Tuesday, March 31, 2009

Penerbit Menekan Penulis

Penerbit yang tidak mengamalkan etika bisnes yang baik mempunyai berbagai-bagai cara menekan penulis.

Penerbit-penerbit yang menindas penulis mempunyai ciri-cirinya sendiri:

(i) Penerbit itu kecil. Namun bukan semua, kerana ada penerbit kecil yang bagus etika bisnesnya. 

Bukan semua penerbit kecil menindas penulis, tetapi semua penerbit yang menindas penulis adalah kecil (itulah sebabnya mereka tidak dapat membesar).

(ii) Penerbit itu dimiliki oleh satu orang pemegang saham. Dialah mengeluarkan modal, dialah juga yang menanggung semua risiko bisnesnya. Dialah pengerusi dalam lembaga pengarah syarikat, dialah juga ketua eksekutif syarikat. Dialah yang membuat semua keputusan dalam urusan bisnesnya.

(iv) Semua urusan harian itu dikontrol oleh tuan punya penerbit itu. Dialah yang mencari penulis, dialah yang memilih pencetak, dialah yang menyimpan buku cek.

Oleh sebab itu dia boleh menyimpan dua buku akaun, satu untuk dirinya, satu untuk pihak-pihak lain.

Banyak penulis baru tidak berapa kisah terhadap isu-isu yang berkaitan dengan hakcipta karyanya. Mereka tidak sabar hendak melihat karyanya terbit. Inilah faktor utama yang membolehkan penerbit menindas penulis-penulis baru.

Selagi ada penulis yang mengizinkan dirinya ditindas penerbit, selagi itu penerbit-penerbit seperti itu dapat menindas si penulis.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komunikasi Nonverbal: Jari dan Jarak Previous entry: Buku Psikologi Pendidikan

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: