Tuesday, October 09, 2007

Menggunakan Nama Artis Popular sebagai Pengarang Buku

Pada masa ini ada penerbit yang menggunakan nama-nama artis popular sebagai pengarang buku yang ditulis oleh penulis-penulis hantu.

Jika saudara seorang penerbit, barangkali saudara mahu tahu apakah menggunakan nama artis suatu strategi bisnes yang efektif. 

Maklumat yang kita kutip menunjukkan strategi menggunakan nama artis tempatan tidak melariskan buku sebagaimana yang diharapkan. Faktor yang paling penting adalah ciri-ciri psikologi para peminat artis.

Golongan yang meminati artis-artis bukan terdiri daripada pembaca buku. Mereka adalah pembaca majalah dan akhbar tabloid. 

Barangkali jika buku-buku itu adalah kisah hidup peribadi artis-artis itu sendiri,  maka ada kemungkinan para peminat mereka mahu membeli dan membaca buku-buku itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Risiko Menggunakan Nama Artis Sebagai Pengarang Previous entry: Penulis Melancarkan Bukunya Sendiri
mohamadkholid  on  10/09  at  09:31 AM

Kena cari artis yang berpendidikan tinggi…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/09  at  10:49 PM

salam,

sekadar untuk berkongsi maklumat. Buku KIAN yang menggunakan MAWI sedang laris di pasaran dan akan masuk cetakan kedua selepas Hari Raya. Buku ini baru 3 minggu dalam pasaran. Buku yang menggunakan Fasha Sandha sudahpun masuk cetakan kedua, selepas 10 bulan di pasaran. Cetakan pertama untuk setiap buku ialah 5,000. Menjelang cuti sekolah, buku yang menggunakan DAFI akan masuk pasaran.

Di PTS sendiri, saya difahamkan buku Bagai Sejuta yang menggunakan Alif OIAM, diulang cetak kurang satu bulan dalam pasaran.

wasalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: