Thursday, February 14, 2008

Pasaran Buku-buku Fiksyen Inggeris dan Melayu

Maklumat yang dikumpulkan oleh Jabatan Pemasaran PTS mendapati, di sebuah cawangan rangkaian kedai buku terkenal yang terletak di Lembah Kelang, setiap bulan cawangan itu menjual antara 500 hingga 600 unit judul fiksyen Inggeris, berbanding dengan jumlah jualan fiksyen Melayu yang mencecah antara 5,000 hingga 6,000 unit setiap bulan.

Kepada mentee-mentee Sifu, ini soalan tutorial hari ini: Apakah faktor-faktor yang mendorong kejatuhan jualan fiksyen Inggeris serta meningkatkan jualan fiksyen Melayu?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akademi Latihan DBP Previous entry: Kontroversi Komik Malaysia Versi PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/13  at  04:34 PM

Assalamu’alaikum!

Puan Sifu,

Saya angkat sebelah tangan ingin cuba jawab soalan tutorial.

Saya berpendapat,faktor-faktor yang menyebabkan senario ini berlaku adalah kerana:

1) Sudah semakin banyak fiksyen Melayu yang berkualiti dan yang pentingnya seronok dibaca

2) Cerita fiksyen Melayu lebih padan dengan gaya hidup orang Melayu/masyarakat Malaysia

3) Orang Melayu memang lebih suka baca buku berbahasa Melayu sekiranya ada 2 pilihan: fiksyen Inggeris atau Fiksyen Melayu. Apatah lagi kalau sekarang ni sudah banyak buku Fiksyen Melayu yang berkualiti.

Sifu, untuk penggunaan BMT kalau per sepuluh, berapa agaknya markah yang saya dapat?

Noorminshah

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/13  at  08:03 PM

Dr. Noorminshah,

Saya beri 7.2 daripada 10 mata.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/15  at  04:57 PM

Puan Sifu,

Salam. Semoga PTS diberi ganjaran yang lebih lumayan atas prinsip-prinsip ‘shariah-compliant’ yang dipegang.

Izinkan saya menjawab soalan tutorial yang diutarakan di atas.

1. Harga
Faktor harga sering menjadi ukuran untuk konsumer tambahan lagi jika produk berkenaan adalah sebuah buku. Buku-buku bahasa Inggeris lebih mahal kerana beberapa faktor yang melibatan pelbagai kos sedangkan harga buku bahasa Melayu lebih rendah.

2. Pilihan produk yang luas
Dewasa ini, terdapat banyak pilihan untuk konsumer yang inginkan bahan bacaan dalam Bahasa Melayu sehinggakan di sesetengah kedai-kedai buku besar terdapat bahagian yang memuatkan buku-buku fiksyen Melayu.

3. Packaging yang menarik
Apa pun produk yang dihasilkan untuk menarik perhatian pembeli termasuk buku harus mempunyai packaging yang menarik. Pada satu masa dahulu, buku-buku berbahasa Melayu tidak mempunyai packaging yang boleh menggerakkan pembeli untuk membeli buku. Buku tetap sebuah produk. Tetapi, kemungkinan penerbit-penerbit buku Melayu dahulukala sangat gemar menggunakan warna-warna yang malap dan tidak menarik. Ini pastinya mempengaruhi jualan buku-buku berkenaan. Inisiatif penerbit-penerbit buku Bahasa Melayu moden untuk menghasilkan buku-buku yang mempunyai packaging menarik menggalakkan pembeli membeli buku.

4. Kualiti isi kandungan
Kualiti kandungan buku-buku Bahasa Melayu yang bertambah baik. Ini termasuk penggunaan tatabahasa yang betul, lenggok bahasa yang indah dan positif dan lain-lain faktor yang berkenaan.

5. Kuasa membeli
Kuasa membeli di kalangan penggemar bahan bacaan buku berbahasa Melayu semakin meningkat. Lebih ramai orang melanjutkan pelajaran untuk memantapkan diri mereka pada zaman ini lalu lahirnya golongan yang menyintai buku dan mampu membeli buku-buku.

6. Tabiat membaca
Dewasa kini, pola tabiat membaca semakin meningkat di kalangan penggemar buku-buku Bahasa Melayu.

Kesimpulannya, semua faktor yang saya utarakan di atas adalah saling bergantungan antara satu sama lain. Tidak ada formula tepat yang dapat menggambarkan punca sebenar peningkatan angka jualan buku-buku fiksyen. Sungguhpun begitu, ia adalah petanda baik untuk industri buku fiksyen Melayu berkembang pada masa akan datang.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: