Wednesday, February 13, 2008

Nasihat dari Akauntan untuk Penulis Kaya

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Semoga Sifu berada dalam limpahan berkat dari Allah Ta’ala.

Sifu, mengikut Sistem Taksir Sendiri (STS), resit-resit tidak perlu lagi dikepilkan bersama borang B atau BE.  Walaubagaimanapun, resit-resit tersebut mestilah disimpan dalam satu fail selama tujuh tahun.  Sekiranya ‘bernasib baik’, pegawai LHDN akan membuat pemeriksaan ke atas resit-resit tersebut.

Sebaik-baiknya, penulis mengisi borang B dan bukannya BE, kerana borang B ada bahagian pendapatan perniagaan.  Dari satu aspek, pendapatan menulis adalah pendapatan perniagaan kerana ada wang masuk dan ada wang keluar.

Jadi, kenalah buat sedikit akaun untung rugi dan kunci-kira-kira. 

Akaun Untung Rugi atau Akaun Pendapatan:

PENDAPATAN
Wang royalti
Hibah dari bank

KOS LANGSUNG
Belanja buku rujukan
Beli dakwat, kertas
Belanja cuci gambar
Beli CD, disket atau thumdbrive untuk softcopy
Belanja penyelidikan

JUMLAH PENDAPATAN - KOS LANGSUNG = UNTUNG KASAR

PERBELANJAAN LAIN
Elektrik
Tambang dan perjalanan
Kursus
Upah jurutaip

UNTUNG KASAR - PERBELANJAAN LAIN = UNTUNG BERSIH

PEMBELIAN HARTA/ASET
Komputer
Lampu meja
Printer
Alat binding
Softwares

Dianggap sebagai harta dan merupakan item dalam Kunci Kira-kira.  Aset tersebut pula layak mendapat elaun modal.

Begitulah serba sedikit yang boleh saya bantu.  Saya dan sahabat saya (Agen Cukai Bertauliah) sedang cuba untuk menulis buku tentang menangani cukai seperti ini, berdasarkan pengalaman kami bersama dengan pelanggan.  Harap Puan sudi terbitkan nanti.

Terima kasih.

WAN NORJIHAN 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Fail Buku Ini Sudah Siap Diproses dan Sudah Dihantar ke METADOME Previous entry: Cara Mengurangkan Cukai Pendapatan ke atas Royalti
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/13  at  05:34 PM

Assalamualaikum Puan, boleh saya dapatkan alamat emel ataupun nombor telefon Puan Wan Norjihan? Saya ingin menghubungi beliau bagi berbincang dengan lebih lanjut berkenaan buku yang beliau hendak tulis.

Terima kasih sebelumnya. Wassalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: