Minimum 150 Judul Habis Stok dalam Setor PTS
Sudah lama Sifu tidak duduk makan dengan En. Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS. Bulan lalu barulah Sifu mendapat peluang itu. Ikut makan bersama kami adalah En. Zain Nassri, timbalan kepada En. Zaharin.
"Pada bila-bila masa, sekurang-kurangnya 150 judul PTS sudah habis langsung dalam setor kita," kata En. Zain Nassri.
"Saya mahu 100 judul diulangcetak segera," kata En. Zaharin. "Tetapi jabatan editorial takkan setuju sebab mereka mempunyai judul-judul baru yang perlu dicetak. Alasan mereka, kalau bajet sudah digunakan untuk buku ulangcetak, habislah bajet untuk mencetak buku baru."
Chairman PTS faham mengapa setiap kali diadakan mesyuarat penyelerasan antara jabatan-jabatan, isu belanjawan percetakan menjadi isu hangat antara jabatan kewangan, jabatan jualan dan jabatan editorial.
Jabatan editorial mahukan lebih banyak bajet bagi mencetak judul-judul baru kerana prestasi setiap editor diukur menggunakan berapa judul baru yang mereka terbitkan setiap bulan. Jabatan jualan dan khidmat pelanggan pula mahu mencetak semula buku-buku yang sudah habis dalam setor.
Sepanjang masa, sejak bertahun-tahun, masalah PTS adalah masalah buku-buku terbitannya terlampau laku.
![]()
Stok 2 buku ini habis dalam setor PTS dalam masa kurang 2 minggu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam…
Wadduuuhh… ruginya. Sayangnya! Jadi macam komik terbitan terhad pula. Jika terlambat maka melepas.
Apa kata untuk buku yang tidak mahu diulang cetak lagi ini PTS tawarkan dalam bentuk ‘softcopy’ (kopi lembut?)?
Di jual dalam bentuk pdf menerusi cd atau dvd atau download. Jika orang mahu cetak rompak pun tidak mengapa sebab PTS pun memang tidak mahu ulang cetak lagi bukan? Sekurang-kurangnya ilmu diperpanjangkan.
Wassalam.
Salam…
Puan Sifu,
Maaf… izinkan saya bertanya soalan yang agak ‘remeh’:
Adakah PTS mencetak setiap tajuk dengan kuantiti yang sama (misalnya 1000 buah) ataupun ianya bergantung kepada siapa si penulis ataupun apa tajuk buku berkenaan?
Mungkin Puan Sifu dan pasukan PTS tahu bahawa kos mencetak 1000 buku dan 3000 buku adalah jauh bezanya. Kos itu juga berbeza apabila buku itu dicetak dengan menggunakan kertas jenis ‘x’ berbanding dengan jenis ‘y’.
Ketika saya bekerja di salah sebuah syarikat percetakan dulu, kami pernah menerima tempahan dari syarikat dari UK untuk mecetak buku siri “Teletubbies” mereka. Memanglah jumlah tempahan mereka adalah puluhan ribu buah, tetapi mereka mencetak buku berkenaan dalam 2 versi—kertas mahal dan kertas kurang mahal. Buku berkenaan adalah 100% sama isi kandungannya, yang berbeza cuma kertas yang digunakan dan dibezakan dengan nombor ISBN serta harga di belakangnya. Saya dapati harga buku menggunakan kertas murah itu adalah 20% lebih rendah.
Cadangan saya (mungkin boleh digunakan, mungkin tidak):
1. PTS boleh menjimatkan kos percetakan dengan membuat sedikit penyelidikan dan jangkaan jualan (sales estimation). Jika PTS yakin buku berkenaan akan laku keras, mungkin kerana kredibiliti si penulis atau isinya yang menarik, cetaklah dengan kuantiti yang lebih ‘besar’. Kos untuk sebuah buku akan lebih murah.
2. Saya dapati kertas yang digunakan oleh PTS untuk mecetak buku bisnes adalah hampir sama dengan buku cerita PTS One. Kertas jenis ini adalah antara kertas yang mahal! Mungkin PTS boleh mempertimbangkan untuk ‘downgrade’ sedikit sahaja jenis kertas untuk buku-buku PTS One. Kosnya dan harganya boleh dikurangkan.
Sekali sekala PTS perlu lihat sekeliling dan tengok apakah kertas yang digunakan oleh ‘pesaing-pesaing’ PTS. Mereka menggunakan kertas yang lebih murah, tetapi disebabkan oleh reka bentuk dan komposisi warna yang digunakan, kertas itu ‘kelihatan mahal’. (Nota: Pencetak PTS mungkin akan marahkan saya kerana mendedahkan ‘rahsia’ ini…).
3. Akan bersambung…(ada urgent call..)
Saifuddin Awang.
Pustaka Munirah / Prima MS Enterprise
Kemaman.
Saya ingin mengulas pandangan Tuan Saifuddin, saya bersetuju tetapi kualiti kertas yang dipilih hendaklah dipertimbangkan dahulu. Saya difahamkan ada jenis-jenis kertas yang tidak disukai kebanyakan pembaca.
Ada pembaca yang tidak menyukai kertas jenis kasar atau kesat. Ada pembaca yang tidak suka kertas yang berwarna kuning. Ada pembaca yang tidak suka kertas yang berwarna malap (mendung) kerana mata akan terasa cepat letih apabila membacanya.
Saiz-saiz tulisan juga boleh diperhatikan. Ada sesetengah buku keluaran PTS, didapati saiz tulisannya agak besar, dan boleh lagi dikecilkan saiznya mengikut kesesuaian untuk mengurangkan bilangan kertas.
PENULIS MEMINJAMKAN WANG KEPADA PENERBIT UNTUK MEMPERCEPATKAN PENERBITAN BUKUNYA
Saya juga ingin mencadangkan, sekiranya mana-mana penulis yang sanggup mengeluarkan modal awal (meminjamkan wang kepada penerbit) untuk mempercepatkan giliran mencetak atau mengulangcetak buku-bukunya (buku yang sangat laris)?
Penerbit akan balik akan membayar balik secara beransur-ansur kepada penulis atau mengikut perjanjian pinjaman kepada penulis.
Dalam kes ini, penulis yang berpendapatan tinggi boleh meminjamkan wang kepada penerbit untuk penerbitan buku-bukunya, manakala penulis yang berpendapatan rendah boleh terus bergantung pada modal sedia ada daripada pihak penerbit.
Ini cuma satu cetusan idea sahaja dan sekiranya idea ini dirasakan sensitif, saya mohon maaf.
Saya juga mempunyai idea yang lebih kurang sama dengan Amiene Rev yakni individu-individu meminjamkan wang untuk mencetak buku. Idea tersebut mungkin sensitif kerana penulis baru akan melihat hanya penulis-penulis senior yang mendapat peluang untuk mencetak semula buku.
Namun, konsep ini boleh ditukar sedikit di mana PTS meminjam dengan individu-individu hartawan yang bukan dari kalangan penulis. Terutamanya di kalangan usahawan-usahawan yang memang sentiasa mencari peluang bisnes. Ini boleh dikatakan satu bentuk pelaburan selamat buat mereka. Kalau kadar pulangannya menarik, tentu sahaja mereka akan berminat.
p/s: Saudara Amiene, gunakan “*kata*” sebagai ganti. Huruf besar *tidak sesuai* untuk mebicarakan idea-idea yang mungkin sensitif.
Terima kasih Tuan Firdaus kerana teguran yang membina.
Saya juga sependapat dengan Tuan Firdaus mengenai idea meminjam wang untuk mencetak semula buku-buku yang laku keras. Buku yang laku keras, kepercayaan yang dapat diberikan kepada golongan hartawan terhadap penerbit boleh menjadi lebih tinggi.
Kita ambil contoh, buku Harry Potter yang laku keras. Buku ini telah menyebabkan buku Tunnel (Terowong) mendapat kesan positif dan dijadikan sebagai satu pelaburan awal.
Kita sedia maklum pihak PTS memandang serius soal-soal pemasaran, rekabentuk dan isi kandungan produk-produknya supaya dapat memenuhi pasaran. Rekod-rekod PTS juga cemerlang dari sudut pemasaran buku.
Sekiranya peminjaman ini berjaya, buku-buku laku keras dapat dicetak kembali dan buku-buku baru juga dapat dicetak.
Pendapatan pasti akan dapat ditingkatkan lagi, dan selepas itu penerbit mungkin boleh mengembangkan lagi sektor percetakan untuk menerbitkan lebih banyak buku dan mencapai matlamat 2000 judul setahun!
Dekat 14 kali rasanya kedai kami “order” buku Travelog Haji…sampai ke hari ini belum berjaya sampai ke kedai kami. Adakah polisi percetakan memang dicetak hanya sebanyak 3000 naskah bagi setiap cetakan?
Assalamualaikum Saudara Saifz,
Mudah-mudahan mendapat rahmat Allah selalu.
Bolehkah saudara memaklumkan kepada kami nama dan alamat syarikat saudara? Kami akan panjangkan kepada bahagian jualan seberapa segera. Terima kasih.
IMRAN AZMI
Editor Perolehan
PTS Islamika
Post a comment