Tuesday, February 16, 2010

Penulis dan Pelukis Boleh Berkongsi Hakcipta dan Royalti

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buku-buku cerita yang diterbitkan untuk bacaan kanak-kanak dan awal remaja sangat perlu diberikan ilustrasi yang menarik minat mereka supaya suka membacanya sehingga tamat.

Bagi kategori buku jenis ini, kalau ceritanya sedap tetapi ilustrasinya tidak menarik, maka buku itu sukar dipasarkan. Baik cerita mahupun ilustrasinya, kedua-duanya mesti digemari kanak-kanak dan awal remaja, baru buku-buku itu laku keras.

Disebabkan peranan ilustrasi begitu penting kepada kejayaan buku kanak-kanak dan awal remaja dalam pasaran, PTS sangat menggalakkan para penulis buku kategori ini supaya 'berkahwin' dengan ilustrator yang stroknya sangat sesuai digunakan untuk buku mereka.

Maksud 'berkahwin' adalah mereka menjadi rakan-kongsi secara berpanjangan dalam pengkaryaan bersama, di mana mereka berkongsi hakcipta dan royalti bagi buku-buku yang mereka hasilkan bersama. Cara ini membolehkan kanak-kanak dan awal remaja menjadi peminat buku-buku mereka, baik sebagai peminat gaya penulisan ceritanya mahupun peminat strok ilustrasinya.

Model bisnes yang begini sangat sesuai bagi buku-buku cerita yang diterbitkan sebagai buku bersiri.

Contoh bagaimana penulis 'berkahwin' dengan ilustrator adalah siri Young Aishah oleh Saridah Hamid dan Reja, serta siri Penyiasat Ekstrovert oleh Mohamad Kholid Hamzah dan Nuriazam Islmail.

Bukan semua ilustrator buku mempunyai bakat melukis ilustrasi untuk buku bacaan kanak-kanak dan remaja.  Ciri-ciri lukisan yang digemari oleh kanak-kanak dan remaja awal sangat berbeza daripada ciri-ciri lukisan yang digemari oleh pembaca dewasa.

Di PTS, ilustrator buku kanak-kanak dan remaja datang daripada komuniti pekomik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Buku Resipi Previous entry: Ilham Hamdani dengan Tim PTS Litera Utama

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: