Wednesday, October 11, 2006

Penerbit dan Dr Palsu

Adakah saudara seorang penerbit, ataupun bekerja dengan syarikat penerbitan buku? Jika ya, berhati-hati apabila didatangi oleh pengarang yang mengaku memiliki ijazah PhD.

Kita dapat mengesan ada dua orang penulis buku motivasi yang menggunakan gelaran "Dr." yang diragui ke-genuine-nan ijazahnya.

Jika masyarakat mendapat tahu saudara menerbitkan buku-buku yang ditulis oleh orang yang menyamar sebagai "Dr.", risikonya adalah pada nama baik syarikat dan nama baik saudara sendiri sebagai orang bisnes.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dakwah dalam Novel: Prinsip Surah Yusuf Previous entry: Ketampanan dan Kejelitaan Sosial Pengarang
Helmy  on  10/11  at  11:50 AM

Salam.

Agaknya “Datuk” dah tak laku, kini gelaran “Dr” pula digunakan…
——-

Kang  on  10/11  at  11:54 AM

Assalamualaikum Mbakyu. Suwi ora melebu, streamyx gawe hal pulak. Ini masalah Dr. palsu memang sudah agak lama dalam dunia penulisan. Tetapi lebih lama lagi dalam dunia MLM. Saya pun kenal seorang dua yang hanya kelulusan SPM tetapi meletakkan Dr. di depan nama, pada buku mereka. Khabarnya mendapat Doctorate belajar dari “Neverheard University”. Semudah itu mendapat Dr. sedangkan ramai yang menghabiskan seumur hidup belajar, menghabiskan masa, tenaga, wang, barulah mendapat Dr. walaupun bukan tujuannya mendapat Dr. sebaliknya kerana cinta ilmu.

Untuk apa sebenarnya meletakkan Dr. itu? Supaya mendapat penghormatan dan supaya orang membeli bukunya? Bukan begitu caranya. Itu tak jauh bezanya dengan penipu.

Bagi saya mudah saja hendak mengenali Dr. palsu dengan Dr. sebenar: dari pokok kenal buah; dari buah kenal pokok. Tulisannya, bukunya tak menggambarkan dia berkelulusan PhD. Satu lagi ialah berdasarkan peribahasa lama, “Tong kosong kuat bunyinya.” Dr. palsu akan cuba sedaya-upaya, mati-matian, menonjolkan ‘kedoktoran’nya. Dia akan ‘mengamuk’ kalau tidak dipanggil Dr. atau kita terlupa menuliskan Dr. di depan nama. Contohnya: Dr. Hang Tuah, kalau kita hanya tulis Hang Tuah saja, dia akan kirim surat tunjuk sebab… hehehe…

Dr. sebenar pula tersipu-sipu bila di panggil Dr. Contohnya, di Sungai Pencala ini, kenal dengan Dr. Nik Yusri (menantu Tuan Guru Nik Aziz), akan beristighfar jika saya memanggil “Dr.!”

Di dalam MLM lagi teruk. Adanya lambakan Dr., Prof., Datuk, bahkan Sir. Memang memalukan. Segala rupa penipuan ini akan saya dedahkan dalam buku baru saya, “BOOM MLM”.

Mbakyu, syukurlah berjaya mengesan. Dunia penulisan, marilah sama-sama kita pertahankan, jangan sampai dicemari dan tercemar dengan Dr. palsu. Jika tidak dibendung ia akan menjadi seperti dalam MLM.

Dr. rastom  on  10/11  at  12:07 PM

Masalahnya, walaupun dikhabarkan berkali kali supaya bewaspada dengan Dr. Dr palsu tetapi rakyat Malaysia masih degil. Psikologi rakyat Malaysia agaknya suka ditipu, atau gemar dibuai mimpi oleh saudagar mimpi-jadi-jutawan-segera yang semakin bergenuak sekarang.

Puan Ainon Mohd.  on  10/11  at  12:08 PM

Tan Sri Kang,

Buku BOOM MLM untuk PTS, bukan? Kulitnya biarlah Jabatan Grafik PTS yang menciptanya!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/11  at  12:49 PM

teringatkan filem P.Ramlee ‘Labu Labi’ tak sampai 2 bulan dah jadi ‘Haji’.

Puan Ainon Mohd.  on  10/11  at  01:22 PM

Tuan Ibnurabi,

2 bulan sudah jadi “Haji” hmmm…..

Puan Ainon Mohd.  on  10/12  at  03:42 PM

Tuan (Dr.) Rastom!

Tuan Dr. suka muncul dalam TV pakai kot warna apa?

Kang  on  10/15  at  11:32 AM

Dr Rastom ikut ‘dress code’. Yang tak ikut selalunya Dr palsu (Dr. Ayam) yang muncul di TV dengan kot warna pelik. Dari pokok kenal buah. Kalau sudah kot warna pelik, bagaimana dengan pemikirannya?

rastom  on  10/15  at  01:25 PM

Saya suka juga tengok perangai orang yang sudah pencen tetapi masih enggan berpisah dengan gelaran semasa kerja dulu. Ada apa apa keperluankah dengan tambahan (Ber). Adakah saya kena panggil (contohnya) Kaptan (Ber) Kang (dengan membunyikan “ber” itu?)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: