuk diberikan kepada murid yang kemudiannya ibu bapa menyediakan wang kepada anak-anak mereka.

Selalunya, ibu bapa percaya kepada guru-guru. Sebab itu mereka membeli tanpa melihat kualiti buku itu terlebih dahulu. Ibu bapa sekarang juga `agak malu` jika murid lain membeli buku yang dijual dalam kelas itu tapi anaknya tidak berbuat demikian.
Yang buat saya sedih, bagaimana seseorang guru boleh mengizinkan buku yang boleh dikategorikan sebagai `sampah sarap` menjadi rebutan anak didik mereka.

Kesian kepada anak-anak yang dahagakan bahan bacaan tapi seolah-olah `disuapkan` dengan sampah sarap oleh guru yang sepatutnya menjadi pembimbing kepada murid dalam pemilihan buku mereka.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/18  at  10:47 AM

Salamz.

Mengapa ya jadi begini?

1. Guru tidak pandai pilih buku?

2. Guru ikut saja buku apa yang dicadangkan kepada sekolah?

3. Guru dapat komisyen(?) kalau beli buku dari sekian-sekian penerbit?

Patutlah buku-buku di perpustakaan sekolah / awam negeri semuanya judul-judul lama.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: