Sunday, October 15, 2006

Menjadi Personaliti TV Bebas

Sudahkah bulat hati saudara mahu menjadi penulis dan sekaligus penceramah popular di TV?

Apabila wajah saudara kerap muncul di TV, buku saudara semakin laris. Apabila saudara sudah tidak popular lagi, jualan buku saudara pun ikut merudum.

Dato' Dr. Fadhilah Kamsah berjaya mengekalkan populariti beliau dalam radio, kemudian TV, selama hampir 20 tahun.

Salah satu prinsip beliau adalah tidak mengaitkan namanya dengan mana-mana parti politik. Dalam piliharaya lalu beliau dilamar oleh Barisan Nasional supaya setuju bertanding sebagai calon BN tetapi beliau menolak. Sehingga hari ini beliau berjaya mengekalkan imejnya sebagai motivator bebas.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Melayu dan Segmentasi Pelanggan Stesen TV Previous entry: Promo Buku dan Ceramah Motivasi
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/18  at  11:35 PM

Tulisan puan mengingatkan saya kepada seorang Prof.  dan bomoh yang sangat terkenal sebelum beliau menceburkan diri secara aktif dalam politik. “Kemasyhuran” dan “kebesaran” beliau terjejas teruk, malah begitu merosot, walaupun beliau merupakan “tokoh besar” juga dalam sebuah parti politik.
——-

alang bidara  on  10/19  at  06:11 AM

Assalamu’alaikum,

Yang Tuan Harat maksudkan itu tokoh tersebut berasal dari Perlis atau yang berasal dari Selangor? (Kedua-dua mereka tinggal di area Bangi sekarang..) ?

Puan Ainon Mohd.  on  10/19  at  08:02 AM

Tuan Harat,

Saya tidak berapa faham akan beda dan definisi ‘bomoh’, ‘dukun’ dan ‘pawang’? (Adakah Tuan tahu, walaupun kepakaran Tuan adalah gerakan kiri Melayu.)

rastom  on  10/19  at  08:05 AM

Bahkan, ada pula yang kian terserlah bila masuk politik. Cuma tidak terserlah di media massa (yang tidak pernah memihak….......bukan neutral tetapi….berpihak kepada yang lain) tetapi kemana saja dia pergi, ramai yang mengikutinya.

rastom  on  10/19  at  08:24 AM

Bomoh, dukun, pawang, mahaguru silat dan sebagainya punyai hayat yang lestari dalam masyarakat yang masih mengendong sarat bebanan pra-Islam. Tidak sama amalan kebomohan dengan as’shifa’ . Contoh: Bila bomoh mengubat orang yang histeria, sawan atau gila, yang pertama dia kata ini buatan orang (mula menuding sana sini). As syifa’ tak perlu cari siapa punya angkara, samada orang sebelah rumah kah, bekas isterikah dan sebagainya melainkan doa’ dan halau jin-iblis yang mengacau itu. Saya nampak yang terjejas kredibiliti bila berpolitik ialah bila “tokoh-tokoh” tesebut tidak sedar telah meperlekehkan ketokohan mereka berjuang untuk sesuatu yang pada akal biasa berpendapat melanggar fitrah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/19  at  08:43 AM

Puan Ainon,

Pagi ini saya hanya sempat melihat Kamus Dewan yang menyatakan tiga istilah itu mempunyai makna yang sama atau hampir sama. a)  Bomoh ” tabib yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat-ubat tradisonal atau cara kampung   dan jampi-jampi…”, b) Dukun “orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dsb), c)  Pawang diberi dua makna, 1) “Orang yang mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu (biasanya menggunakan kuasa ghaib) (Misal Pawang hujan), 2) Orang yang pandai mengubati orang sakit dll ( dengan menggunakan jampi mentera dll.

alau bagaimanapun, ahli antropologi perubatan mungkin boleh memberi makna yang lebih khusus, dan dalam konteks apa istilah-istilah itu digunakan.

Berkenaan Prof dan Dr. (Doktor Falsafah) yang saya nyatakan di atas, beliau pernah disebut oleh Dr. Sidek Fadzil (bekas Presidin ABIM)  sebagai “bomoh”, walaupun beliau mengubat orang terutamanya dengan menggunakan air yang dibacakan (dijampi?) dengan ayat-ayat Al-Quran.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/19  at  08:49 AM

Tuan Alang,

Tokoh yang saya maksudkan ialah yang berasal dari Perlis. Saya kenal beliau dari dekat, dan merasakan “kehebatan” dan “kebesaran”  beliau sebelum beliau nenceburkan diri secara aktif dalam PAS. Imej beliau agak merudum terutamanya setelah beliau “tidak jadi” bertanding melawan Dr.Mahathir dalam satu pilihan raya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/19  at  10:41 AM

Imej mana-mana “motivator bebas” akan merudum sebaik sahaja mereka mengistiharkan mereka masuk politik atau menyokong parti tertentu, sama ada menyokong parti kerajaan atau pembangkang. Banyak contoh yang ada di depan mata kita, sama ada lelaki atau perempuan. Inilah risiko yang perlu diambil oleh seseorang yang ingin berkecimpung dengan politik.

rastom  on  10/19  at  12:15 PM

Imej tidaklah merudum sampai bedebum menyembah bumi. Cuma terkeluar dari arus perdana saja. Itukan namanya berjuang. Dalam kehidupan memang risiko setiap sudut. :cool:
Tetapi kalau mau senang tiada risiko, contohilah seorang phd wanita motivator pagi di TV, masuk saja parti pemerintah. Popular atau tidak, tak penting, asalkan kontrak keudara di TV di bayar. Ada seorang Dato dulu (terkenal kes tangkap artis) memang dia tak popular di TV/Radio atau akhbar, tetapi cuba selidik tengok jadual ceramah dia ke mesjid mesjid…hampir keseluruh Malaysia dia dijemput. Tidak popular (atau merudum) di media arus perdana, tetapi laris di mesjid..mau yang mana?

Puan Ainon Mohd.  on  10/19  at  01:57 PM

Tuan Rastom,

Hmmm….. ya tak ya juga. Merudum di TV, meningkat di masjid!

Yang terus muncul di TV, apabila dijemput ke pentas di halaman masjid, khabarnya, AJK masjid kena buat jamuan sedap-sedap, kalau tidak orang sekeliling tak mahu datang.

Dengan jamuan sedap-sedap pun, khabarnya budak2 saja yang lebih banyak datang, sebab nak seronok makan-makan, orang tua cuma isteri2 AJK masjid dan JKKK kampung.

Tapi kalau yang merudum di TV yang datang, tak ada jamuan pun orang kampung tinggalkan kerja lain sebab hendak dengar ceramahnya.

Tuan Rastom, memanglah rezeki ada di mana-mana…..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: