Tuesday, June 05, 2007

Pasaran Novel Cinta

Sudah dua tahun pasaran novel cinta jatuh.

Pemain-pemain dalam sektor ini sedang memikirkan apakah strategi yang dapat digunakan bagi mendapatkan semula keyakinan khalayak novel cinta supaya kembali membeli novel-novel cinta.

Pengedar terbesar novel cinta di Malaysia adalah Syarikat FAJAR. Semua penerbit novel popular menggunakan Syarikat FAJAR sebagai pengedar.

Semasa Pesta Buku 2007 (PBAKL) di PWTC yang lalu, kita sempat membuat kiraan judul-judul novel cinta yang terbaru dalam booth FAJAR.

Didapati, 75% judul novel popular terbaru yang dipamerkan adalah terbitan nama-nama penerbit baru! Hanya 25% judul baru adalah terbitan 2 buah pemain utama tradisonalnya, yakni ALAF21 dan CREATIVE.

Dalam perbualan dengan pemilik Creative semasa pesta buku itu, beliau melaporkan jualan di booth Creative menurun berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Perbualan dengan petugas di booth FAJAR juga memberikan maklum balas yang serupa, bahawa jualan novel popular tahun 2007 menurun.

Nampaknya, pada saat pasaran novel cinta sedang mengalami kejatuhan, kita menyaksikan kemunculan penerbit-penerbit baru dalam sektor itu. Ini adalah fenomena yang tidak disangka-sangka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bahasa Melayu Sur-Realistik Previous entry: Perkataan 'Malaysia' Dianggarkan Bernilai RM300 juta
Naga Buana a.k.a Web Sutera  on  06/05  at  05:28 PM

Pada hemat saya, pasaran novel yang sedang meningkat naik ialah novel cinta Islami.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: