Pelancaran Buku Yang Sia-sia
Sebagai penerbit, patutkah saudara mengadakan majlis pelancaran buku yang saudara terbitkan?
Ambil kira perkara-perkara berikut:
1. Kalau majlis pelancaran itu serupa macam yang selalu diadakan, tidak ada bukti pelancaran seperti itu dapat menaikkan jualan buku.
2. Kalau saudara panggil menteri, ramai pemberita datang, tetapi yang keluar dalam media adalah cakap-cakap menteri berkenaan hal-hal politik si menteri. Berita itu cuma memberi satu ayat untuk saudara, lebih kurang begini bunyinya: "Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku bertajuk ....... di ibu negara malam tadi....."
3. Kos pelancaran sangat tinggi. Semakin besar VIP yang melancarkan buku itu, semakin besar perbelanjaannya.
4. Saudara fikir saudara hendak menumpang nama VIP itu dan menjadikan VIP itu duta buku saudara. Sebaliknya VIP itu yang 'hijack' majlis saudara dengan menjadikannya peluang dia mendapat liputan percuma dalam media!
Perkara (1) itu amat penting difikirkan. Tidak ada bukti bahawa pelancaran buku menaikkan jualan buku yang dilancarkan.
Kalau begitu mengapa PTS melancarkan buku-bukunya sekali ataupun 2 kali setahun?
PTS melancarkan buku-bukunya dengan kos yang amat rendah. Sebagai contoh, PTS menumpang kempen membaca yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, ataupun sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, dan lain-lain majlis yang dianjurkan oleh pihak lain.
Objektif PTS melancarkan bukunya bukanlah bagi menaikkan jualan buku itu secara khususnya, melainkan bagi memperkenalkan "PTS" sebagai suatu brand. Dalam erti kata lain, majlis pelancaran buku PTS adalah aktiviti branding.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Sifu,
Untuk tujuan memperkenalkan PTS sebagai satu jenama (brand), beberapa aktiviti boleh dijalankan.
Oleh kerana PTS memperjuangan niche yang sedikit berbeza daripada penerbit-penerbit lain, maka pengenalan jenama PTS boleh dibuat dengan mempelbagaikan aktiviti yang bersangkutan dengan niche yang diperjuangkan.
Sebagai contoh, PTS memperjuangkan aliran novel Islami, maka aktiviti yang boleh mengadakan bengkel penulisan bagi pelajar-pelajar sekolah menengah dan remaja kolej/IPTA/IPTS (jika belum dibuat).
Dengan ini sedikit banyak akan wujud generasi muda yang cenderung kepada novel jibunsyi. Kalau mereka tidak jadi penulis pun, mereka mungkin beli buku novel Islami.
Pelancaran buku yang “menggunakan” VIP atau personaliti terkenal sebagai duta mungkin lebih sesuai untuk buku-buku untuk jualan segera dan masa lakunya terhad, seperti buku bertajuk “Hari Perkahwinan Dato’ .... dengan .....(artis wanita - sebagai contoh..)...” atau buku-buku politik yang menggunakan VIP politik juga sebagai ‘pelancar’ nya…
——-
:smile::smile:
Tuan Alang, bagus cadangan Tuan itu. Kita akan kempen mempekenalkan jibunsyi apabila jumlah jibunsyi yang kita terbitkan sudah cukup ada di rak-rak kedai buku. Sekarang kita belum pun ada 10 judul! Belum nampak gah. Nanti orang yang masuk kedai tidak perasaan kewujudan jibunsyi PTS.
Memang saya terima idea sdr kita kempen dengan melibatkan sekolah (kementerianlah tu). .....Ha….saya sudah terfikir satu idea yang sesuai dengan cadangan ini! (Mentol kreativiti saya sudah menyala!)
:smile::smile:
apakata buat pelancaran buku di pasar malam. bukan untuk semua buku tetapi untuk buku yang jiwa dekat kepada penjual & pembeli di pasar malam. Sebab dulu saya pernah cadangkan kepada satu penerbit untuk melancarkan buku di pasar malam kerana jiwa buku tersebut begitu dekat dengan peniaga & pelanggan di pasar malam. mungkin idea saya itu agak ‘pasar malam’jadi tidak boleh diterima.
Selain itu saya juga ada cadangkan lancar buku kat masjid antara maghrib & isyak, imam yang lancarkan. tapi idea itu pun tak diterima.
Rasanya tak semua yang pergi pasar malam & masjid tu pergi kedai buku, kecuali musim buka sekolah.
Tuan Ibnurabi,
Hahaha! Idea Tuan sungguh lateral!
Ini kita perlu tanya prosedur birokrasi dari majlis perbandaran bagaimana mendapatkan izin membuka gerai pelancaran di pasar malam.
Kita dapat maklumat buku PTS ada dijual di pasar malam!
Puan Sifu, Tuan Ibnurabi, et al,
Kalau hendak dilakukan di pasar malam dan nak elakkan birokrasi majlis setempat, mungkin boleh diusahakan dengan perundingan dengan gerai-gerai buku yang sedia ada.
Saya percaya di setiap tapak pasar malam ada gerai jual buku/majalah lama. Jual di gerai dia dan buat pelancaran pun di geraia dia…secara kecil-kecilan…pasang bendera, letak beberapa belon, tambah lampu ‘lip-lap’...guna loud hailer… teriakkanlah..:- “Mari, mari, mari..!! Majlis pelancaran buku PTS di sini…! yaa…mari, mari, mari…!! Mari pilih, mari pilih, mari pilih….ya, macam2 buku, boleh campur-boleh campur…mari, mari, MARRiiii….!!”
Tuan Alang…. hmm…. macam biasa dengarlah dialog tu!
Assalamualaikum. Streamyx meragam lagi menyebabkan tertangguh masuk dewan kuliah. Teringat, pada sekitar era Reformasi (1998), terlibat dalam pelancaran buku Azman Ching, manusia glamor yang menjadi ikon dalam industri MLM. Pelancaran buku “Khazanah MLM” dibuat di Sekolah Hin Hua Klang, dengan mendapat liputan TV3, Utusan dan Berita dan lain-lain tabloid nyamuk.
Belanjanya memang besar, untuk jangka pendek tak berbaloi, tak balik modal kalau diukur dari segi jualan buku. Tetapi keuntungan besar (jangka panjang) menanti bisnes MLM beliau. Melalui buku yang dilancarkan dan disiarkan melalui MHI, akhbar, majalah MASSA (dah arwah) itu, nama Azman Ching melonjak naik dan dapat membantu menaikkan bisnes MLM beliau. Sekurang-kurangnya itu yang saya ajar beliau.
Kiranya, rugi pada A, untung pada B.
Saya percaya, PTS akan menjadi trendsetter, sentiasa mendahului. Kalau pelancaran buku kurang memberikan pulangan, apa kata PTS mula mengiklankan di Billboard. Memang tak masuk akal, tetapi dari sudut mana yang tak masuk akal? Di sepanjang lebih raya, bayangkan ada 10—20 billboard iklan buku PTS. Kalau kopi ginseng yang marginnya lebih rendah dari buku boleh, mengapa buku tak boleh? Secara automatik, PTS telah memartabatkan buku (setelah memartabatkan penulis), menjadi yang pertama di Malaysia mengiklankan buku di Billboard.
Salam!
Tuan Kang punya cadangan cukup bernas! Jangan lupa, pamerkan juga URL capaian untuk PTS. Bisa ngetop buanget!
Sifu, Tan Sri Kang, Tuan Rastom, et al,
Jika bill-board di pilih sebagai suatu cara iklan branding PTS, enggak perlu setiap 10-20 km, sekadar 3 ke 6 lokasi strategik ‘udah memadai, sebagai contoh:
(1) Selatan - R & Seremban
(2) Utara - R & R Sg Perak
(3) Timur - R & R Temerluh
(4) Pantai Barat - R & R Teluk Intan
(5) Utara/Barat - Jambatan P Pinang
(6) Pantai Timur - Mersing/Endau atau Persimpangan Leban Chondong, Kuala Rompin.
Hello Brother, jangan emosional sangat. Ada yang Sifu mempersoalkan tu mungkin benar dan ada yang tidak. Yang tidak tu yang saya tegur. Saya pun ada hak nak tegur. Jadi kalau awak tak tahu hujung pangkal baik diam saja. Saya rasa Sifu faham apa maksud saya.
Sorry, message atas nie salah masuk…
Post a comment