Wednesday, April 08, 2009

Mesej Pengundi Muda kepada UMNO

 

 

 

 

 

 

 

 

Pertambahan majoriti undi yang diterima oleh calon PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah datang daripada undi orang muda.

UMNO-BN kalah berturut-turut, sejak dari Kuala Terengganu, kerana ia tidak dapat lagi memenangi kepercayaan golongan muda dari semua kaum, baik Melayu, Cina mahupun India.

Isu PPSMI adalah isu golongan pengundi muda  -  golongan pelajar IPT yang sedang belajar dan mengalami kesukaran mengikuti kuliah dalam bahasa Inggeris, dan pasangan muda yang menyaksikan kesukaran anak-anak mereka belajar sains dan matematik dalam PPSMI di sekolah rendah dan menengah.

Najib membatalkan larangan ke atas akhbar Harakah dan Suara keadilan, serta membebaskan 13 orang tanahan ISA. Trik itu tidak laku kepada pengundi muda.

Sebaliknya Najib tetap tidak mahu memansuhkan PPSMI, sedangkan isu PPSMI ini sudah membuktikan ia adalah ancaman serius kepada UMNO melalui perhimpunan raksasa pada 7 Mac 2009 yang lalu.

Para pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) sudah memberitahu bahawa mereka akan turun padang di Bukit Gantang dan Bukit Selembau, dan mereka benar-benar telah mengkotakan kata-kata mereka.

Di mana-mana mereka pergi dan menyampaikan ucapan ataupun membacakan sajak, sambutan rakyat sangat jelas, iaitu mereka menolak PPSMI.

Najib dan Hishamuddin adalah 2 orang individu dalam UMNO yang paling besar peranannya dalam tragedi UMNO-BN kalah besar di Bukit Gantang dan Selambau: Najib  -  kerana dia menumbangkan kepimpinan DS Ir. Nizar yang sangat popular; dan Hishamuddin  -  kerana dia dengan menggunakan berbagai alasan yang diada-adakan dan putar-belit tetap mahu memaksakan PPSMI kepada rakyat yang menolaknya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Berkempen di Bukit Gantang Previous entry: 17 - 26 April 2009 di PWTC
Marni  on  04/08  at  10:05 AM

Benar kata sifu. Saya sendiri tergolong dalam kalangan ‘pasangan muda yang menyaksikan kesukaran anak-anak mereka belajar sains dan matematik dalam PPSMI di sekolah rendah’.

Saya juga yakin, PPSMI adalah antara faktor kemenangan PR. Tahniah kepada semua yang tegar memperjuangkan bahasa Melayu tercinta.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/08  at  10:49 AM

Benar PPSMI adalah pembawa celaka untuk UMNO. Disekolah bolehlah pelajar merujuk kepada guru jika belaku tidak faham akan perkataan atau ayat dalam bahasa Inggeris, tetapi di rumah kepada siapa mereka hendak rujuk jika ibu bapa yang tidak tahu speaking English tu.

Idris Jusoh ada berkata tidak hilang Melayunya kalau kita cakap English, begitu juga India dan Cina. Pada Pendapat saya Idris Jusoh ini jenis bodoh dan bangang kalau Cina, Melayu dan India dicelup dengan warna perang ke blonde kah kita tetap Melayu atau Cina atau India.

Masaalahya, subjek Math dan sain itu sudahlah susah, diberi pula dalam bahasa yang susah, bukankah itu membunuh namanya. Dari dulu hinga sekarang subjek itu digelar killer subject.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: