Pasaran Buku Terjemahan
Pasaran buku-buku terjemahan dalam Bahasa Melayu adalah Laut Biru yang luas dan menguntungkan. Laut Biru ini boleh dikatakan 'kosong-pemain-besar'. Maksudnya, belum ada mana-mana penerbit yang me-raja-i sektor ini.
Walaupun Insitut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sudah hampir 20 tahun wujud, tetapi kehadiran buku-buku terjemahan terbitannya tidak dirasakan dalam pasaran terbuka.
Demikian juga, walaupun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah hampir 50 tahun bergiat menerbitkan buku-buku terjemahan, tetapi buku-buku terjemahan DBP pun tidak kelihatan dalam pasaran terbuka.
Laut Biru ini menunggu kemasukan pemain-pemain komersial bagi memenuhi citarasa pembaca buku kelas menengah.
Penerbit Pelangi Bhd. berjaya mendapatkan lesen terjemahan bagi buku-buku siri Harry Potter (lihat foto). Set 6 buah buku Harry Potter itu dijual RM173.40 sen.
Meskipun harga buku terjemahan itu amat mahal berbanding dengan buku Melayu, tetapi buku-buku itu terjual berpuluh-puluh ribu naskhah dalam pasaran terbuka. Sebagai contoh siri Azimat Maut dijual pada harga RM39.90.
Sayang sekali, kejayaan Pelangi menerbitkan siri Harry Potter itu tidak disambung dengan projek-projek terjemahan lain.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment