Saturday, July 04, 2009

Terkejut tetapi Suka! MPH akan Menerbitkan Katalog Khas bagi Buku-Buku Melayu

Selama berpuluh-puluh tahun, MPH hidup dan berkembang besar dengan menjual buku-buku Inggeris sahaja. Selama itu jugalah MPH tidak memandang walaupun dengan sebelah mata kepada buku-buku Melayu.

Bukan hanya MPH, semua kedai buku elit bersikap serupa MPH. Mereka hidung tinggi kepada buku Melayu. Sepanjang masa itu juga, buku-buku Melayu merempat di tanah airnya sendiri.

Terbaru, kita mendapat maklumat sohih bahawa MPH sudah mengubah 360 darjah sikapnya terhadap buku Melayu!

MPH akan menerbitkan katalog 4-warna khusus untuk mempromosi buku-buku Melayu sahaja. Katalog itu akan diedarkan kepada seluruh ahli-ahli MPH reader's card keturunan Melayu di kawasan-kawasan strategik seluruh Kuala Lumpur.

Katalog itu akan dilancarkan pada bulan Ogos. Buku-buku yang dipilih untuk dipromosikan dalam katalog itu nanti adalah yang sesuai dengan perayaan bulan Merdeka, bulan Ramadhan, sampai ke bulan Syawal. Pelbagai offer dan diskaun akan disediakan untuk pembeli buku-buku Melayu di MPH.

Hari ini, mengapakah buku-buku bahasa Melayu diberi perhatian besar oleh pengurusan MPH?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 500 Fiksyen Inggeris, 6000 Fiksyen Melayu Previous entry: Mengejutkan! MPH Membeli Ruang Iklan dalam Media bagi Mempromosi Buku-buku Melayu
Ibnu Salleh  on  07/04  at  10:31 AM

Assalamualaikum

Sa-moga Bumi Sa-jahtera dan Aman.

Sa-sungguhnya mengikut kaedah geometri, sudut pandangan boleh diputarkan berkali-kali ka-pada 360 darjah, 720 darjah dan sa-terusnya serta sa-baliknya, kecuali terdapat gendala-gendala fizikal atau gendala-gendala bukan fizikal yang menjadi aral kepada perubahan sudut tersebut. 

Di dalam hal yang berkaitan dengan kesungguhan MPH dan sa-kutu/musuh-nya untuk membuka ruang kepada buku-buku bahasa melayu, sahaya ingin menasihati Puan agar berhati-hati di dalam suka supaya suka tidak membawa duka.

Ini kerana di dalam ekonomi terdapat juga apa yang dipanggil sa-bagai “percubaan”. Apabila umpan diberi dan pancing tak kena, maka lubuk baru mesti dicari.

Justeru, sahaya mendorong Puan agar tetap kekal dengan momentum asal supaya peristiwa sa-rupa “Fenomena Bunga Tulip” yang menimpa Belanda pada tahun 1637 bulan Februari tidak akan berulang untuk buku-buku bahasa melayu.

Jikalau Puan mengabaikan keseimbangan kelok permintaan dan kelok penawaran sa-mata-mata teruja dengan keghairahan MPH atau lawan/sa-kutu-nya, sahaya khuatir Puan akan menghadapi masalah di kemudian hari. 

Bukanlah sahaya ingin menyeka rasa sukacita Puan, tetapi biarlah di dalam suka ada hati-hati kerana sahaya ingin melihat kejayaan Puan sa-kurang-kurangnya bertahan sa-hingga sa-ratus tahun hendaknya.

Sa-kian dari sahaya.

Yang meminati PTS dari ka-jauhan,
Ibnu Salleh

Mohd Nadzrin Wahab  on  07/08  at  01:24 PM

Salam hormat Puan,

180 darjah saja sebenarnya…

Salam persilatan.

.........................

Nota Sifu: Terima kasih, tuan! Ya, 180 darjah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: