Pelukis Komik dan Rezeki daripada Cover Buku Agama
Kulit buku ini dilukis oleh seorang pelukis komik. Ini adalah suatu inovasi yang belum pernah dieksperimen oleh mana-mana penerbit buku agama di negara ini.
PTS ISLAMIKA sengaja memilih pelukis komik kerana buku ini ditargetkan kepada remaja lelaki.
Kita akan memonitor sambutan pasaran kepada buku-buku agama yang menggunakan strok komik. Jika terbukti pasaran menyukai inovasi ini, maka lebih banyak buku PTS Islamika akan menggunakan strategi ini bagi menyampaikan cerita-cerita agama kepada remaja lelaki yang selama ini tidak suka membaca buku cerita-cerita agama.
Ini juga bermakna PTS membuka satu lagi pintu rezeki buat para pelukis komik. Sebelum ini mereka tidak berpeluang melukis cover buku-buku agama.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Buku ini turut mendapat perhatian pengarang Harian metro bertarikh hari ini untuk diulas di ruangan Ad-din.
Saya paparkan menerusi blog saya juga.
Puan, menerusi cadangan seorang rakan saya, bagaimana jika pada masa akan datang biodata pekomik juga diselitkan di bahagian belakang buku selain daripada penulisnya, ini akan membantu pemasaran pekomik dan menambah rezekinya.
Zamri Mohamad
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Salam,
Strok komik ada pelbagai ‘mazhab’. Malah dalam ‘mazhab’ juga mempunyai ‘sub-mazhab’. Mazhab komik barat bersub-mazhab Adam Hughes pasti berbeza dengan sub-mazhab Chris Bachalo. Mazhab manga Jepun beraliran Tsutomu Nihei juga pasti berbeza dengan sub-mazhab Masashi Kishimoto.
Di Malaysia juga pasti ada sub-mazhab yang dominan.
Persoalannya, adakah strok komik yang digunakan di kulit buku seperti contoh tertera serasi dengan selera sasaran dalam kajian.
Saya peminat komik, tapi saya rasa kulit buku “Penakluk Andalusia” agak kurang menarik. Cuba rujuk strok komik pada muka depan komik-komik atau kotak ‘video game’. Strok komik pada kulit buku “Penakluk Andalusia” agak kurang ‘ummph’.
Bukan apa, dikhuatiri kesimpulan yang salah dibuat daripada hasil pantauan.
Wassalam
Warna cyan ‘mencomelkan’ karakter yang tegas, serius dan penuh kekuatan.
Tahniah encik pelukis, lepas ini boleh belanja cendol Sri Rampai ye
Salam,
Saya bukan pakar. Tetapi daripada pemerhatian saya, terdapat perbezaan antara gaya stroke pada cover dan gaya pada muka surat komik itu sendiri. Terutamanya jika dilihat komik yang datang dari Amerika Syarikat. Pada pendapat saya (lebih tepat lagi penglihatan saya)gaya stroke muka surat komik tidak sesuai dibuat cover.
Cover kaset Ustaz Shamsuri banyak dihiasi oleh hasil tangan pelukis komik Ujang.
Post a comment